0
Assalamualaikum semua.

InsyaAllah saya sambung entry saya tentang Umrah Ziarah ke Turkey bersama Andalusia Travel & Tours yang baru saja berakhir hari ni. Alhamdulillah saya dah kembali pulang ke Malaysia dalam keadaan sihat.

Day 2 

 
 
Makam Abu Ayub Al-Ansari di Istanbul

Pagi ni berpeluang menziarahi makam sahabat hebat Rasulullah s.a.w di bumi Istanbul : Abu Ayub Al-Ansari.


Alkisahnya Abu Ayub adalah termasuk sahabat nabi yang bercita-cita untuk menjadi tentera yang diramal oleh nabi yang berjaya menawan kota Constantinople. 


Dia join team tentera yang mencuba tu tapi umurnya dah terlalu lanjut dan amat uzur sampai tak mampu nak angkat pedang lagi. Dia wasiatkan supaya tentera Islam sedaya upaya menembus masuk sedalam mungkin dalam kota tu sampai islam menang. 


Dia wasiatkan juga supaya dia dikuburkan di luar tembok Constantinople supaya dia dapat dengar derapan kaki kuda tentera yang dikatakan nabi tentera yang merupakan sebaik-baik tentera dan pemimpin yang sebaik-baik pemimpin...


Long after that on 1453, selepas Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menawan kota Constantinople, Sultan Fateh nak cari mana kubur Abu Ayub ni yang wasiatnya sangat popular. Dengan tawajjuh gurunya Sheikh Agha, akhirnya kubur Abu Ayub tu dijumpai selepas gurunya mendapat petunjuk Allah.


Kisah ni sangat menakjubkan. Sultan Fateh almost rebah sebab terlalu takjub dengan penemuan kubur ni. Selepas tu diperintahkan supaya dibinakan makam dan masjid di depannya. 


Sempat kami solat sunat Tahiyatul Masjid di sini sebelum menziarahi makam Abu Ayub Al-Ansari. Ramai juga locals yang ziarah tapi saya tak berani tangkap gambar. Gambar di atas ni adalah daripada google.


Abu Ayub Al-Ansari adalah pemilik kepada rumah yang unta Nabi berhenti ketika Allah perintahkan supaya Nabi melihat ke rumah mana yang untanya pilih untuk berteduh selepas berhijrah ke Madinah.


Itu la serba sedikit kisahnya tentang sahabat Nabi ini, Abu Ayub Al-Ansari r.a.


Bermusafir sangat membuka mata dan minda. 


 

Anak saya Ameerah sedang pakai kasut di luar makam Abu Ayub Al-Ansari


Siapa yang tahu sejarah, memang best jalan-jalan. Next kami akan menaiki feri melintas Laut Marmara untuk ke Bursa.


Nantikan next entry ya...



Post a Comment

 
Top