0
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah.

Alhamdulillah dipanjangkan usia lagi pada hari ini dan dapat teruskan kerja-kerja sebagai isteri dan ibu seperti biasa. Saya dan suami memang ada banyak impian untuk anak-anak kami. Bukan sahaja kami, tentu sekali semua ibu-ibu dan bapa-bapa yang lain pun macam tu juga. Kalau anda biasa baca entry-entry saya di sini, banyak saya ceritakan tentang pendidikan hafazan Al-Quran yang saya cuba terapkan kepada anak sulung saya (sekarang anak sulung berusia 3 tahun 4 bulan). Pada masa yang sama, suami saya berimpian besar untuk menjadikan anak sulung kami itu membesar menjadi pemimpin dan berani menjadi seorang pemimpin. Bagaimana untuk mendidiknya? Tak lain tak bukan adalah dengan mengambil serius tentang pendidikan daripada ibunya sendiri di rumah setiap hari. Bukannya atas didikan pengasuh, taska mahupun tadika (belum lagi nak masuk tadika). Alhamdulillah Allah berikan kesempatan kepada saya untuk terus menjadi surirumah sepenuh masa dan menjalankan perniagaan sendiri dari rumah. Sambil menjaga anak-anak, pastikan makan minum mereka, apa yang mereka tonton, apa yang mereka makan, khasiat pemakanan mereka, pastikan mereka dididik dengan Al-Quran dan pastikan mereka mendapat kasih sayang ibu dan bapa.

Ketika saya sedang menulis entry ini, saya benar-benar sedang membuai anak kedua saya di dalam buaiannya. Ini lah kelebihan surirumah yang bekerja dari rumah. Income jalan. Tapi dalam masa yang sama, saya menjaga anak-anak saya sendiri di rumah. Kadang-kadang, tangan sebelah menghayun buaian, tangan sebelah lagi menjawab persoalan customer. Sejak saya hasilkan blog ini dan berkongsi tentang pendidikan serta produk-produk pendidikan anak-anak kecil, memang selalu saya dapat mesej-mesej dan pertanyaan daripada ibu-ibu (biasanya ibu muda) tentang apa yang sesuai untuk diberikan kepada anak, macamana nak ajar anak Al-Quran sejak usia kecil, permainan apa yang sesuai untuk anak umur sekian-sekian dan seumpamanya. Takpe, saya suka menolong dan memberi cadangan berdasarkan pengalaman saya dan memandangkan saya sendiri menceburi bidang perniagaan penjualan barangan pendidikan awal kanak-kanak ini. Saya tak kisah pun kalau orang yang bertanya tu tak nak beli barangan saya. Yang penting niat saya nak membantu ibu lain dan memberi nilai kepada mereka serta anak-anak mereka. Sebab saya yakin rezeki itu hanya Allah yang berikan. Bukan customer. Bukan orang lain. Lihat, walaupun saya hanya surirumah dan dunia saya bergelumang dengan hal-hal di rumah sahaja, bukan bermakna saya tidak boleh menyumbang kepada masyarakat. Pandangan ini oleh sesetengah ahli dalam masyarakat kita boleh lah dihentikan sebab ia dah tak relevan lagi pada masa kini. 

Sekarang, dah ramai surirumah yang dah pandai cari pendapatan sendiri dari rumah sahaja. Ya, para suami dan ahli masyarakat, jangan pandang rendah kepada kami surirumah. Jangan terkejut kalau saya katakan, ada surirumah yang bole mencapai pendapatan bulanan yang stabil sebanyak lima angka, melebihi pendapatan suami mereka. Ini pendapatan bulanan ye, bukan tahunan ke apa. Macam tak percaya kan? Tapi memang ada. Saya dah jumpa akak-akak yang hebat-hebat ni. Anak-anak berderet tapi mereka memang hebat. Macamana boleh capai macam tu? Tak lain tak bukan dengan usaha yang luar biasa demi anak-anak juga. Ibu-ibu ni, kalau fikirkan tentang anak-anak, memang boleh ada kuasa luar biasa yang di luar jangkaan fikiran, kan? 

