0
Teks : Wan Syahida Kahar

Keputusan UPSR tahun 2014 telah pun diumumkan semalam. Umum mengetahui tentang kontroversi ujian ini apabila berlaku kes soalan bocor. Habis ujian peperiksaan Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Tamil terpaksa para pelajar tempuhi sekali lagi. Walaupun saya tak ada kaitan pun dengan ujian ini (saya bukan cikgu, bukan juga ibu bapa yang ada anak calon UPSR) tapi sebagai rakyat Malaysia, saya pun 'frust' dan geram dengan kes bocor ni. Harapan saya, janganlah berlaku lagi dalam mana-mana peperiksaan di Malaysia ni lagi. Yang mangsanya adalah budak-budak dan mak bapak mereka juga. Kasihan mereka.

Seperti yang dilaporkan, tahun ni keputusan UPSR menunjukkan penurunan jumlah pelajar yang memperolehi skor tertinggi. Walaupun demikian, berlaku penurunan jumlah pelajar yang memperolehi skor di bawah skor terendah. Saya bukannya pentingkan 'figure' ni sangat. Tak berapa minat sikap terlalu 'exam-oriented' atau 'results-oriented' ni.

Walaupun ia hanya UPSR, tapi melihatkan kawan-kawan sesama ibu yang memiliki anak calon UPSR tahun ni, mereka juga berdebar dan amat mengharapkan supaya anak-anak mereka berjaya skor straight A's sama ada dalam UPSR mahupun UPSRA. Memang diakui, saban tahun memang sengit persaingan antara budak-budak ni. Mak bapak pun risau. Tu yang bila terjadi kes soalan bocor tu, ia memang tak menghairankan. Semua sekolah nak achieve target. Semua guru nak anak-anak mereka cemerlang. Ibu bapa pun tak ketinggalan nakkan anak-anak mereka berjaya. Sampaikan soalan dibocorkan sehingga hilang integriti guru-guru yang sepatutnya bertanggungjawab memastikan kerahsiaan kertas soalan. Isy isy.. Betapa pentingnya UPSR tu sebenarnya.

Apa pun tahniah saya nak ucapkan kepada anak-anak yang berjaya memperoleh straight 5 A's dalam UPSR. Saya yakin, jalan nak menempuhi kejayaan tu bukannya mudah. Saya faham yang soalan pun makin mencabar sekarang. Tak sama macam zaman saya dulu. Tahniah juga buat ibu bapa yang telah banyak berkorban wang dan masa untuk anak-anak. Mesti dah banyak doa dipanjatkan. Alhamdulillah Allah kabulkan. Bagi yang tak berjaya, tentu anda pun tahu yang UPSR bukannya pengakhiran hidup. Ia hanya menjadi jalan yang bukan lurus pada masa hadapan. Walau melalui jalan mana pun, yang penting adalah akhirnya. Walaupun tak layak mendapat sekolah berasrama penuh yang diimpikan, percayalah, masih ada peluang yang tersedia pada masa hadapan. Tak dapat hari ini, ada peluang esok pula.

Seperti saya, dulu, masa zaman saya, walaupun saya dapat 4 A (zaman masih 4 subjek), saya tak dapat pun mana-mana tawaran ke SBP. Maka saya lanjutkan pelajaran ke sekolah harian biasa berdekatan dengan rumah. Tapi saya berusaha lebih gigih untuk PMR. Akhirnya saya mendapat tawaran ke MRSM untuk Tingkatan 4 dan 5. Saya percaya, kegagalan pada hari ini, tak bermakna jawabnya hidup kita akan gagal pada masa depan. Setiap masa ada peluang. Mana-mana tempat pun ada peluang. Yang paling penting, usaha menuntut ilmu itu sendiri.

P/s : Tak sabarnya nak ajar anak sendiri subjek-subjek di sekolah macam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Sekarang anak belum masuk tadika lagi pun. :')

Post a Comment

 
Top