2
Bismillah... Cubaan untuk memasak Chicken Bone Broth yang dikatakan sangat menyihatkan ni ๐Ÿ˜„

Ada la dalam 12 ketul kaki ayam yang saya pakai setelah berbulan-bulan mengumpul dalam freezer ๐Ÿ˜‚. Akhirnya dapat kumasak setelah cukup kesemua bahan-bahannya.

 

Ni bahan-bahan yang saya gunakan:

- Kaki ayam dan tulang ayam
- Bawang putih
- Bawang besar
- Halia
- Rempah 4 sekawan (biasalah : bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis)
- Celery
- Carrot
- Perahan lemon (saya takde cuka kurma)
- Sedikit garam

Kami hanya beli ayam organik yang tidak disuntik hormon & antibiotik. 

Dan saya guna high pressure cooker (Noxxa). HP for 1 hour.

 
Saya guna Periuk Tekanan Tinggi Noxxa. Tengok sup saya. Hehe sedappp.

Apa Tu Bone Broth?

Secara teknikalnya, broth tu adalah stock la sebenarnya. Jadi kita masakkan stok dengan menggunakan tulang haiwan sebagai sumber protein. Boleh juga kalau nak gunakan tulang lembu atau ikan. Pilihan saya adalah tulang ayam. Lagipun ayam biasa menjadi pilihan kerana kanak-kanak amat menyukainya dan sup ayam pun sedap kan? Lagi-lagi bila kita sedang sakit, tak selera makan dan takde tenaga. Minum pulak panas-panas.. fuh sedap dan menyelerakan!

Apa Dia Kebaikan Chicken Bone Broth?

Antara khasiat bone broth ni adalah ia immune and health booster yang sangat bagus dan mudah diserap tubuh badan. 

Bila kita sakit atau diserang jangkitan virus, virus itu akan memakan protein dalam sel-sel kita. Pesakit pulak kalau nak lawan dengan virus, mesti cukup protein bagi mewujudkan sel-sel yang sihat dan bertenaga untuk mampu melawan virus. Masalahnya pesakit pun tak lalu nak makan. Dapat makan pun, tak mampu nak makan banyak.

Jadi mudahnya bila kita masakkan sup ayam ni, protein daripada tulang ayam semua akan meresap masuk ke dalam sup dan membekalkan protein yang mudah diserap oleh pesakit. Jadi kalau anak tak berselera, minum sup ni pun dah cukup sebab semua protein dah masuk dalam cecair sup.

So kalau ada sesiapa yang ada tanda-tanda nak jatuh sakit macam demam ke, selsema atau apa-apa, haa elok la minum bone broth ni. Selain protein, ia juga sangat kaya dengan khasiat kalsium, magnesium, fosforus & trace minerals. 

Lemak yang terkandung di dalamnya boleh mengatasi masalah leaky gut yang menjadi punca penyakit eczema.

Juga kaya dengan gelatin & kolagen yang sangat bagus untuk connective tissues, sendi-sendi, ligamen, tendon & tulang. 

So for dinner harap nak la bebudak ni hirup sup nya ๐Ÿ˜„

Selain itu, bone broth ni juga baik untuk penghadaman, kurangkan masalah sendi seperti bengkak dan bagus untuk pertumbuhan rambut dan kuku kerana gelatin daripada bone broth.

Boleh baca dan rujuk di dalam jadual ni: 

 

Kenapa Perlu Ada Masam-masam?

Sebenarnya dia macam sup ayam biasa. Hanya bezanya ada masam-masam daripada cuka kurma, lemon atau boleh juga guna asam keping. Tujuannya adalah untuk pastikan yang zat galian dari tulang akan larut ke dalam sup. 

Cara Masakan

Kalau anda prefer nak masak cara slow cook atau low pressure pun boleh. Saya masak cara high pressure sebab malam nak makan baru nak masak petangnya. Kalau anda masak secara slow cook, masakkan ia minimum 6 jam. Masak sebelum tidur, esok pagi dah boleh berikan bayi atau anak anda makan. 

Cara Pengambilan

Selain meminumnya macam tu je, anda boleh jugak jadikan ia stok untuk dimasukkan ke dalam sup sayur, masakan mee atau lain-lain sebagai perisa semulajadi masakan anda.

So bila dah masak satu periuk macam tadi, anda boleh freezekan bone broth tadi dalam cubes dan bila nak masak je, taruk je berapa cubes awak nak. Sangat memudahkan kerja dan menyedapkan masakan. Malah ia semulajadi tanpa MSG. Jadi tentunya ia menyihatkan.

Jika anda perlu mencari supplemen untuk kesihatan diri dan keluarga anda, dijemput untuk menghubungi saya untuk saya bantu anda. Lengkap dengan cadangan pemakanan dan aturan pengambilan supplemen.

Wan Syahida Kahar



Rakan Konsultasi Shaklee Anda

www.syahidashukri.com


Post a Comment

  1. mmg berkhasiat tu dgn lobak merah, celeri dan bawang putih/merah.
    cicah dgn roti lagi best tu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheee lagi2 roti yang keras ๐Ÿ˜ฌ

      Delete

 
Top