Bercakap tentang impian besar saya dan suami, antara usaha kami untuk mendidik anak dengan sebaiknya sejak kecil, saya sedang berusaha untuk memberikan anak sulung saya itu pemakanan yang baik dan sihat untuk tumbesarannya yang sihat. Antara usaha untuk menjadikan anak membesar dengan bijak dan pandai adalah dengan memastikan dia sihat, antibodinya kuat dan berupaya melawan penyakit, tak mudah jatuh sakit, cukup makanan seimbang, cukup susu, kalsium, vitamin dan mineral. Saya pernah cerita yang saya susah nak bagi anak makan madu. Dia tak suka. Dia hanya meminati susu (selain daripada nasi, lauk-pauk seperti ayam, ikan, telur, buah-buahan dan sebagainya). Jadi kalau kami nak berikan dia ubat panadol ke (kalau la demam), nak bagi apa-apa ke, mesti kena sorok-sorok masukkan ke dalam susu. Mujur la dia tak perasan sangat.

Jadi, saya bersyukur bila saya mengenali Meal Shakes. Sebenarnya, saya kesal dan sedih jugak, bila takde pun kenalan-kenalan SID (pengedar Shaklee) yang pernah approach saya menceritakan tentang kebaikan Meal Shakes ni. Patutnya dari dulu saya dah cuba bagi Meal Shakes kat anak saya. Bila saya sendiri dah jadi ahli Shaklee (semasa saya mencari makanan tambahan untuk diri sendiri sewaktu mengandungkan anak kedua dahulu), baru saya kenal sendiri Shaklee tu macamana dan sejauh mana bagusnya. Saya google sendiri, tanya pengalaman kawan-kawan dan banyak membaca. Banyak testimoni hebat daripada orang yang saya kenal dan tak kenal. Jadi saya tak ragu-ragu untuk berikan Meal Shakes kepada anak. Alhamdulillah, memang banyak baiknya lepas saya berikan anak saya tu Meal Shakes. Banyak dah saya pernah ceritakan dalam entry-entry sebelum ni.

Hari ini, buat pertama kalinya saya cuba berikan anak saya Omega pula. Macam biasa, saya kena sorok-sorokkan masuk ke dalam susunya. Bimbang juga saya sebab Omega ni kan 'fish oil' jadi ada bau ikan dalam susunya. Selepas saya cuba berikan, Alhamdulillah anak saya minum je macam takde apa-apa. Hihi. Berjaya!! Satu hari satu je. Jimat :-). Lepas ni saya pun nak kena makan Omega untuk daya ingatan yang lebih baik ;-). Oh ye, selepas Meal Shakes dan Omega, saya berikan pula Vita-C Chewables untuk anak hisap-hisap dan kunyah-kunyah sambil tengok TV. =D

Jika anda berminat nak cuba Meal Shakes, Omega dan Vitamin C Chewable, hubungi je saya di 012-6753078. Best dan bahagia bila dapat tengok anak-anak membesar dengan sihat dan bijak. Kita sebagai ibu kena pastikan anak-anak cukup khasiat dalam pemakanannya kalau nak anak membesar dengan sihat. Saya terfikir untuk bagi anak saya Omega sebab saya nak berikan khasiat yang baik kepada otaknya. :-) Badam dan kismis juga dalam usaha kami suami isteri. 


Jika anda terfikir-fikir nak jadi surirumah juga seperti saya, jom... jangan segan-segan untuk bertanya dan berkawan dengan saya. Kita sama-sama usaha menjadi kaya dari rumah. Jadi ahli Shaklee terus untuk menikmati pelbagai penjimatan untuk kesemua produk-produk kesihatan Shaklee dan bonus. Jangan risau, ia patuh syariah. Boleh buat secara part-time walaupun anda seorang career woman :-). Dalam Shaklee, akan ada bantuan daripada ibu-ibu lain tentang macamana nak success macam mereka. Jom :-)

Wan Syahida Kahar
-Pengedar Shaklee Anda Yang Baik dan Mesra :-)-
012-6753078
FB : Wan Syahida Kahar
Instagram : @shye_ws, @shye_healthnutrition

Post a Comment

 
Top