2
Assalamualaikum semua.

Day 2 (Continued)

Untuk 1st day kami kat Turki, selepas ziarah makam Abu Ayub Al-Ansari, kami dibawa menaiki feri untuk terus menuju ke Bursa. Naik feri ni dengan bas-bas sekali. Yang seronoknya kita dapat bagi makan kat burung-burung yang terbang di laut Marmara tu. 

Masa ni bersedia la dengan baju sejuk ya sebab keadaan yang berangin di atas feri.

Sesampainya di Bursa, kami terus dibawa makan lunch pertama kami sejak turun daripada kapal terbang. Menu daging burger bersama nasi, salad, roti dan sedikit kuah macam sambal tomato.

Lepas lunch, petang tu kami naik bas menyelusuri bandar Bursa untuk ke Masjid terbesar di Bursa.

Sambil naik bas, dapat tengok ladang-ladang zaitun di kiri kanan jalan.

 

Dekat Bursa, dapat tengok lagi ramai locals berjalan dan shopping. Hari minggu kan so nampak sibuk sangat. Sebenarnya ternampak kotak hijau turquoise ni. Dalam kesibukan bandar macam ni pun, ada disediakan ruangan untuk ibu-ibu breasftfeeding bayi mereka. Tak paham pun bahasa Turki tapi tengok gambar je la. ๐Ÿ˜„


 

Ni kawasan yang berbukit di bandar Bursa. Masa kami pergi ni musim luruh. Jadi pokok-pokok dia cam gitu je la. Kekuningan dan kekeringan. 


Penempatannya pun atas bukit.

 

Alhamdulillah sampai pun kami ke Grand Mosque atau Ulu Camii di Bursa. 

Grand Mosque ni adalah masjid terbesar yang ada kat sini. Exterior dia nampak plain sangat. Square size batu je semata-mata. Tapi dalam dia, ada senibina dan kaligrafi yang cantik-cantik. 


Alkisahnya masjid ni pulak... Masa zaman pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah, Sultan Beyazid janji nak bina 20 buah masjid kalau dia menang dalam peperangan di Bulgaria masa tu.. perang tu antara peperangan yang sangat besar la dalam memperbesarkan empayar Turki Uthmaniyyah... 


Bila dah menang, wang tak cukup pulak untuk bina 20 masjid. Jadi atas nasihat, dia hanya binakan sebuah masjid yang besar, tapi ada 20 kubah. Masjid ni siap dibina pada tahun 1399.


Ada jugak tirai pintu Kaabah yang original diorang letak kat dalam masjid ni. 


Terlalu ramai orang kat sini. Yang solat, yang tak solat.. Pelancong lagi. Masjid yang sangat meriah. Kami cepat-cepat balik sebab dah masuk waktu Asar jadi tak nak ganggu jemaah yang nak solat.


 

Antara kaligrafi cantik yang ada di kawasan solat.

Di tengah-tengah masjid ni ada kolam di bawah kubah dengan disinari cahaya semulajadi. Di sini kaum lelaki mengambil wudhuk.

Seterusnya selepas Grand Mosque, kami menaiki bas pula ke Green Mosque ataupun Yesil Cami. Istimewanya masjid ni, ia adalah di antara masjid tertua dengan menggunakan seni binaan arkitek zaman kerajaan Uthmaniyyah semasa pemerintahan Sultan Mehmed dan disiapkan semasa pemerintahan anaknya Sultan Murad II.



 

Ruang dalam masjidnya yang sangat cantik dengan banyak ruangan untuk madrasah dan pembelajaran. Banyak marble yang warna hijau. Itu la Green Mosque.

 

Banyak betul kucing kat Turki ni ye. Sana sini kucing. Besar-besar gemok gemok plak tu. Budak-budak ni jadi excited bila nampak kucing-kucing baik kat sini ๐Ÿ˜„


Area kawasan masjid hijau ni merupakan kawasan pemeliharaan UNESCO.

Akhirnya kami pulang ke hotel di Bursa untuk 1st night kami. Hotel tu mewah dengan 5 star hotel. Memang sangat selesa dengan makanan yang sedap. Selepas dinner, malam tu hanya berehat untuk persediaan ziarah Turki esoknya pula :-)

Post a Comment

  1. Ingin nak bergurau senda dengan penjual aiskrim turki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami ada juga beli dengan penjual ais krim tu. Memang lucu & terhibur!

      Delete

 
Top