0
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah.

Ini adalah sambungan kepada entry saya yang lalu : Tips Merangsang Otak Kanan Bayi dengan Kaedah Shichida atau 'Shichida Method' yang mana saya telah memperjelaskan sedikit sebanyak tentang Shichida Method secara ringkas.

Kaedah ini sebenarnya sangat bagus. Secara ringkasnya, ia menggunakan minda separa sedar anak-anak kita atau 'subconscious mind' yang mana kita mampu mengawal dan mencapai apa sahaja walaupun ia seperti agak mustahil. Kita lakukannya dengan menggunakan teknik kawalan minda. Sebagai contoh, jika kita impikan untuk memiliki sebuah kereta Toyota Vios keluaran baru, kita kena fikirkan kereta tu dah menjadi milik kita. Dia macam lebih kurang 'Law of Attractions' :-)

Kaedah Melakukan Shichida Methods kepada anak-anak

1. Sewaktu anak kita hendak tidur atau tidur-tidur ayam, tengah hampir-hampir nak terlelap dah tu, katakan pada dia sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang pada dia, katakan yang dia seorang anak yang baik, yang bagus, anak yang soleh, suka dengar cakap ummi ngan abi, dia anak yang pandai, suka baca quran, mudah hafal quran dan sebagainya. Lakukannya dengan seikhlas hati, bukannya tengah marah ke apa ke. Sebab pada masa ni, otak kanan anak yang sedang bekerja sedangkan otak kirinya dah tidur. Kalau anak dah tidur, cuba pegang-pegang tangan dia atau jari-jari dia supaya dia berada dalam keadaan tidur-tidur ayam.

2. Mulakan dengan selalu menunjukkan 'flash cards' atau kad imbasan huruf-huruf Hijaiyyah atau ABC dan lintaskan laju-laju kepada anak. Tapi takde la laju sangat. Hanya jangan lambat sangat. Flash cards ni boleh buat sendiri je. Nak buat gambar-gambar objek pun ok. Tapi tulis besar-besar. Satu kad satu huruf. Satu kad satu gambar. Tunjukkan pada anak satu persatu cepat-cepat dan sebutkan huruf apa tu atau objek apa tu. Insya ALlah dia akan cepat hafal. Ini kerana bila kita tunjuk cepat-cepat, otak kanannya akan bekerja keras untuk menangkap apa yang kita tunjukkan itu.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil daripada otak kanan. Jadi ajarkan anak-anak kita bermain dengan pasir-pasir, beras, tekstur yang pelbagai, kain kasar, kain lembut, main water colour, melukis, gunting kertas, origami, main blok, 'Play Doh' dan sebagainya. Saya pernah berikan anak main beras. Tapi yang jenuhnya nak mengemas selepas tu. Tapi tak mengapa. Lagi satu, boleh juga cuba lukis gambar seperti rama-rama, tapi sebelah sahaja dan suruh anak sambung lukis ikut apa yang kita lukis di sebelah lagi. Ini juga dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.

4. Tidak marah-marah atau tengking anak. Ini kerana mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri. Kalau ye kita secara tak sengaja dah memarahi anak, buat seperti nombor 1 tadi dan minta maaf kepada anak sewaktu dia sedang mamai-mamai dah nak tidur tu.

5. Cuba galakkan imaginasi anak-anak dengan mula bercerita sesuatu kepada mereka, dan biarkan mereka cuba menyambung cerita itu walaupun merepek-repek jalan ceritanya. Ini boleh menggalakkan penggunaan otak kanan juga.

6. Cuba bermain teka-teki dengan anak. Contohnya, letakkan satu barang ke dalam kotak biskut, gerakkan dan bunyikan barang itu tanpa anak-anak ketahui barang apakah itu. Kemudian suruh anak cuba meneka apa di dalamnya. Mula-mula boleh bagi 'clue' dengan mengatakan barang tu warna apa, bunyi macamana. Nanti lama-lama mereka boleh mahir dengan deria keenam dengan memfokuskan fikiran mereka ke arah meneka barang apa yang berada di dalam kotak biskut itu. Ini semua dapat mengaktifkan otak sebelah kanan anak.

Tapi ingat. Semua permainan ini hanya boleh dibuat selama setengah jam sahaja dengan anak-anak. Tak perlu lama-lama.

Lakukan semua aktiviti ini pada waktu yang relaks dan lapang. Bukannya dalam keadaan tergesa-gesa, serabut atau 'tension' apatah lagi sewaktu sedang marah. Jangan juga lakukan sambil-sambil buat kerja lain seperti sedang menyidai pakaian, memasak, mengemas atau sebagainya. Cuba lakukannya dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. Kalau berhasil seperti apa yang ditulis ni, Alhamdulillah. Kita hanya boleh berusaha galakkan anak-anak. Berhasil atau tidak, itu semua atas izin Allah.

Sumber :
1) The Shichida Method
2) Pretty Dahlia

====

Koleksi 3 flashcards dengan marker





Anak-anak belajar mengenal alif ba ta, mengenal abc, mengenal 123..

Lagi best anak boleh belajar menulis dengan marker yg diberi, kemudian tulis atas flashcard dan padam menggunakan tissue... Anak-anak mesti suka. Boleh tulis dan padam berulang kali! Anda jimat wang, jimat kertas, dan anak-anak pun dah tak conteng di dinding atau permukaan meja. Ada flashcards abc, 123 dan alif ba ta.

Testimoni Puan Sarah: "Saya dah guna untuk 3 anak-anak saya.. Saya gunakan untuk baby saya Atirah 10 bulan, imbaskan pada dia. Baby saya juga boleh gigit, xkoyak, kertas keras dan kalis air, boleh juga tampal kat dinding. Anak saya yg umur 2 tahun 10 bulan dan umur 4 tahun juga belajar menulis huruf atas flashcard ni dengan guna marker yg diberi."

Kad Imbas jawi ade 18kad,
Kad Imbas abc ade 25 kad,
Kad Imbas nombor ade 16 kad.

Semua kad bercetak depan dan belakang. Kertas keras, boleh tulis dan padam atas kad..
Saiz: 125mm x 87mm

Sangat menarik! FREE whiteboard marker untuk semua jenis flashcard dan FREE GIFT Buku Siri Seronoknya Membaca dan Mewarna Jawi jika anda order segera.

SMS <3KAD> ke 0126753078 sekarang untuk menuntut FREE GIFT dengan setiap order KOLEKSI 3 KAD IMBAS TEBAL BOLEH TULIS & PADAM.

RM37.20 termasuk kos Pos Laju ke Semenanjung Malaysia
RM37 termasuk kos pos Nationwide ke Sabah/Sarawak

Boleh bank-in ke mana-mana Akaun Bank berikut:

Maybank : 164182408771 (Wan Syahida)
CIMB : 7010592900 (Wan Syahida)
E-mail : wsyahida@yahoo.com
No. telefon : 012-6753078

Berikan bukti pembayaran kepada email/no telefon di atas atau PM kami dengan klik di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop.

Berikan Nama Penuh, Alamat serta No. Telefon untuk kami Pos. ^_^


Post a Comment

 
Top