0
Teks : Wan Syahida Kahar

Kanak-kanak secara semulajadinya suka bermain dan dapat mempelajari banyak bahasa dan pelbagai perkara baru. Mereka suka belajar sambil bermain bersama kawan-kawan serta ibu bapa. Manakala anak-anak kecil di bawah 3 tahun suka mempelajari warna dan bentuk.

Satu peraturan yang perlu diingati ibu bapa selalu, jangan menjadi seperti cikgu kepada anak yang seringkali suka 'menilai' kebolehan anak. Tapi jadilah ibu bapa yang 'menerima' apa saja yang ditonjolkan anak-anak, sama ada positif atau negatif. Berikan galakan, rangsangkan minat mereka dan terus memberi mereka rasa seronok dalam apa saja aktiviti yang dilakukan.

Bagaimana prosesnya? :

1) Belajar bersabar dan tunjukkan keterujaan anda kepada setiap kebolehan anak anda; seperti "Wow!" (pujian dan keseronokan dalam bahasa badan yang anak anda fahami).

Banyakkan aktiviti yang menyeronokkan. Anda mesti berikan pujian kepada anak seperti menepuk tangan dan berikan kata-kata semangat seperti "Waah pandai lah dia" atau "Bagusnya anak mama ni" dan "Yay, pandai!" dalam setiap pembelajaran. Kalau anak masih terlalu kecil untuk fahami anda yang macam tunjuk-tunjuk teruja, berikan pujian yang ringkas dan pendek saja supaya tak la nampak macam ibu bapa yang ter'over'. Tak perlu hairan kalau anda belum nampak sebarang tanda-tanda yang anak anda turut gembira sekali dengan keterujaan anda. Teruskan saja beri galakan kepadanya. Jangan memalukannya atau patahkan semangat dia (terutama kalau dia baru mencuba). Kalau tak, anak anda akan sedih. Peranan anda sebagai ibu bapa adalah jangan jadikan proses pembelajaran anak anda itu sesuatu yang mengecewakannya supaya dia sentiasa nak mencuba. Setiap sesuatu adalah pembelajaran, baik berjaya atau tidak. Bagi anak-anak kecil, proses pembelajaran mereka adalah sepanjang masa. Jadi kena selalu bagi mereka rasa seronok untuk mencuba.

2) Kadang-kadang, cuba buat permainan secara 'senyap-senyap'. Aktiviti permainan tak perlu lah terlalu seronok atau kelakar pun tapi permainan yang menarik untuk anak-anak yang sesuai untuk usia mereka. Fahamilah yang anak-anak kecil secara semulajadinya sentiasa ada perasaan ingin tahu dan mereka sentiasa mempelajari 'matematik' sama seperti mereka mempelajari bahasa percakapan, sama ada anda menunjuk ajar kepadanya atau tidak. Fahami bahawa mereka sentiasa belajar. Tapi jangan pula mengharapkan hasil yang ketara pada permulaan percubaan anak.

3) Buat pemilihan tentang aktiviti yang sesuai untuk anak kecil anda berdasarkan matlamat yang anda ingin anak anda capai nanti. Pilihlah aktiviti yang mudah dan selamat sambil mengamalkan disiplin yang bersesuaian dengan usia anak-anak kecil. Jauhi aktiviti yang tidak dipersetujui oleh anda dan/atau anak anda yang mana dengan aktiviti itu menyebabkan kemarahan dan keresahan mereka.

Contoh-contoh permainan yang mudah dan ringkas untuk : Bayi 18 bulan hingga kanak-kanak usia 3 tahun

1. Lakukan bunyi-bunyian yang sesuai untuk bayi yang dalam keadaan duduk atau fokus (baca : bukan mengantuk). Bunyi-bunyian ini mesti jadi sound effect kepada apa saja yang anda sedang tunjukkan seperti gambar-gambar binatang, haiwan peliharaan atau gambar orang. Sound effects juga mungkin sesuai untuk bayi di antara 11 hingga 18 bulan. Waktu fokus bayi mungkin masih rendah, jadi anda mungkin perlu beralih ke muka surat seterusnya pada buku yang sedang anda tunjuk itu dan buatkan sound effect yang baru untuk binatang, kereta, objek atau apa saja yang anda sedang tunjukkan pada buku.

2. Lakukan permainan mudah seperti mengasingkan objek-objek yang mempunyai pelbagai rupa dan karakter mengikut jenisnya. Tunjukkan kepada anak bagaimana untuk bermain dan selalu sebutkan warnanya. Kemudian tekankan tentang rupa bentuk objek yang sedang anak anda pegang di dalam tangan. Sebutkan warna-warna ini secara kerap seperti ketika anak kecil anda meletakkan tangan kepada dinding yang berwarna atau permainan yang berwarna, sebutkan warna "Biru biru biru" dengan setiap sentuhannya itu. Anda juga boleh susun blok permainan dalam bentuk barisan atau jadikan bentuk kotak, bulatan atau sebagainya. Sebutkan kepada anak bentuk yang dibuat itu. Anda boleh main susun-susun kotak kecil ke dalam kotak yang lebih besar supaya dapat menunjukkan perbezaan saiz objek. Anda boleh buat 'grouping' objek dengan mengira 1, 2, 3 lama-lama jadi banyak untuk ajar tentang kuantiti. Boleh juga bermain susun-susun objek yang paling kecil, sederhana dan paling besar. Atau paling pendek, sederhana, dan paling tinggi.

3. Cuba kenalkan pengiraan sehingga ke angka tiga dengan bayi anda dalam kesemua jenis permainan seperti dengan menyebut atau menyanyikan :
- "Meow" --
- "Meow, meow" --
- "Meow, meow, meow".

4. Belajar mengira dengan menyebutkan nilai nombor : Tunjukkan dengan jari telunjuk anda dan selalu mengirakan sesuatu, seperti menunjukkan kepada mainan "Wah! Mama nampak satu.. dua.. tiga dinasour atas lantai ni! Kalau mama letakkan lagi satu --- Jadi mama ada, berapa? -- Empat!!"

Ringkas sahaja kan contoh-contoh di atas? Tapi ia menyeronokkan bagi bayi. Lebih-lebih lagi jika ibu bapa pandai menonjolkan riak wajah dengan intonasi suara yang pelbagai dan mengujakan bayi. Bayi akan berasa seronok bermain dengan anda. Sedikit-sedikit, mereka belajar untuk memproses maklumat dan menyebabkan sel-sel otaknya berhubung. Lama-lama, mereka belajar untuk berkomunikasi dan memberi reaksi. 

Selamat mencuba dan bermain bersama-sama bayi anda!

======

Pakej Anak Bijak Alif Ba Ta dan Ipad Juzuk 30


Mencari produk untuk mengajar bayi seawal usia 1 bulan sehingga 2 tahun mengenal huruf alif ba ta ? Gunakan Kad Imbas Bijak Alif Ba Ta kerana terbukti bayi Puan Nursyahirah Ibrahim berjaya mengenal huruf al quran seawal usia 6 bulan.. VCD Belajar Cepat Belajar Quran pula sesuai digunakan supaya anak-anak belajar mengenal alif ba ta sambil bernasyid. 3 poster boleh tampal di dinding. Ipad juzuk 30 pula boleh pasang untuk anak-anak semasa sessi bermain ...

Harga :
RM81.50 termasuk kos Pos Laju ke Semenanjung Malaysia
RM80 termasuk kos pos Nationwide ke Sabah/Sarawak

SMS/Whatsapp saya di 012-6753078 atau PM ke www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop untuk sebarang pertanyaan atau order.

Post a Comment

 
Top