2
Assalamualaikum semua.

 
Anak-anak saya; Kakak Ameerah & Adik Ameer

Saya ada 2 kali pengalaman bersalin. Bersalin anak pertama agak complicated sehingga saya terpaksa melahirkan secara cesarean. Masa tu tak berpengalaman dan tak belajar cara-cara untuk meneran atau tips mudahkan bersalin jadi saya rasa itu semua sedikit sebanyak mempengaruhi kesukaran saya bersalin.

Untuk anak kedua, saya banyak bersedia sebab tak nak pengalaman kali pertama berulang lagi. Lagipun, saya mesti juga berusaha untuk melahirkan secara normal untuk anak kedua. Jika cesarean juga, alamatnya anak-anak seterusnya semua perlu dibedah. Dan saya memang tak nak sangat-sangat. 

Alhamdulillah ketika bersalin anak kedua, segalanya mudah sangat-sangat. Mungkin sebab saya dah bersedia lebih awal dari segi ilmu, amalan, rohani dan juga jasmani. Saya pecah air ketuban betul-betul selepas solat Zuhur lebih kurang nak dekat pukul 2 pm. Kebetulan saya berada di rumah mak saya dan saya masa tu baru je pulang daripada check-up dengan doktor pakar saya di Hospital An-Nur Bangi. Doktor check semua ok masa tu. Tunggu the right time nak bersalin je. Term pun dah cukup. Masa tu minggu ke-39. Dan hari tu juga (hari Rabu), first day suami saya dah mencutikan dirinya untuk cuti bersalin. Macam tahu-tahu je kan saya nak bersalin hari tu. Jadi bermula dengan check-up kat klinik kerajaan, kemudian check-up di klinik saya nak bersalin dan akhirnya memang saya bersalin hari tu. Semuanya sangaaat lancar. 

Saya bersyukur bila saya terpecah air ketuban betul-betul selepas solat zuhur. Takde la alami kesukaran untuk solat dengan air turun tak henti-henti. Dan syukur juga ia terjadi ketika di rumah. Syukur juga saya turun tanda di rumah Mak di Bangi. Dekat dengan hospital. Bukannya dalam kereta atau ketika jalan-jalan di luar sebab saya dan suami memang ada rancangan nak jalan-jalan shopping petang tu. Sebab nak bagi cepat bersalin. Orang kata kena banyak berjalan kan =D. Tapi tak sempat nak jalan pun dah turun tanda.

Selepas tu saya makan tengah hari supaya bertenaga untuk bersalin. Syukur la lauk semua dah prepare. Mak saya ada masak dan suami pun ada beli sedikit lauk. Saya makan dengan tenang dan kenyang. Dan selepas bersedia, sambil dah rasa contraction sejak dah pecah air ketuban tadi, terus lapor diri ke Hospital An-Nur di Bangi dalam pukul 3pm. Check ctg dan dimasukkan ke Labor Room right before azan Asar. Solat Asar dengan contraction yang bertambah kuat dan akhirnya saya bersalin sebelum Maghrib. Tempoh masa pecah air ketuban dengan masa bersalin adalah 5 jam. 

Bersalin pun mudah. Hanya saya perlu usaha teran beberapa kali sebab tali pusat anak saya terbelit. Tu yang bila teran-teran, baby masuk balik. Huhu. Memang penat. Tapi teknikal cara bersalinnya saya dah belajar. Jadi saya dapat bersalin dengan lebih mudah bila saya tahu camne tekniknya yang betul. 

Secara ringkasnya ini yang saya yakini saya amalkan yang membantu saya lebih mudah bersalin:

1) Saya amalkan meminum minyak kelapa dara semenjak hamil 5 bulan ketika loya dan morning sickness saya kian berakhir. Setiap hari 1-2 sudu besar minyak kelapa dara. Masa dah rasa contraction, saya teguk je minum minyak kelapa dara tu yang juga air/minyak selasih saya.

2) Saya hadiri kelas antenatal yang dianjurkan oleh Hospital Pakar An-Nur Bangi. Dalam kelas tu ada midwife berpengalaman (bidan) yang mengajar teknik bernafas ketika bersalin. Memang kami belajar secara praktikal supaya lebih mahir. Teknik ni amat-amat membantu saya meneran tau. Dan bila kita pandai bernafas dan meneran, kerja-kerja doktor dan bidan akan menjadi lebih mudah dalam labor room nanti. Suami kita pun akan belajar sama dan bantu kita dalam LR.

3) Saya amalkan membaca Surah Maryam setiap hari tanpa gagal, sebulan sebelum melahirkan. Sentiasa doa dalam hati bila sampai ayat Allah mudahkan Maryam ibu Nabi Isa ketika melahirkannya. Doakan supaya Allah mudahkan kita bersalin sebagaimana mudahnya Maryam melahirkan. InsyaAllah.

4) Saya sapukan Extra Virgin Coconut Oil di faraj supaya memudahkan bersalin. Sambil urut.

5) Mesti cukup makan dan jangan skip meal sebelum nak bersalin. Sebab bila anda skip meal, anda akan jadi lapar dan lemah. Sedangkan nak melahirkan bayi, anda perlukan tenaga yang lebih kuat. Jika anda lemah, susah nak meneran nanti. Jadi nasihat saya, makan ye. Makan kenyang-kenyang. Biar ada tenaga.

