2
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah.

Saya masih belum pandai mengajar anak menghafal. Jauh sekali anak saya dah pandai menghafal. Saya masih lagi merangkak. Begitu juga dengan anak saya. Anak saya bukanlah genius pun. Tujuan saya buat blog ni pun, bukannya mengatakan penulis itu (saya) seorang yang hebat, apatah lagi telah berjaya mendidik anak saya menjadi genius. Tidak, tidak. Anak saya biasa je. Sama seperti anak-anak yang lain. Tapi tujuan saya menulis di sini adalah untuk mengumpulkan tulisan yang bermanfaat untuk para ibu bapa yang sama seperti saya. Di sini juga, saya cuba mengutip semangat untuk diri saya sendiri dalam mendidik anak-anak menjadi seperti yang diharap-harapkan agar membesar menjadi hamba Allah dan umat Rasulullah S.A.W yang dibanggakannya. Di samping itu saya ingin berkongsi agar sedikit sebanyak ada sedikit saham buat saya nanti. Semoga banyak manfaatnya untuk orang lain. Insya Allah, dengan izinNya. 

Anak saya telah berumur 3 tahun dan dari situ saya banyak belajar. Saya sendiri ada silap sana sini dan dari situ saya juga mengutip pengalaman. Di sini saya ingin cuba 'recall', 'recap' dan 'rewrite' apa yang saya fikirkan saya patut pegang sebagai prinsip ketika ingin mengajar anak saya menghafal Al-Quran, berdasarkan pengalaman yang telah saya lalui sepanjang cuba mengajar anak saya itu. Diingatkan bahawa ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri, bukannya orang lain.

1) Jangan kita terlalu harapkan hasil ketika mengajar anak kita. 

Anak kita juga adalah manusia dan dia bukannya robot atau 'recorder' yang boleh secara magic terus boleh menghafal selepas baru beberapa kali cubaan. Nak ajar anak perlu kesabaran yang AMAT AMAT tinggi. Anda akan fahaminya kalau anda sendiri dah pernah cuba mengajar.

2) Perlu ada kesabaran yang tinggi dalam diri ibu bapa.

Nak ajar anak memang sangat perlu bersabar. Sangat sangat perlu. Anak ni kan banyak kerenahnya. Bukan macam ajar orang dewasa yang tekun boleh duduk di hadapan kita macam satu kelas duduk depan cikgu yang mengajar kat depan tu. Anak yang berumur 2-4 tahun akan suka bermain. Tak boleh duduk diam. Itu lumrah. Jadi sementara anak masih kecil, bersabar lah. Usia kecil pun tak lama. Bila dia dah besar nanti, anda pula yang akan rindukan kerenah mereka sewaktu kecil.

3) Terapkan dalam minda, anda hanya perlu berusaha mengajar. Selebihnya adalah dengan izin Allah sama ada dia dapat ingat, atau dia lupa.

Allah tak lihat hasil usaha kita. Tapi yang Allah lihat adalah usaha kita. Ini sebab, berhasil atau tidak itu hanya Allah yang punya kuasa. Kita hanya boleh mengajar tapi Allah yang menentukan sama ada anak dapat hafal atau tidak. Biarlah berapa ratus atau ribu kali pun kita ajar, kalau dah anak belum dapat mengingatnya, itu adalah kehendak Allah. Ingatlah selalu yang Allah akan menilai usaha kita dan bukannya hasilnya. Ganjaran yang kita akan dapat pun adalah daripada berapa banyak usaha yang kita lakukan, bukannya hasilnya. Sebab Allah Maha Mengetahui apa kemampuan kita. Allah amat suka hamba-hambaNya yang berusaha dan bersabar.

Kalau anda dah beribu kali mengajar, beribu kali jugalah ganjaran yang anda akan dapat. Mungkin Allah nak bagi pahala lebih kepada anda sebab berkali-kali mengajar. Biarlah 'stuck' kat satu surah tu. Yang penting anda tetap terus berusaha.

