2
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah.

Apakah berani yang dimaksudkan? Bukannya berani melakukan aksi-aksi berbahaya, berani melakukan kesalahan, berani berjalan seorang diri apatah lagi berani melawan cakap ibu bapa :D. Bukan, bukan dan bukan. Berani yang dimaksudkan adalah berani melakukan perkara-perkara positif yang dapat memupuk kemahiran dalam kehidupan dewasanya kelak. Latih anak-anak kita agar membesar dengan berani, minda yang positif dan pandai berdikari. Bukannya menjadi manja tak bertempat.

Tips Melatih Anak Berani Sejak Kecil

1. Biarkan Anak Mencuba Sesuatu Yang Baru Sendiri

Anda tunjukkan caranya dan biarkan dia mencuba. Memang untuk kali pertama, anak tak pandai melakukannya. Contohnya memakai baju atau menanggalkan baju. Terangkan kepada anak untuk memasukkan tangan kanannya dahulu dengan mencari lubang lengan baju di sebelah kanan, kemudian dengan tangan kiri masukkan tangan ke dalam lubang lengan baju di sebelah kiri. Biarkan anak mencuba dahulu. Sekiranya dia gagal juga, tunjukkan caranya sebanyak 50%, bukan seluruhnya. Anak-anak perlu mencuba dan melakukan kesilapan. Yang penting dia mencuba. Daripada kesilapan, mereka akan belajar. Biarkan anak berani dengan dirinya.

2. Berikan Peluang Kepada Anak Untuk Bergaul

Jika anda menjaga anak sendiri di rumah, sekali-sekala biarkanlah anak anda bermain dengan rakan-rakan atau sepupu-sepupu seusianya. Biarpun adakalanya anak-anak kecil ni boleh bergaduh atau berebutkan barang mainan, sebenarnya mereka belajar untuk bersosial dan berkomunikasi. Biarkan anak kita bergaul dengan pelbagai orang. Bukan saja dengan kanak-kanak seusianya. Tapi dengan orang-orang yang lebih dewasa agar anak kita mendapat galakan untuk berkomunikasi dan berani untuk berkata-kata terutamanya dengan orang-orang yang baru dikenali ataupun dengan orang ramai. Yang penting, ibu bapa tetap mengawasi anak dan mengajar apa-apa yang patut. Dengan cara ini, ibu bapa juga dapat memantau sejauhmana kemahiran anak berkomunikasi.

3. Biasakan Anak-anak Dengan Bermain 'Outdoor Activities'

Selalu terperap dalam rumah sahaja tak boleh juga. Biasakan membawa anak keluar bermain di padang dan 'playground' dan bermain pelbagai mainan gelongsor, jongkang-jongket, bermain layang-layang, bermain 'bubble', lari-lari, lompat-lompat, main sorok-sorok, naik basikal, melihat alam semulajadi, bermain air, melihat rama-rama, serangga dan unggas dan lain-lain aktiviti di luar. Pasti anak-anak akan teruja dan seronok. Mengalaminya sendiri dan menyentuh dengan tangan sendiri akan dapat memupuk sifat berani anak untuk mencuba sendiri dan tidak takut untuk mendekati alam dan bergiat aktif. 

4. Apabila Guru Memarahi Anak, Biarkan.

Mana ada anak yang begitu sempurna sehingga tidak perlu ditegur orang dewasa. Setiap orang melakukan kesilapan termasuklah anak-anak. Anak-anak yang masih belum mumaiyiz dan masih belum mengerti banyak perkara perlu dipandu oleh orang dewasa tentang apa yang patut dan apa yang tidak patut. Apabila anak-anak ditegur atau dimarahi guru, biarkan anak-anak kita menghadapinya agar mereka belajar bagaimana untuk mengatasi atau mengelakkan daripada melakukannya lagi. Dari situ, anak akan belajar menerima kesalahan dan menghadapi risiko. Ini akan memupuk anak-anak menjadi lebih berani.

5. Bercakap Secara Positif

Ibu bapa perlu memainkan peranan untuk sentiasa bercakap secara positif dengan anak-anak agar mereka membesar dengan yakin dan percaya akan kebolehan dirinya. Kita sebagai ibu bapa juga perlu selalu memberi keyakinan kepada anak bahawa kita bersedia menerima segala kekurangan dan kesilapan mereka dengan hati yang terbuka asalkan mereka belajar sesuatu daripada pengalaman itu. Bina keyakinan diri mereka dengan positif dan cemerlang, bukannya dengan memandang rendah ke atas mereka apatah lagi setelah mereka mencuba. Tingkatkan motivasi dalam diri anak-anak dan jadikan mereka insan yang bertaqwa, bertanggungjawab dan sentiasa memikirkan yang positif. 

Insya Allah, dengan didikan daripada kita secara berterusan dan dengan bimbingan yang betul, anak-anak kita boleh membesar dengan penuh keyakinan dan berani. Lebih-lebih lagi, umat Islam perlu menjadi umat yang berani mempertahankan agama dan mengubah sesuatu dengan tangannya sendiri.

Semoga dengan tips ini, ibu bapa dapat mempraktikkannya dan mewujudkan generasi anak-anak yang berani.

===== 

Koleksi 5 Buku Upin & Ipin. - Khas untuk anak-anak yang menggemari Upin & Ipin!

Kadang-kadang nak 'attract' anak-anak dengan buku, kita mesti gunakan karakter yang mereka sukai. Kalau anak-anak anda menyukai Upin & Ipin, buku-buku ini memang sesuai untuk mereka. 

1. Belajar Solat Bersama Upin Ipin

2. Mari Belajar Sains Bersama Upin Ipin


3. Mari Belajar Matematik Bersama Upin Ipin


4. Mengenal Huruf Bersama Upin Ipin


5. Belajar Mewarna Bersama Upin Ipin


Harga untuk Koleksi 5 Buku :  

RM43.20 termasuk kos Pos Laju ke SM.
RM43 termasuk kos pos Nationwide ke Sabah/Sarawak.

Hubungi saya di 012-6753078 untuk pertanyaan stok dan order atau PM kami dengan klik di : www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop .

Post a Comment

  1. Betul. Kalau dimanjakan sangat, semakin dewasa, anak-anak jadi takut untuk melangkah ke depan. Walaupun setakat nak bertanyakan soalan mudah kepada orang asing.

    ReplyDelete

 
Top