6) Solat sunat taubat dan solat sunat hajat selalu especially bila hampir-hampir tarikh kita dah nak bersalin. Syukur saya berkesempatan untuk solat sunat taubat dan solat hajat pada malam sebelum saya bersalin tu. Memang Allah mudahkan sangat-sangat.

7) Sebelum ke hospital, saya bersalaman dulu dengan Mak dan Ayah saya. Mohon supaya mereka sentiasa mendoakan saya. Mohon maaf juga dengan suami supaya suami sentiasa redha dengan kita. Mana la tahu nyawa kita tak panjang semasa berjihad melahirkan anak, kan? Doa kepada Allah semestinya. Doa jangan putus. Hanya Allah yang berkuasa atas segala-galanya.

8) Mesti khatam Al-Quran sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh kehamilan. Saya memang plan dah nak khatam minggu tu. Sebab tak sangka kan nak bersalin hari apa. Sebenarnya saya target bersalin Sabtu. Tak sangka Rabu dah bersalin. Disebabkan saya terlalu fokus kepada Surah Maryam, khatam saya jadi lambat. Hari saya nak bersalin tu saya masih dalam Juzuk Amma! Ada lagi beberapa surah sebelum saya khatam. So dalam wad semasa check CTG tu lah saya habiskan Juzuk Amma saya dan khatam. Suami saya doakan Doa Khatam Al-Quran dalam wad tu juga. Nak doa sendiri dah tak mampu. Dah start contraction yang kuat. Saya hanya dapat Aminkan saja doa khatam yang dibaca suami. Hanya beberapa ketika sebelum saya dah perlu bertolak ke LR. Sambil khatam, sambil berdoalah supaya Allah memudahkan saya bersalin ni.

9) Sentiasa patuhi arahan doktor, nurse dan staff perubatan yang menjaga kita sepanjang kita nak bersalin. Berdoalah supaya kita mendapat doktor dan nurse yang baik-baik untuk menjaga kita. Alhamdulillah saya dibantu oleh Doktor Wan dari Hosptal Pakar An-Nur Bangi tu dengan midwife yang saya tak tahu namanya. Dia memang baik dan cemerlang. Saya dengan suami saya memang puas hati dengan Dr. Wan. Jahitannya pun kemas. Selesai segala proses bersalin, menjahit dan membersihkan bayi, saya personally request panggil bidan nurse tu untuk ucapkan terima kasih banyak-banyak. Doktor pula, datang ucap Tahniah u did well. Hati saya memang sebak. Sebab doktor kata dia hanya membantu. Selebihnya, Ibu lah yang kena lakukan (bersalin) tu dengan sekuat hati dan tenaga. :-) Alhamdulillah syukur kepada Allah.. Allah banyak bantu saya.

10) Akhirnya sokongan padu daripada suami itu penting. Ketika semua staff perubatan sibuk menyambut bayi, suami berada berhampiran dengan kepala saya untuk berikan kata-kata semangat dan motivasi. Sama-sama cheer up dan galakkan kita untuk Push.. akhirnya bila kepala baby nampak, kita lakukan satu kali Push yang paling kuat dan last sekali kerja doktor saja untuk menarik bayi keluar :-)

Ini la saat terindah bagi seorang ibu yang melahirkan. Apabila bayi berjaya dilahirkan dengan mudah dan selamat. Sakit tu memang la sakit. Sakit ni memang tak dapat dihindari. Oh ye, saya memang tak ambil atau disuntik sebarang ubat tahan sakit atau ubat untuk induce baby. Segalanya normal saja. 

Pengalaman melahirkan saya ini yang paling berharga :-). Alhamdulillah saya masih boleh mengandung dan melahirkan secara normal selepas ni. Tak perlu wajib dibedah. 

Bagi anda yang sedang hamil, boleh amalkan tips yang saya share ni ye. Semoga dipermudahkan anda bersalin nanti. InsyaAllah. 

:-)

Berminat untuk mendapatkan Set Lengkap Hamil Shaklee

Set Lengkap Hamil Shaklee terdiri daripada:

1) Vitalea with Iron (multivitamin)
2) Vitamin C Sustained Release
3) B-Complex with Folic Acid
4) Ostematrix (calcium)
5) Energizing Soy Protein
6) OmegaGuard

Saya boleh bantu anda dengan konsultasi yang terbaik dan percuma bersama-sama tips kehamilan yang sihat.

Boleh hubungi saya,

Wan Syahida Kahar


SID 1143254

Rakan Nutrisi Shaklee Anda

www.syahidashukri.com

Post a Comment

  1. wah bagusnya tips lengkap dari segi rohani dan jasmani...seronoknya dah 2 kali lahirkan anak..comel2 anak sis..ciktom takde pengalaman lagi pregnant..baru je kahwin bulan 9 lepas..harap2 dimurahkan rezeki lepas ni dapat baby..amin..

    ReplyDelete
  2. insyaAllah :) mmg betul, kalau kita amalkan Allah akan tlg kita. yg penting usaha :)

    ReplyDelete

 
Top