0
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah...


Ini cubaan pertama saya merakam anak saya membaca Al-Quran. Maaf banyak-banyak sebab tak clear dan tak kuat suaranya sebab bukan senang nak dapat rekod video anak saya ni. Dia banyak main-main dan dia kalau mengaji memang suka perlahan-lahan. Saya tak ingat bila dia dapat hafal Surah Quraisy tapi sejak sebelum 3 tahun lagi dah berjaya hafal. Sekarang dia dah 3 tahun 4 bulan.

Sebenarnya bukan senang juga nak ajak dia meminati Al-Quran ni. Baru-baru ni sahaja dia dah kembali meminati Al-Quran setelah hampir 5 bulan dia mengabaikan Al-Quran (sebab terpengaruh dengan gadget, kartun di TV dan lain-lain mainan apabila saya berpantang di kampung). Semuanya bermula selepas saya melahirkan anak kedua saya Ameer. Sebab bila berpantang, dah pasti kita pun dah tak baca Al-Quran. Bila kita sebagai ibu pun tak baca Al-Quran, anak pun jadi lalai. Suami saya pula pergi ke kerja pada waktu siang. Masa saya berpantang tu pula bulan Ramadhan. Bila waktu malam, suami dan ahli keluarga semua pergi sembahyang terawih. Sambil saya sibuk-sibuk menjaga bayi yang baru lahir, saya kena curi-curi juga peluang untuk mengajak anak saya ni membuka Al-Quran dan 'revise' balik semula semua hafalannya. Itu pun dah banyak yang tersekat-sekat.

Jadi, bukan senang nak 'maintain' hafalan ni. Selepas dah berjaya hafal, kena usaha kekalkan hafalan tu pula. Tambah pula budak-budak bawah 5 tahun macam ni. Nak ajak dia membaca Al-Quran memang kena pandai pujuk, kena umpan ngan hadiah, kena puji-puji, berikan mainan, kadang-kadang sambil bermain dan macam-macam cara lagi.

Alhamdulillah sekarang ni dah masuk ke Surah Al-Adiyat. Tapi Al-Qaari'ah masih tak berapa lancar. Jadi kami ajar surah yang baru sambil mengulang-ulang Surah Al-Qaari'ah juga. Satu perkara yang menguntungkan saya dan suami tentang Ameerah ni adalah, bila dia meminati sesuatu, dia memang minat dan 'passionate' sangat. Berkali-kali dia mengulang pun tak apa. Tak kira lah mainan apa pun. Kalau dia minat menonton sesuatu video tu, beratus-ratus kali lah dia akan 'repeat play' video yang disukainya tu. Jadi untuk Al-Quran ni, dia jadi suka pulak baru-baru ni, sama macam sebelum saya bersalin dulu dan dia akan belek Al-Quran dia sehingga dah koyak-koyak dan lusuh jadinya. Pagi tadi contohnya, bangun dari tidur dan celik mata sahaja, terus dia cakap "Ummi, Ameerah nak baca Al-Quran". Saat saya sedang menulis entry ini pun, anak saya sedang menonton kartun tapi sedang belek Al-Quran dia dan sebenarnya dia cakap lagi yang dia nak baca Al-Quran dan minta saya baca dan ajarnya baca. Saya pula yang minta dia tengok TV dan suruh dia nanti-nanti la baca Al-Quran lagi. Saya katakan yang Ummi pun nak buat kerja... Aduhai.

Hari ni juga, dah hari ketiga saya cuba berikan anak saya Omega 3 Fish oil daripada Omega Guard Shaklee. Saya cuma masukkan sahaja ke dalam susunya. Mujur la dia tak perasan perubahan rasa dan baunya (ada bau ikan sikit). Semoga dengan usaha pemakanan yang baik untuk otaknya ini seiringan dengan usaha mengajarnya menghafal Al-Quran. Saya tahu kepentingan makanan untuk otak lebih-lebih pada usia bawah 5 tahun ini apabila otak kanak-kanak sedang berkembang dengan pesat. Sambil-sambil kita berikan pemakanan yang baik untuk otak, kita juga kena usaha merangsang otaknya supaya sel-sel otaknya berhubung (macam dalam iklan Wardina tu). Saya juga percaya yang mengajar anak menghafal Al-Quran sebenarnya dapat menguatkan lagi daya ingatannya. Yang penting kita berikhtiar dan bantu anak kita dalam misi kita itu.

Harapan saya sebagai ibu, saya dapat mengajar anak saya menghafal Al-Quran pada usianya yang seawal mungkin dan pada masa yang sama, saya dapat memberikannya pemakanan yang baik untuk tumbesaran yang sihat dan perkembangan otak yang baik.

Dulu saya hanya maintain dengan Meal Shakes sahaja untuknya setiap hari. Alhamdulillah dia tak mudah demam dan dia dah makin berselera makan nasi dengan lauk ikan atau ayam. Sekarang saya dah tambah dengan Omega pula dan anak dapat terima dengan baik. Alhamdulillah. Syukurnya saya kenal Shaklee. Banyak faedah yang saya dapat untuk diri saya dan anak-anak. Tu belum cerita lagi kepada mak saya, mak mertua, adik beradik dan suami.


Anda pula? Cuba-cuba la juga. Pasti anda pun jadi suka tau. Boleh hubungi saya untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang apa-apa. Atau anda juga boleh terus jadi ahli Shaklee untuk menikmati penjimatan yang berganda-ganda macam saya ni. :-)

Kalau berminat nak cari alat-alat bantu mengajar anak membaca dan menghafal Al-Quran seperti flashcards, video mengajar anak kenal huruf-huruf Al-Quran, buku cepat membaca Al-Quran atau lain-lain, boleh 'browse' label di tepi ini ya. :-)

Semoga kita dapat lahirkan lebih ramai lagi kanak-kanak cilik Al-Quran. Generasi Al-Quran impian kita semua. Insya Allah.

Wan Syahida Kahar
Pengedar Shaklee
012-6753078
FB : Wan Syahida Kahar
Instagram : @shye_ws, @shye_healthnutrition

Post a Comment

 
Top