0
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah.

Baru-baru ni saya pergi bercuti ke Langkawi bersama suami dan anak-anak sempena Hari Ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4. Percutian ini paling mencabar buat saya dan suami kerana kali ini kami bercuti dengan dua orang anak; seorang berusia 3 tahun dan seorang lagi baru berusia 4 bulan lebih. Kalau dahulu, kami biasa bercuti bersama seorang anak sahaja, kini pergerakan dan aktiviti menjadi semakin terhad terutamanya apabila anak-anak mahukan waktu tidur mereka sedangkan ibu bapanya mahu berjalan-jalan.

Mujurlah kami memang dah merancang sejak dari awal. Tempat yang ingin kami lawati perlulah waktu anak kami dah bangun dan ceria terutamanya waktu pagi. Bila tiba waktu tengah hari dan petang, kami memilih tempat yang membolehkan anak-anak tidur dalam stroller dan dalam dukungan kami. 

Di Langkawi, banyak tempat yang menarik yang boleh dikunjungi dan amat sesuai untuk anak-anak kecil. Mereka akan seronok dengan Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise dan Underwater World. Kami juga bawa anak jalan-jalan ke Crocodile Farm dan Langkawi Cable Car. Waktu untuk anak-anak tidur pula, kami pergi membeli-belah bam gamat dan di Haji Ismail Group. Selepas anak kami penat memberi makan burung di Wildlife Park, kami kunjungi Galeria Perdana supaya anak-anak kami terlelap tapi sebelum tu pergi makan tengah hari dulu. Pernah sewaktu anak-anak kami tidur di dalam kereta, kami hanya mampu pusing-pusing Pulau Langkawi menaiki kereta dan menikmati pemandangan di Dataran Lang dan Porto Malai melihat kapal-kapal berlabuh di jeti. Sambil itu boleh cuci-cuci mata melihat hotel-hotel dan resort mewah yang kelihatan. 

Jadi, anda bolehlah rancang percutian anda dengan sebaiknya bila anda mahu membawa anak-anak yang masih kecil bersama. Segalanya mungkin tapi anda perlu banyak-banyak bersedia dan bersabar. Anak-anak akan tunjukkan kerenah mereka apabila mereka tidak cukup tidur dan tidak cukup rehat. Maka kita perlu meraikan fitrah mereka . 

Bagi kami, kami meraikan kesukaan anak dahulu iaitu dengan mengunjungi Wildlife Park dahulu pada hari kedua kami tiba di Langkawi. Petangnya kami ke Galeria Perdana untuk mereka tidur, dan kemudian kami ke Underwater World di Pantai Cenang. Balik ke hotel, kami bawa anak mandi-manda di kolam renang hotel. Malamnya hanya jalan-jalan dan shopping kerana anak-anak akan tidur awal dek kerana kepenatan berjalan sepanjang siang hari.

Esoknya kami ke Langkawi Cable Car dan di sana kami luangkan masa sehingga ke tengah hari dan waktu tu anak-anak pun dah kepenatan. Mungkin kerana penat semalam masih belum hilang. Jadi selepas makan tengah hari, kami berjalan-jalan menaiki kereta di sekitar Pulau dan singgah membeli bam-bam gamat sewaktu anak-anak tidur dan petangnya kami singgah ke Crocodile Farm. Asalnya kami berhajat untuk ke Buffalo Park tapi malangnya tutup pula tempat tu pada hari Jumaat. Selepas ke Crocodile Farm, masa tu dah lewat petang dan kami pun pulang semula ke hotel untuk berehat. Sebelum itu kami singgah di pasar malam Jumaat untuk membeli makanan. Malam itu kami hanya makan malam di hotel.

Esoknya adalah hari untuk kami pulang ke KL. Jadi paginya kami tak buat apa-apa sangat kerana anak tiba-tiba sahaja tidak sihat dan badan mulai panas nak demam. Kami terpaksa mencari ubat Panadol untuk anak dan pujuknya memakan ubat. Jadi nasihat saya, sekiranya anda ingin berjalan dan bercuti, janganlah lupa untuk bawa bersama ubat-ubat seperti ini sekiranya berlaku kes-kes kecemasan seperti ini. Anak-anak boleh tiba-tiba demam dan kita pun boleh jatuh sakit bila-bila masa sahaja. Jadi bawalah bekalan ubat selsema, ubat batuk, ubat sakit perut, ubat demam dan sebagainya yang anda rasa anda mungkin perlukannya. Jangan lupa bawa minyak Telon, Vicks, Mopicko dan sebagainya untuk anak-anak. 

Saya pula, saya sentiasa pastikan saya membawa supplemen-supplemen Shaklee saya. Di antara yang wajib adalah Vitamin C Sustained Release, B-Complex dan Vita-LEA. Pagi-pagi selepas sarapan, saya akan mengambil Vitamin C dan B-Complex. Kemudian pada waktu tengah hari selepas makan tengah hari, saya akan mengambil Vita-LEA sebagai sumber multivitamin saya. Alhamdulillah semua ini membantu saya untuk kekal cergas dan aktif untuk banyak berjalan. Tambahan lagi saya menyusu badan sepenuhnya. Kesihatan badan saya amat-amat penting dan dengan badan kita yang sihat, barulah kita boleh menyusu dengan baik dan anak pun kenyang. Bila anak kenyang dan selesa, kita pun senang nak berjalan-jalan. Yang penting kita juga kena minum banyak air sebab banyak berjalan kan? Kita akan mudah dahaga. Botol air memang saya dan suami sentiasa bawa bersama ke mana-mana sahaja. Kalau kat bilik hotel tu, memang sentiasa masak air je.

Kalau boleh, saya nak bawa Meal Shakes juga untuk anak saya tapi tak sempat pula nak 'packing' sebelum kami bertolak tu. Patutnya kena bawa sekali. Kesihatan anak pun perlu dijaga sebaiknya. 

Alhamdulillah saya suka makan supplemen-supplemen kesihatan. Bila saya makan, saya tahu ia bukan sahaja baik untuk saya, tapi baik untuk anak-anak dan suami. Sebab bila saya jatuh sakit, mereka juga yang akan turut berasa susah. Bak kata orang, ibu kan jantung keluarga? Jadi, penting sangat untuk belajar makan supplemen.

Saya amat menyarankan kita semua ambil supplemen yang asas : Set Optimum Health Shaklee.

1) Vitamin C Sustained Release

2) B-Complex


3) Vita-LEA


Untuk anak : Meal Shakes


Insya Allah, ini ikhtiar kita untuk sihat. Berminat untuk order, boleh hubungi saya di 012-6753078 (Shye) untuk harga kasih sayang ;-). Berminat untuk jadi ahli Shaklee, hubungi saya juga ye. Insya Allah saya sudi membantu. :-) Harga memang sangat menjimatkan sebab dalam sebotol supplemen Shaklee ada 120 atau 180 biji tablet jadi ia bertahan sampai sekurang-kurangnya 4 bulan. Mana lagi anda nak dapatkan supplemen yang berkualiti dengan harga yang sangat menjimatkan?

Selamat bercuti jika anda sedang merancang untuk bercuti-cuti Malaysia. Pastikan bawa supplemen dan ubat-ubatan bersama seperti yang saya cadangkan ye :-).

Post a Comment

 
Top