0
Assalamualaikum semua :-)

Anda biasa dengar tentang EPO atau Evening Primrose Oil? Dulu sewaktu saya usia remaja, saya biasa ambil EPO ini kerana ia baik untuk kesihatan wanita. Tapi bila dah besar ni baru saya tahu ada sejenis minyak tumbuhan yang lebih bagus daripada EPO iaitu GLA atau nama penuhnya Gamma-Linolenic Acid. Fungsinya adalah lebih menyeluruh daripada EPO.

 Apa itu GLA?

 


GLA atau nama saintifiknya Gamma Linolenic Acid. Ia merupakan bahan binaan prostaglandin. Apa itu prostaglandin? Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal kontraksi otot, menghalang rembesan asid gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti-keradangan, anti-pembekuan darah serta mengurangkan tekanan darah.

Apakah Faedah GLA Ini?

GLA ini adalah sejenis Omega-6 tau dan dikatakan membantu mengurangkan keradangan biasa dalam sindrom pra-haid atau PMS, rheumatoid arthritis dan juga eczema. 

Bagi pesakit diabetes pula, GLA membantu mengurangkan sakit dan kebas yang disebabkan oleh masalah kencing manis. Selain itu GLA membantu mengawal kencing manis (Type 2) dengan membaiki kadar insulin dan juga kolestrol. 

Bagi yang nak turunkan berat badan pun ada faedah untuknya tau sebab GLA ini membantu menyingkirkan lebihan berat badan.

Ok dah banyak faedah dan kelebihan dia.

Jadi, dah tahu kan siapa yang perlukan GLA ni?

Iaitu kaum wanita yang mempunyai masalah Pre Menstrual Syndrome atau PMS, orang tua-tua yang ada rheumatoid arthritis, yang ada masalah eczema dan yang mengidap kencing manis dan timbulnya masalah kebas-kebas kaki serta tangan. 

Bagi wanita yang ada masalah kitaran haid yang tak regular pun elok amalkan GLA ni. Bagi yang dah berkahwin, GLA akan membantu meningkatkan kesuburan wanita juga. Bagi yang dah menapouse pun berguna sebab GLA membantu melegakan simptom menapouse. 

Bagi wanita yang suka menjaga kecantikan, GLA membantu menguatkan kuku dan rambut. Di samping menjadikan kulit bertambah sihat dan berseri-seri. 

Kelebihan GLA Complex ini adalah ia juga mengandungi khasiat Vitamin E yang asli. Sebab tu la ia memang elok untuk mendapatkan kulit yang glowing. 

And lastly, GLA juga membantu menangani masalah kulit kepala bersisik, berkerak dan berkuping. 

Haa.. syoknya GLA ni kan? Mana la tidak ia menjadi best friend kepada kaum wanita. 

Berminat untuk dapatkan GLA Complex yang best ni?

Boleh hubungi saya ya untuk order berserta konsultasi percuma :-)

Salam sayang dari saya,

Wan Syahida



Rakan Nutrisi Shaklee Anda

Post a Comment

 
Top