0
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah.

Pernah anda dengar mengenai Shichida Methods ni? Ia adalah kaedah yang diperkenalkan oleh Professor Shichida dari Jepun. Dia telah membuktikan, untuk membentuk anak yang berkualiti tinggi, adalah penting untuk mengenalpasti kedua-dua aspek iaitu pembentukan karakter dan kebolehan belajar sebagai satu pendekatan menyeluruh dalam pembesaran anak-anak.

Objektif pembelajaran ini bukannya untuk mengajar ilmu pengetahuan dan kemahiran tetapi untuk merangsang kanak-kanak agar mempunyai kebolehan yang seimbang dengan kemampuannya, kaya dengan kreativiti dan kemampuan untuk menggunakan sebahagian besar otaknya.

Karakter terpenting Kaedah Shichida ini adalah pembelajaran keseluruhan otaknya yang akan membina masa depan yang cemerlang seorang kanak-kanak itu agar dapat memberi sumbangan yang terbaik kepada dunia.

Bilakah waktu kritikal untuk melatih otak bayi?


Kaedah Shichida ini menggalakkan pembelajaran otak yang menyeluruh dengan menggalakkan penggunaan otak kanan dan menghubungkannya dengan otak kiri, bagi membenarkan kedua-dua belah otak untuk bekerja bersama secara seimbang.

Otak kanak adalah hemisfera yang lebih penting untuk mempengaruhi kualiti otak kiri. Sebagai contoh, otak kanan membuatkan kanak-kanak itu belajar secara separuh sedar dan membolehkan otaknya memproses maklumat yang banyak dengan pantas secara automatik sementara otak kiri hanya mampu untuk memproses maklumat yang sedikit dengan lambat.

Usia 0-3 tahun adalah waktu yang mana seorang bayi itu memaksima kegunaan otak kanannya. Dari usia 4-6 tahun, kanak-kanak itu akan mula beralih ke kegunaan otak kiri. Oleh sebab itu, waktu paling kiritikal untuk melatih otak bayi adalah dalam lingkungan umur 0-3 tahun.

Sekiranya otak bayi itu diberi galakan yang baik, dia boleh memiliki kebolehan belajar yang tinggi dan mampu menghadapi apa-apa cabaran dengan mudah untuk sepanjang usianya. Seterusnya selepas itu, ia akan menjadi lebih sukar untuk mengubahsuai kebolehan pembelajarannya.

Bagaimana seorang bayi kecil boleh mendapat manfaat daripada kaedah Shichida ini?

Seorang bayi kecil mempunyai kebolehan untuk belajar yang luarbiasa. Walaupun dia mungkin tidak boleh menonjolkan kebolehannya, sel-sel di dalam otaknya sedang berhubung dengan pantas untuk kegunaannya pada masa hadapan. Seorang bayi digalakkan untuk diberi stumilasi otak untuk menyerlahkan kebolehan manusia seperti : photographic memory, kreativiti, pitch tinggi dalam muzik, multi-languages untuk kebolehan berbahasa dan lightning rapod calculation abilities.

Insya Allah saya akan terangkan di antara cara-cara untuk melatih bayi menggunakan kaedah Shichida atau Shichida Methods ini dalam entry yang lain. :-) Stay tuned dan silakan Follow blog ini untuk tak melepaskannya.

Updated entry kedua, KLIK DI SINI.

Sumber : www.shichidamethod.com

===

Seminar Ajar Anak Cepat Membaca Menggunakan Kaedah Fonik untuk Ibu Bapa dan Guru. 


Tarikh : 27 September 2014 (Sabtu)

Masa : 9.00 am - 12.00 pm

Objektif : Memberi panduan bagaimana mengajar anak kecil membaca di rumah, di taska ataupun di tadika dengan menggunkan kaedah yang paling berkesan.

Penceramah : En. Othman Ahamad dan/atau Pn. Nik Eliani Nik Nawi (pengasas/penulis kaedah Read Easy dan Bacalah Anakku)

Harga : RM 30 seorang


Ada siapa-siapa yg berminat? Boleh daftar melalui saya. Yuran penyertaan hanya RM30. Bank-in sahaja RM30 ke Maybank 164182408771 (Wan Syahida). E-mail : wsyahida@yahoo.com. SMS/Whatsapp saya di 012-6753078.

Set buku Bacalah Anakku dan Read Easy ni memang sangat laris dan yg paling banyak dibeli ibu bapa di Malaysia. Set buku ni memang wajib ada untuk anak-anak yang nak belajar membaca sebelum masuk Darjah 1. Testimoni positif dah banyak kami terima.. Kini ada peluang untuk anda mempelajari daripada pengasas dan penulisnya sendiri. Berminat boleh hubungi saya dengan pm di www.facebook.com/messages/islamickidsshop

Post a Comment

 
Top