2
Assalamualaikum semua.

Ada sesiapa yang suka telan Panadol tiap-tiap kali demam atau sakit kepala? Time nak cari Panadol kat kedai pula, pening ada banyak sangat jenis dia. Tak tau mana satu yang patut anda beli. Tak tau apa beza semua jenis Panadol yang ada kat kaunter tu.

Ok di sini saya kongsikan salah faham tentang Paracetamol yang ramai orang belum faham. Saya perolehi maklumat ini daripada Facebook Dr. Zubaidi B. Hj Ahmad. 

 

Soalan : "Apa beza panadol yang dijual dalam pelbagai bentuk? Ada panadol actifast, ada panadol mestrual dan sebagainya. 

๐Ÿ’Š PANADOL dibuat oleh syarikat farmaseutikal GSK mempunyai beberapa bentuk.

๐Ÿ”ป PANADOL REGULAR mengandungi Paracetamol 500mg yang boleh diambil oleh orang dewasa setiap 4-6 jam, sama ada sebiji atau dua biji setiap kali pengambilan.

๐Ÿ”ป PANADOL EXTEND mengandungi Paracetamol 665mg, dan boleh bertahan sehingga 8 jam. Oleh itu diambil sebiji setiap 8 jam.

๐Ÿ”ปPANADOL EXTRA mengandungi 500mg paracetamol dan 65mg cafeine, untuk sakit yang lebih kuat dan tidak menyebabkan ketidak selesaan perut.

๐Ÿ”ปPANADOL ACTIFAST mengandungi Paracetamol 500mg dan 173mg Sodium untuk tindakan yang 2 kali ganda lebih cepat. Oleh kerana mengandungi Sodium, pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.

๐Ÿ”ปPANADOL MENSTRUAL mengandungi paracetamol 500mg dan Pamabrom 25mg. Pamabrom bertujuan untuk mengurangkan kembung perut ketika haid.

๐Ÿ”ปPANADOL SOLUBLE mengandungi paracetamol 500mg dan sodium 427mg, Ia mudah larut dalam air. Kandungan sodium dalam ubat ini agak tinggi,  pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.

Oleh kerana PANADOL dijual dalam pelbagai bentuk penyediaan, pesakit harus berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi, walaupun ia boleh dibeli tanpa preskripsi.

Saya tidak bertujuan menggalakkan atau menghalang  penggunaannya tetapi menasihati agar menggunakannya secara berhati-hati. 

-Dr. Zubaidi b Hj Ahmad-

Jadi kesimpulannya, sentiasa jadi pengguna yang bijak dengan melihat dahulu label pada ubat Panadol yang anda beli di kaunter. Atau kalau tak pasti, lebih baik bertanya kepada ahli farmasi yang berada di kaunter. Ia lebih selamat dan meyakinkan. 

Nak lagi baik, apa kata amalkan minum air kelapa apabila demam. Air kelapa adalah remedi semulajadi untuk membantu memulihkan demam panas. Di samping meminum banyak air. Ha nak lagi mantop, masakkan sup ayam dan minum. Pasti lebih bertenaga dan cepat sembuhnya InsyaAllah :-). Petua-petua ni memang dah digunapakai sejak zaman dulu lagi di merata dunia jadi mesti sangat mujarab. 

Untuk saya sendiri pula, kalau saya ada simptom nak demam, saya akan cepat-cepat bancuh Nutriferon dan minum supaya demam tak jadi nak menyerang. Nutriferon akan siap-siap tingkatkan pertahanan badan saya terhadap jangkitan tu. Telan sekali Vitamin C supaya tak mudah jatuh sakit. Dan saya juga akan telan minyak ikan OmegaGuard untuk kuatkan sistem imun. Gabung semua ni sekali memang mantoppp terus tak jadi demam pun. Tapi kena la minum banyak air.

Panadol memang dah terlalu jarang nak amik time demam. Hanya ketika demam panas sangat-sangat, saya memang akan ambil juga Panadol supaya suhu badan akan lekas turun. Tapi sekali je lah. Lepas 4-6 jam dah tak perlu telan Panadol lagi sebab bila kita top up dengan supplemen Vitamin C, OmegaGuard dan Nutriferon, badan akan lekas pulih. Demam dah tak datang lagi. Cukup sekali saja makan Panadol iaitu ketika kali pertama badan rasa panas sangat. 

Sekadar berkongsi pengalaman. Jika berminat nak try Shaklee macam saya, boleh hubungi saya ya.

Salam sayang,

Wan Syahida Kahar



Rakan Nutrisi Shaklee Anda

www.syahidashukri.com

Post a Comment

  1. terima kasih berkongsi...dah jelas skrg ni ;-)

    ReplyDelete
  2. ada mcm2 jenis rupanya panadol nie.. baru saya tahu..
    saya pula kalau sakit kepala lebih suka picit kaki bhgn ibu jari....

    ReplyDelete

 
Top