0
Assalamualaikum semua.

 
Antara supplemen yang paling kerap dicari customers saya di kalangan wanita adalah supplemen untuk kesuburan. Ramai nampaknya yang masih ternanti-nanti rezeki zuriat ya. Alhamdulillah ada ikhtiar dan usaha daripada mereka. Bukannya menunggu dan menyerah saja. Kita boleh bantu sediakan tubuh badan yang lebih sihat dengan bantuan supplemen agar kebarangkalian untuk hamil itu lebih tinggi.

Bagaimana GLA Complex Membantu Wanita Yang Ada Masalah Kitaran Haid ?

Pertamanya GLA Complex ini amat membantu wanita yang ada masalah hormon tak stabil yang menyebabkan kitaran haid mereka tak regular. Bila kitaran tak regular, tempoh subur pun tak tahu bila dan susah nak kira. 

Kebanyakan customer saya yang ada masalah period tak regular ni, semua dapat kembalikan period mereka menjadi bertambah regular semula. Lama atau sekejap akan bergantung kepada individu. Mostly anak-anak dara lah yang nak betulkan period ni. Bila period dah ok, takde masalah, mereka stop je makan GLA Complex (atas pilihan memasing) dan maintain je dengan basic health set (Vitalea multivitamin, B-Complex dan Vitamin C).

Tapi jika anda sedang ikhtiar untuk hamil, biarpun period dah regular, mesti teruskan pengambilan GLA Complex ni sebab ia akan membantu anda menjadi lebih subur dan InsyaAllah lebih mudah hamil.

 
Bagaimana GLA Complex Membantu Kesuburan Wanita?

Kebiasaannya selepas haid, terdapat peningkatan dalam jumlah mukus serviks atau biasa dipanggil sebagai lendiran serviks. Ia lebih lembap dan lebih licin selepas beberapa hari. 

Di antara semua jenis mukus serviks, mukus serviks telur putih adalah yang paling subur. Ia mempunyai ciri yang membolehkan sperma berenang dengan lebih mudah ke dalam serviks. Ia kelihatan seperti putih telur mentah dan boleh dihulur kira-kira 5cm tanpa memutus di tengah-tengahnya.

Kebanyakan wanita boleh hamil dengan mudah tanpa bersusah-payah memerhatikan kewujudan mukus serviks telur putih ini. Tapi bagi sesetengah wanita yang lain, mereka mempunyai sedikit atau tak ada langsung mukus serviks yang menyebabkan kesukaran untuk hamil.

Di sinilah peranan sejenis asid lemak perlu iaitu Gamma Linolenic Acid atau GLA yang meningkatkan kesuburan wanita.

GLA disintesis dan digunakan oleh tubuh badan untuk hasilkan prostaglandins yang penting untuk beberapa fungsi badan termasuklah meningkatkan penghasilan lendir atau mukus serviks yang subur.

GLA ini akan membantu wanita menghasilkan lendiran serviks yang lebih subur dan berkualiti, yang dikenali sebagai 'mukus serviks putih telur'. Cecair serviks ini sangat subur, nipis, berair dan lebih kenyal. Ia juga sangat membantu sperma untuk berenang melalui uterus, terus ke tiub Fallopio dan terus menuju kepada telur atau ovum.

Lendiran serviks ini juga menyediakan satu medium untuk membantu sperma untuk kekal hidup sehingga 5 hari. Jadi, ini akan memudahkan persenyawaan berlaku di antara sperma dan ovum. Walaupun anda tidak melakukan hubungan intim ketika berlakunya ovulasi. 

Berapa Lamakah Jangka Hayat Sperma dan Telur?

Kedua-dua sperma dan telur ovum mempunyai jangka hayat yang berbeza. Sperma biasanya boleh hidup dari 3-5 hari dengan kehadiran cecair serviks ketika waktu subur. Namun, kebanyakan sperma akan mati dalam 1-2 hari selepas ejakulasi walaupun sperma berada di dalam uterus. 

Manakala jangka hayat telur ovum pula lebih pendek, antara 12-24 jam sahaja mulai saat telur dilepaskan daripada ovari. 

Oleh itu, persenyawaan boleh berlaku bila-bila masa saja apabila sperma hidup bertemu dengan telur hidup. Walaupun sperma tersebut telah berada di dalam uterus seawal 5 hari sebelum ovulasi berlaku.

Jadi di sinilah peranan GLA Complex yang membantu meningkatkan kesuburan wanita dengan menyediakan satu 'medium mesra sperma' sekaligus meningkatkan peluang untuk wanita hamil. 

Apakah Kandungan Dalam GLA Complex ?

 
 
Semestinya hanya daripada herba dan tumbuh-tumbuhan semulajadi sahaja.

Berminat untuk dapatkan GLA Complex daripada Shaklee? 

Boleh hubungi saya untuk konsultasi percuma dan sebarang order.

Salam Sayang.

Wan Syahida


Rakan Nutrisi Shaklee Anda

Post a Comment

 
Top