3
Assalamualaikum semua pembaca saya yang budiman.





Asalnya saya tak melayan sangat drama ni. Tapi ada suatu malam yang saya terbuka drama ni sewaktu nak melipat kain. Saya memang tertarik dengan drama Patahnya Sebelah Sayap ni. Sebab lain daripada yang lain saya perasan. Lagi satu sebab ada Ummi Nazeera yang dah lama tak keluar dalam drama. Drama terakhir daripada Ummi Nazeera yang saya tonton bagai nak rak pun, masa drama Nur Kasih zaman dolu-dolu. Time saya belum kahwin lagi masa tu! 6 tahun lepas kot. Fuh lama Ummi Nazeera tak kerap masuk TV. Tapi saya memang sangat sangat kagum dengan lakonan dia yang sangat mantap dan penuh menghayati watak. 

Bila dah saya kerap follow drama ni, suami saya pun kena la tonton bersama. Now kami sama-sama dah hooked ngan cerita ni. Siapa yang tonton drama ni mesti akan rasa emo gila. Kesian sangat dengan nasib Alisha (Ummi Nazeera) dan marahh sangat kat Amzar (Izzue Islam) yang sangat berlagak. Ada pulak watak boss yang sangatlah bossy dan garangnya, Encik Kuzairi (Aeril Zafrel). 

Jadi sekarang setiap Isnin - Rabu pukul 10 malam, saya pasti akan bersedia standby depan TV untuk menonton drama ni. Lagipun malam-malam memang sesuai tonton TV sambil melipat kain. 

Pendapat saya lah dengan cerita ini, ada mesej yang nak dibawa oleh penulis ceritanya. Kerana ia memaparkan kisah Amzar dengan ibunya yang telah menganiaya Alisha dengan bermacam-macam perbuatan yang tidak baik. Amzar telah menjadikan Alisha sebagai kambing hitam bagi menutup kesalahan dirinya sendiri. Amzar membiarkan Alisha dihukum bersalah di atas kesalahan yang tidak dilakukan olehnya. Alisha bukan saja dah rasa teramat kecewa dengan Amzar kerana tidak membelanya di mahkamah walaupun dia seorang peguam, malah bertambah sedih dan terseksa bila dia dipenjara selama 2 tahun dan dalam tempoh itu, ibunya pula meninggal dunia kerana terhantuk kepalanya di tangga selepas kena herdik dan caci maki oleh mak Amzar yang mulutnya selalu takde insurans tu. Huhu. Bayangkan lah, mereka asalnya kekasih. Sejak Amzar sedang belajar undang-undang pun, Alisha yang banyak bantu dia dari segi kewangan dan support study dia. Dah namanya pasangan kekasih kan. Dah plan nak kahwin pun. Tapi sejak Amzar dah start nak grow dalam career peguam dia, dia nak jaga nama baik dia sahaja. Dibiarkan Alisha disabitkan kesalahan oleh hakim tanpa ada peguam untuk mewakilinya. 

Tak habis lagi derita Alisha. Lepas keluar daripada penjara, mak Amzar tetap terus memburuk-burukkan Alisha kat semua orang kampung dan cuba nak tutup periuk nasi Alisha yang cuba-cuba nak jual kuih. Kesian kan? So Alisha cari pula kerja di pejabat korporat. Dia terjumpa jawatan kosong sebagai Cleaner cum Tea Lady kat KAPS Berhad milik Encik Kuzairi (Aeril Zafrel). Dapat pulak company yang sama dengan Amzar secara kebetulan. Bila Amzar dapat tahu yang Alisha pun kerja kat situ, tambah pulak boss Encik Kuzairi tu dah tengah suka n syok kat Alisha, ha mula lah dia sebarkan cerita buruk tentang Alisha kat Encik Kuzairi. Habis mengamuk dan kecewa la boss Kuzairi tu sebab rupa-rupanya mangsa hit-and-run car yang Alisha disabitkan kesalahan tu, adalah arwah isteri Encik Kuzairi ni lah. Terus habis hancur kejap hubungan diorang. Baru je boss Kuzairi dah plan nak kawen sama Alisha. Dah nak serius dah pun. Tapi dah macam ni pulak jadinya. 


Penonton yang tengah layan cerita ni, mesti dah tengah tak sabar-sabar nak tunggu episod seterusnya kan? Haha. Semua orang tak sabar nak melihat karma apakah yang akan menimpa Amzar dan maknya di atas kejahatan mereka. Hihi. Harapnya happy ending lah nanti. Sama-sama kita nantikan. 

Tetiba cerita tentang review drama pula di sini. Sekali sekala je. :-)

Kalau anda pun dah terminat dan terjebak dengan cerita ni dan ingin menonton kesemua FULL EPISODE cerita ini, boleh lah layari website ini ya : TONTON PATAHNYA SEBELAH SAYAP

Jom sama-sama rasa menyampah kat Amzar dan maknye yang jahat tu. Heheh. Sambil-sambil lipat kain la yer. Tapi mungkin anda tak sempat pun nak lipat kain sebab fokus sangat tonton cerita ni!

Sebarang pembaziran masa, saya tak tanggung yer. 

Saya cuma harap, ada banyak pengajaran yang kita boleh ambil daripada cerita ni nanti. Sebabnya, bila kita buat jahat kat orang, suatu hari nanti pasti kita akan mendapat balasannya. Allah itu Maha Adil. =)

Post a Comment

  1. mujur saya kurang tonton drama...hehehe

    sebenarnya agak tak berapa minat nak ikut cerita yang bersiri

    ReplyDelete
  2. hehe... tak tengok drama, tengok movie pun ok gak.. bagi saya apa pun ok asalkan ia boleh mengeratkan hubungan keluarga dan suami isteri sebab kita dapat tonton sama2

    ReplyDelete
  3. macam best je cerita ni

    ReplyDelete

 
Top