0
Teks : Wan Syahida Kahar

"Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak."  - Fadzillah Kamsah

Kita semua pasti menginginkan zuriat yang genius dan pada masa yang sama berakhlak mulia kerana ia menentukan masa depan anak-anak untuk berjaya di dunia dan juga di akhirat. Jadi pada masa bilakah kita patut mula merangsang anak-anak menjadi bijak dan berakhlak? Tentunya ketika dunia awal bayi iaitu di dalam alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baru. Janin juga boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah yang tertentu. Berikut merupakan sedikit panduan untuk membantu kita merealisasikan harapan yang diimpikan.

Pemakanan Sihat

Makanan berkhasiat dan seimbang adalah sangat penting dalam pembinaan otak bayi. Pastikan pemakanan anda sebagai ibu mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega yang mengandungi EPA dan DHA yang penting untuk perkembanan bayi yang sihat.



Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement.

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandungan DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting untuk kita memastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.


Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee :
  1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies).
  2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 
  3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
  4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
  5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
  6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini.
  7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.


Banyakkan Ibadat

Islam mengajar kita untuk mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Di antaranya, banyakkan mengingati Allah dengan memohon ampun dan bertaubat, melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Isteri dan suami juga dituntut untuk memperbanyakkan solat-solat sunat dan puasa sunat terutamanya puasa pada hari Isnin dan Khamis. Begitu juga dengan membaca Al-Quran. Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah Surah Al-Fatihah, Yasin, At-Taubah, Yusuf, Luqman, An-Nahl (Ayat 78), Al-A'raf (Ayat 189) dan banyak lagi. Walau bagaimana pun, adalah jauh lebih baik sekiranya anda mampu mengkhatam keseluruhan Al-Quran sekurang-kurangnya sekali. Dengan sering membaca ayat-ayat Al-Quran, ia dapat memudahkan proses bersalin, Insya Allah dan anak akan sihat, sempurna, bijak dan soleh.

Banyakkan juga berdoa dan kerap membaca Surah Al-Insyirah berserta Ayat Qursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab untk membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut ibu. Surah Al-Fatihah adalah ibu Al-Quran, Al-Insyirah untuk melapangkan dan melembutkan hati serta fikiran manakala Ayat Qursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati ibu tenang dan lapang, anak akan mudah menerima pelajaran dan berkembang dengan positif. Malah, setelah anak anda lahir, anda boleh terus membaca surah-surah ini ketika menyusukan bayi. Insya Allah, amalan ini akan menghasilkan anak yang bijak dan elok perilaku akhlaknya.

Sentuhan Kasih

Banyakkan berbicara dengan bayi sambil mengusap perut. Terdapat kajian yang mendapati perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya. Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan memasuki usia enam bulan ke atas. Ini disebabkan pada usia tersebut, jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.

Emosi Terkawal

Cubalah pastikan agar emosi anda sentiasa terkawal dan tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Ini akan membantu perkembangan otak bayi yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Oleh itu, anda haruslah lebih banyak bersabar dan bersikap positif. Percayalah bahawa tingkah laku ibu yang baik akan sedikit sebanyak mempengaruhi sikap anak anda pada masa hadapan. Malahan, perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak yang pada masa yang sama dapat memastikan bayi membesar dengan sihat dan pintar.

Sumber :
1) Pa & Ma
2) Info Shaklee

Berminat untuk order Omega Guard Shaklee? Hubungi saya di 012-6753078 (Shye) untuk mengetahui bagaimana untuk mendapatkan Omega Guard Shaklee. Terdapat promosi BELI 6 PERCUMA 1 pada bulan November 2014 ini. Jadi, tempah lah segera ya.

Order segera dan anda berhak mendapat konsultasi percuma daripada saya tentang cara-cara pemakanan Omega Guard. SMS/Whatsapp sahaja Shye di 012-6753078. :-)

Shye
-Shaklee.Independent.Distributor-

Post a Comment

 
Top