0
Assalamualaikum semua pembaca saya yang budiman.

 

Saya seringkali mendoakan doa seperti di dalam hadis ni ke atas ubun-ubun anak-anak saya terutamanya ketika menyusukan. 

 

Selain daripada membaca Al-Fatihah, Ayatul Kursi, Surah Al-Insyirah dan meniup ke ubun-ubun anak, kita juga boleh doakan doa Rasulullah S.A.W. kepada Ibnu Abbas ini. 

Doa untuk anak-anak sepertimana doa Rasulullah S.A.W. kepada Abdullah Ibnu Abbas:

Doakan ini kepada anak-anak, di ubun kepala, saat anak-anak sedang tidur, atau doakan anak anak pada setiap ketika.

"Allahumma faqqih hu fid deen, wa alimhuttakweel." 
"Ya Allah, berilah kefahaman tentang agama (Islam) kepadanya dan kurniakanlah ilmu tentang takwil (tafsiran dan pemahaman alQuran)."اللهم فقهه فى الدين وعلمه التأويل  

Maksudnya: “Ya Allah, ajarkanlah Ibn Abbas ini dalam urusan agama dan ajarkanlah dia Takwil (menafsir Al-Quran).”

[Ahmad bin Hanbal, al-Hakim, al-Thabarani (Mu’jam al-Kabir, al-Ausath & Saghier), Ibn Hibban dan lain-lain.]

Atau menurut Ustaz Zahazan, boleh juga baca "Allahumma faqqih hu fid deen, wa alimuhul hikmah (ilmu pengetahuan)" 

Doa yang Nabi S.A.W. bacakan untuk Abdullah Ibnu Abbas atau dikenal sebagai Ibnu Abbas sehingga beliau menjadi seorang ahli Hadis, ahli Tafsir, ahli Fikah yang tersohor di zamannya.. Sehingga beliau mendapat tempat istimewa di sisi Khalifah ar-Raashidiin dalam membantu kepimpinan dalam urusan urusan pentadbiran dan agama! Sehingga beliau dikenal sebagai orang yang paling mengikuti dan mentaati Sunnah Nabi S.A.W.

Kita sibuk doakan anak-anak supaya jadi pandai, jadi hebat, jadi orang ternama, walhal sebenarnya, walau doa tersebut tidak salah untuk dilakukan, tetapi adalah lebih baik kita doakan anak-anak mengikut doa-doa sunnah sepertimana yang diajar oleh Nabi S.AW. agar anak-anak kita menjadi warisan yang bermakna dan bermanfaat untuk duniawi dan ukhrawi sama ada untuk diri mereka sendiri mahupun untuk kita.

Ingatlah bahawa hanya 3 perkara yang dibawa ke mati. Salah satunya ialah doa anak yang soleh. Adalah sangat tidak digalakkan mendoakan anak hanya untuk duniawi semata-mata atau hanya untuk ukhrawi semata-mata.... Bersikap seimbanglah kita sebagai ibubapa. Moga-moga dengan mendoakan sedemikian, anak-anak kita berjaya di dunia akhirat dan akan sentiasa mendoakan untuk kita di kala kita tiada di muka bumi ini lagi.

Moga-moga apabila dibacakan doa ini, anak-anak kita akan bijak dalam hal agama dan memahami Islam dengan sepenuhnya. Moga doa kita dimakbulkan! Jika ramai generasi anak anak kita mewarisi kebijaksanaan dan ilmu para ulamak dan membantu umarak, tentunya Islam akan semakin teguh dan kukuh di akhir zaman ini.... InsyaAllah Ameen!

Post a Comment

 
Top