0
Teks : Wan Syahida Kahar

Alhamdulillah.. Pejam celik pejam celik, anak kedua saya sudah pun berusia 5 bulan 1 minggu. Masih terngiang-ngiang pengalaman melahirkannya. Masih kuat lagi ingatan mengandungkannya dulu sewaktu saya sering terbaring dan banyakkan berehat. Syukur sangat-sangat Allah kurniakan kami anak lelaki yang sihat dan sempurna dan saya berupaya menjaganya sendiri dan masih dapat menyusukannya dengan sempurna. Kalau dahulu saya hanya mampu terbayang dan berangan, kini semuanya dah di depan mata. Saya dah selamat melahirkan bayi saya dan ia dah pun 5 bulan usianya.

Menjejak usia 5 bulan ini, Alhamdulillah akhirnya setelah beberapa kali cubaan, anak kami ini sudah boleh meniarap dengan sendirinya! Sama seperti kakaknya yang meniarap pada usia 5 bulan. Kalau meniarap, dadanya dah tegap dan tinggi serta tangannya sudah mampu menampung beratnya. Tapi tak dapat lama. Sekejap je. Kalau dibiar lama-lama, mesti dia akan menangis. Hehe. 

Suka saya baca-baca buku Pa & Ma, tentang perubahan yang besar yang sedang berlaku kepada bayi pada usia ini. Rasa ingin tahunya sememangnya menjadi semakin ketara terutamanya dengan alam sekeliling. Dia sudah boleh mudah untuk ketawa terutamanya bila kita buat aksi-aksi melucukan di hadapan wajahnya. :-)

Sedikit perkongsian daripada Pa & Ma, pada usia 3-5 bulan atau 4-5 bulan ini, bayi akan sudah boleh mengenal wajah dan tempat yang biasa dilihat olehnya. Dia juga sudah boleh mengawal sepenuhnya pergerakan tangan dan kakinya. Ini bermaksud kaki dan tangannya boleh melakukan apa sahaja aktiviti yang dikehendaki olehnya. Contohnya saya biasa melihat anak saya itu menggenggam kedua-dua tangannya dan perhati je.

Dia juga boleh merasakan jari tangan dan jari kakinya menjalankan fungsi yang sama dengan tangan dan kaki. Tapi dia masih belum belajar dan faham sepenuhnya bahawa tangan boleh melakukan lebih banyak perkara berbanding dengan kaki. Sebab itu, adalah penting untuk kita cuba melakukan aktiviti atau permainan yang menggunakan jari kaki seimbang dengan menggunakan jari tangannya. Ni pesanan Pa & Ma ni. Saya akan cuba jugak nanti :-D

Sewaktu didudukkan, badannya tidak lagi membongkok dan dia mampu mengawal pergerakan kepalanya. Tapi dia masih lagi memerlukan sokongan daripada kita sama ada dengan meletakkan bantal di belakangnya agar dia tidak jatuh dan tercedera atau kita memegangnya dengan baik tanpa menyakitkan pinggangnya.

Pada usia ini, bayi juga sudah boleh mengangkat dadanya tinggi ketika sedang meniarap dan mendepakan tangannya. Dia akan cuba untuk melihat terus ke depan tetapi masih belum mampu untuk mengawal sepenuhnya posisi tubuhnya.

Bersuara dan Berbual

Bayi masih ingin berbual dengan anda walaupun menggunakan vokal dan bunyi konsonan yang mudah. Dia cuba untuk menyambung dua patah perkataan seperti 'gaga' dan 'ahgoo' (saya cuba bayangkan pun terasa comel baby ni). Kalau anak saya, saya perasan dia dah mula membuat bunyi 'dada' dan sekali sekala ada juga 'ahgoo' tu. :-)

Kawalan tangan dan kakinya menjadi semakin maju dengan mampu memegang objek secara merapatkan kedua-dua tangannya. Selain itu, dia juga boleh menggoncang alat permainannya untuk menghasilkan bunyi. Tetapi dia masih belum dapat mengutipnya jika mainan itu terjatuh (malah tak kisah pun kalau terjatuh). Bayi kan kuat menggenggam. Jadi kalau mainan itu ada rongga-rongga yang jari tangannya muat, dia dah boleh genggam tapi memang tak lama. Sekejap je akan terlepas ;D.

Minda 

Bayi anda akan semakin menjadi kebolehan mindanya (Subhanallah kan...). Dia akan mampu mengenal ibu dan bapanya walaupun dalam sekeping gambar. Otaknya sedang berkembang dengan pesat dan ia dapat dilihat melalui sikap ingin tahunya yang tinggi. Dengan yakin, dia akan meninjau-ninjau sekeliling jika diletakkan di dalam bilik yang asing baginya. Memang, anak saya pun suka melilau tengok sekeliling. Lagi-lagi kalau ada bunyi-bunyi, terus dia berpaling nak tengok dari mana arah datangnya bunyi tu. Biasanya bunyi kakaknya lah bercakap-cakap atau bermain telefon..

Yang pastinya dan semestinya, bayi takkan suka ditinggalkan bersendirian dan dia akan menangis jika tidak mendapat perhatian daripada kita. Boleh lah tinggalkan sekejap. Tapi lepas tu mesti nangis. Jadi, kita pun tak boleh nak buat kerja. Sama lah macam kes saya sekarang.... Kadang-kadang ingin juga nak suruh kakaknya yang 3 tahun untuk jaga adik sementara saya mandi, solat atau masak, tapi harapkan kakak, kakak memang tak boleh nak diharap (lagi). Heheh....

Begitulah ragam menjaga bayi. Biasa lah, kan. Hmmm :-)

===
Educational Toys For Babies / Permainan Bayi

1) Animal Beads Maze - RM40 (tak termasuk kos Pos)



2) Toy Wooden Play Beads - RM24 (tak termasuk kos Pos)



3) Trailer Bead Maze Design House - RM40 (tak termasuk kos Pos)



4) Multifunction Beads Maze - RM70 (tak termasuk kos Pos)







Semua permainan bayi ini dicadangkan untuk bayi berumur 8 bulan dan ke atas.

Semua harga yang tertera belum termasuk kos pos laju ke SM atau SS ye. Hubungi saya di 012-6753078 untuk bertanyakan kos pos laju ke kawasan anda dan memastikan sama ada stok permainan masih ada atau tidak.

Post a Comment

 
Top