0
Assalamualaikum semua. 

Pra-eklampsia memang sangat-sangat bahaya dan boleh mengancam nyawa ibu hamil dan bayi. Adalah penting untuk kita kenali dengan lebih mendalam tentang apa maknanya dan risiko yang ia bawa.

 

APA ITU PRA-EKLAMPSIA? 

Pra-eklampsia adalah keadaan yang dicetuskan akibat kehamilan. Ciri-ciri pra-eklampsia ini adalah tekanan darah tinggi, bengkak yang berlaku secara tiba-tiba dan kenaikan berat badan disebabkan pengumpulan air dalam tubuh, dan juga air kencing yang terdapat protein.

Pra-eklampsia ni ada yang teruk dan ada yang ringan. Tapi dua-dua pun boleh menjejaskan sistem tubuh seorang ibu yang hamil. Meskipun tiada rawatan yang khusus untuk menyembuhkan pra-eklampsia, kita masih boleh mengawalnya agar tidak menjadi lebih teruk. 

BAHAYA PRA-EKLAMPSIA

Disebabkan ia menyebabkan pengurangan aliran darah ke plasenta, pra-eklampsia ini boleh membahayakan bayi dalam kandungan tau. Bila darah yang sampai ke plasenta berkurangan, oxygen supply dan nutrien yang sampai kepada bayi pun akan berkurangan dan ini akan menyekat tumbesaran bayi. 

Atas sebab inilah, jika anda mengesyaki yang anda ada sebarang sebab atau simptom untuk mendapat pra-eklampsia ini, anda mesti segera memberitahu doktor anda ya. Anda pun mesti selalu berjaga-jaga dan fahami simptom-simptomnya. 

Seandainya pra-eklampsia ini bertukar menjadi eklampsia, tekanan darah anda akan menjadi sangat tinggi dan anda berserta bayi anda akan mengalami risiko yang serius. Eklampsia ini boleh menyebabkan sawan atau konvulsi, dan ia boleh melarat kepada koma dan meragut nyawa. Jika eklampsia ini berlaku, biasanya ia terjadi sewaktu di peringkat akhir kehamilan atau setelah bayi dilahirkan.

FAKTOR RISIKO MENDAPAT PRA-EKLAMPSIA

1) Kehamilan pertama
2) Sejarah keluarga dengan pra-eklampsia atau eklampsia
3) Pra-eklampsia pada kehamilan sebelumnya, 1 daripada 5 wanita akan mendapatnya kembali
4) Ibu hamil pada usia kurang daripada 20 tahun atau lebih daripada 35 tahun
5) Wanita dengan gangguan fungsi organ seperti diabetes, darah tinggi, penyakit buah pinggang atau migrain
6) Kehamilan kembar atau berganda
7) Tersangat gemuk ketika hamil dengan BMI 35 atau lebih

CARA MENGATASI PRA-EKLAMPSIA

Tiada cara yang pasti untuk mencegahnya. Namun, cara yang terbaik untuk mengelakkannya adalah dengan kerap menjumpai doktor anda ketika temujanji antenatal. Ini kerana tanda-tanda awal pra-eklampsia boleh dikesan melalui ujian air kencing dan tekanan darah. 

CARA MENGELAK PRA-EKLAMPSIA DAN BAGAIMANA SHAKLEE DAPAT MEMBANTU ANDA?

  • Mengelakkan gejala-gejala hypertension atau tekanan darah tinggi yang mungkin berpunca daripada kekurangan kalsium semasa kehamilan. Terdapat kajian yang menunjukkan dengan cukupnya pengambilan kalsium boleh mengurangkan risiko hypertension yang terjadi semasa kehamilan. Shaklee mempunyai Kalsium Ostematrix yang membekalkan kalsium umpama segelas susu bagi sebiji Ostematrix. Pengambilan 4 biji Ostematrix setiap hari membekalkan 1000mg kalsium yang diperlukan ibu hamil.
 

  • Mengambil multivitamin. Sesetengah kajian mendapati, multivitamin sangat membantu mengurangkan risiko pra-eklampsia hingga 50%. Vitalea-Iron Formula merupakan formula multivitamin yang paling lengkap dan ia turut dilengkapi dengan zat besi yang diperlukan ibu hamil.
 

  • Makan makanan berserat. Berdasarkan kajian Universiti Washington, Seattle, AS, makan buah dan sayur akan membantu mengurangkan risiko Pre-Eklampsia.
  • Sentiasa membuat pemeriksaan gigi. Bakteria perosak gusi boleh menjadi faktor pendorong berlakunya Pra-Eklampsia. Pemeriksaan gusi dan gigi berkala sepanjang kehamilan boleh membantu mengelakkan serangan bakteria yang boleh merosakkan gigi ibu hamil atau menyebabkan infeksi.
  • Amalkan berjalan kaki. Kajian menunjukkan, ibu hamil yang menjadikan aktiviti berjalan kaki sebagai rutin, berisiko rendah alami Pra-eklampsia berbanding ibu-ibu hamil yang malas berjalan.
  • Sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah dan pemeriksaan urin sepanjang kehamilan untuk memeriksa kandungan protein dalam urin. Jika mempunyai simptom, maka rawatan awal dan pemerhatian dan pemantauan ibu hamil boleh dilakukan.

Saya percaya yang supplemen mampu membantu sedikit sebanyak kesihatan ibu-ibu hamil agar menghindari pra-eklampsia. Yang penting, bakal ibu mestilah sentiasa mengambil makanan seimbang dengan dibantu oleh makanan tambahan supaya tubuh badan mereka sentiasa memperoleh nutrisi yang cukup untuk kesihatan tubuh serta bayi yang dikandung, yang mana tidak mampu ditampung oleh diet seharian sahaja. Jadi, bantulah tubuh badan anda lengkapkan nutrisi penting yang ia perlukan dengan pengambilan makanan tambahan seperti Shaklee.

Jaminan kami

Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam:

Selamat
Semulajadi
Berkesan

Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.

Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.

Mengapa saya?

Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda agar lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.

Penghantaran

Anda boleh memilih untuk COD. COD boleh diadakan di sekitar Petaling Jaya, Kg. Pasir, Taman Dato Harun, Taman Sri Manja, Jalan Klang Lama, Setapak dan Bandar Baru Bangi. Pos juga boleh diatur ke seluruh negara menggunakan khidmat Poslaju, GDex ataupun Citylink.

Pembayaran

Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank atau CIMB.


*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saya Nak Beli Vitalea & Ostematrix !!

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda.

Ingin dapatkan suplimen untuk anda dan keluarga dengan harga istimewa?

Ingin mendapatkan tips ekslusif yang percuma?

Ingin menjana side income 2-5 angka setiap bulan hanya dari rumah?
 
Boleh hubungi,

Wan Syahida



Rakan Konsultasi Shaklee Anda

www.syahidashukri.com

Post a Comment

 
Top