6
Assalamualaikum! Ada yang sedang hamil atau sedang bersedia untuk hamil? 

Anda perlu lihat checklist yang wajib bagi setiap ibu yang sedang hamil ni ok! Semoga ia membantu.

1. Ambil asid folik setiap hari

Kesihatan bayi dalam kandungan ialah tanggungjawab si ibu. Mulakan hari dengan mengambil 400 mikrogram asid folik setiap hari. Jumlah ini sama dengan pengambilan kebanyakan multivitamin. Asid folik ialah vitamin B9 yang terdapat dalam kebanyakan sayuran hijau, buah-buahan sitrus dan kekacang.

 


 

Kajian mendapati bahawa langkah ini berjaya mengurangkan risiko bayi dilahirkan terencat pertumbuhan otak dan saraf tunjang sehingga 70%. 

Kebiasaannya klinik kesihatan akan memberikan ibu hamil bekalan asid folik ini. Namun ahli nutrisi dan pakar menggalakkan supaya asid folik ini diambil bersama kumpulan Vitamin B yang lain yang dipanggil B-Complex supaya asid folik lebih berkesan kerana kumpulan Vitamin B ini saling memerlukan dan bekerjasama.

 

2. Atur temujanji dengan doktor gigi

Adakah anda tahu doktor gigi boleh membantu supaya kandungan sihat? Pastikan gigi dan gusi si ibu sihat dan tidak bermasalah ketika mengandung. Kerana kehamilan meningkatkan risiko penyakit gusi yang seterusnya mengakibatkan risiko kelahiran bayi pra-matang. Jadi, bagi mengelakkannya, jagalah kebersihan gigi dengan sebaik-baiknya dengan memberus serta flos gigi sekerap mungkin.

 

3. Berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkan berat badan yang seimbang

Terlalu kurus menyebabkan bayi kurang nutrisi. Terlalu berat pula turut mengundang bahaya terhadap kandungan serta menambahkan risiko kemerosotan kesihatan. Ia termasuklah diabetes dan tekanan darah tinggi yang mengakibatkan susahnya untuk melahirkan anak. Senaman adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengawal berat badan selain daripada mengawal pemakanan. 

 

4. Jadikan senaman suatu tabiat

Target untuk melakukan senaman selama 30 minit setiap hari. Berjalan kaki, mengayuh basikal dan berenang adalah cara terbaik untuk bersenam. Ataupun anda boleh juga hadir ke kelas senaman bakal ibu bersama jurulatih. Yang paling biasa dan mudah tentulah berjalan kaki terutamanya ketika shopping barangan bayi!

 
5. Makan makanan yang seimbang untuk anda serta si bayi

Mulakan cara pemakanan yang seimbang dan sihat sekarang. Ajaklah suami untuk mengamalkannya bersama. Ibu mengandung memerlukan lebih protein, kalsium dan asid folik. Jadi, kumpulkan stok buah-buahan, kekacang, sayur-sayuran, dan sumber tenusu yang kurang lemak di rumah anda. Hentikan memakan snek-snek, makanan berminyak, soda ataupun makanan rapu yang lain yang tidak mempunyai nilai kalori. 
 
 
 Sentiasalah ingat bahawa keperluan nutrisi anda kini bertambah kerana bayi anda mengambil nutrisi daripada tubuh badan anda untuk keperluannya membesar. Sebagai contoh, bayi amat memerlukan khasiat DHA iaitu sejenis Omega-3 untuk pertumbuhan otak, saraf dan matanya. Bayi akan mengambilnya daripada tubuh badan ibu. Begitu juga dengan kalsium. Kalsium amat diperlukan untuk pertumbuhan tulang belulang, gigi serta otot bayi. Bayi akan mengambil kalsium yang tersimpan dalam tulang ibu. Sebab itu seringkali ibu sakit-sakit pinggang. Itu tandanya kalsium ibu kurang.
 
 
 

6. Rancang bajet untuk bayi

Perancangan kewangan yang baik adalah langkah bijak bagi menyambut kelahiran si comel. Masukkan dalam bajet untuk barangan bayi seperti pakaian bayi, lampin, perabot, breastpump serta alatan penyusuan, pakaian menyusu, upah pengasuh, stroller, car seat dan lain-lain. Jadikan bajet ini suatu yang praktikal supaya beban kewangan dapat dielakkan.

Mungkin sebuah tabung simpanan yang khas untuk bayi yang bakal lahir adalah suatu usaha yang baik untuk membantu anda dan pasangan menyimpan.

 

7. Kawal pengambilan kafein

Pakar-pakar menasihatkan seorang ibu hamil hanya boleh mengambil tidak lebih daripada 200mg kafein setiap hari. Tukarkan kafein yang terdapat dalam kopi atau teh dengan jenis minuman yang lain seperti jus dan susu. Ataupun boleh juga meminum air coklat yang tentunya lebih menyelerakan dan kurang kafeinnya.

 

Semoga bermanfaat buat anda yang sedang hamil!


Berminat untuk mendapatkan Set Lengkap Hamil Shaklee

Set Lengkap Hamil Shaklee terdiri daripada:

1) Vitalea with Iron (multivitamin)
2) Vitamin C Sustained Release
3) B-Complex with Folic Acid
4) Ostematrix (calcium)
5) Energizing Soy Protein
6) OmegaGuard

Saya boleh bantu anda dengan konsultasi yang terbaik dan percuma bersama-sama tips kehamilan yang sihat.

Boleh hubungi saya,

Wan Syahida Kahar



Rakan Nutrisi Shaklee Anda

www.syahidashukri.com

Post a Comment

  1. bagus perkongsian ini. boleh di take note untuk digunakan untuk masa akan datang ;)

    ReplyDelete
  2. mek consume iberect stiap malam, pagi ambik susu kambing. yg cafein tu ambik sbb nk lawas >< bersenam yes ! mek senamrobik seminggu sekali :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah pregnant ekk. Ooo tahniah mek :D

      Delete
  3. org kita tau rancang ms nk kawen je bla nak ada anak baru kelam kabut ;-)

    ReplyDelete
  4. heheheh. Ilmu keibuan lum ready.. tu la elok kita sentiasa be prepared

    ReplyDelete

 
Top