4) Janganlah terlalu marah.

Related to bersabar banyak-banyak tadi. Ingat untuk selalu ajar dengan seikhlas mungkin. Sabarkan hati daripada marah-marah anak yang tak mahu membaca atau tak berjaya menghafal. Ingatlah yang dia masih kecil dan belum boleh ikut arahan kita dengan sebaiknya lagi. Jadi janganlah marah dengan kerenahnya. Tujuan kita mengajar ni pun bukannya nakkan hasil yang pantas dan hebat. Kita ingin menggalakkan anak kita mengenal Al-Quran pada usia seawal yang mungkin. Biar hatinya terpahat dengan Al-Quran (daripada banyak menonton kartun atau mendengar muzik-muzik sahaja). 

Bagi saya, saya akan rasa bersalah jika tak didik anak dengan Al-Quran seawalnya. Membiarkannya terlalu banyak menonton TV dan kartun sebenarnya seperti merosakkan anak saya sendiri dan masa depannya. Makin gelap hatinya dengan hiburan dan perkara sia-sia dan leka walaupun dia baru 3 tahun. Apatah lagi, semua itu lebih mudah menyebabkan anak saya lupa akan ayat-ayat yang dah berjaya dihafalnya. Tapi jangan kita terlalu marah dengan anak atau paksa dia, lebih-lebih lagi jika ada kesilapan kecil seperti lupa, tak lancar, tak nak baca dan sebagainya. Kasihan kat anak. Dia suci lagi daripada sebarang rasa dendam, marah, nak membalas atau sebagainya. Kalau anda marahkan anak, anak begitu suci untuk tak berdendam dengan anda atau memarahi anda balik selepas itu. Walaupun anda memarahi anak, anak tetap buat biasa je selepas tu macam tak ada apa yang berlaku. Mungkin memang dia pun tak paham apa yang berlaku. Sucinya dia. Bayangkan apabila ada orang lain marah ngan kita, tengking-tengking kita atau caci maki kita. Hati kita rasa panas macam nak balas balik akibat syaitan yang cuba menghasut hati kita membalasnya kembali. Tapi anak kecil yang tak tahu apa-apa? Anak-anak buat dek je macam tak paham. Tak balas balik pun. Anak-anak adalah penghuni syurga kerana sucinya mereka, ingat tu selalu. Kita tak layak memarahinya lagi. Apatah lagi memarahinya dengan melampau. Kalau dah marah, bertaubat la. Boleh minta maaf kat anak, sebelum dia lelap mata ketika hendak tidur.

Jika mungkin anda seorang yang sukar menahan marah, berdoalah kepada Allah mohon agar dihindarkan rasa cepat marah itu. Insya Allah, Allah membantu hamba-hambaNya. Yang penting niat anda untuk tak nak marah.

5) Tak perlu terlalu perfect.

Didik anak dengan happy happy. Biar dia rasa seronok untuk belajar dan mengaji. Biar dia ternanti-nanti untuk mengaji sebab seronoknya mengaji. Berikan ganjaran perkara yang dia sukai selepas berjaya ikut cakap anda untuk duduk mengaji. Kalau dia nak mengaji sambil bermain, tak apa biarkan je dia. Mulut ikut kita baca Al-Quran, tangan main-main blocks. It's ok. Kita nak dia happy dan bebas. Kita nak masa anak kita terisi dengan berfaedah. Tak perlu terlalu perfect nakkan anak duduk berteleku di hadapan senaskhah Al-Quran dan berjaya menghafal keseluruhan surah pada satu-satu masa. Dapat ikut kita baca satu ayat pun ok je. Yang penting perlu berterusan dan selalu-selalu baca kembali ayat-ayat yang dia dah hafal. Sebab kalau tak, anak pun akan mudah lupa apa yang dia hafal dan anak pun akan rasa terpaksa dan bosan malah membantah tiap kali kita nak ajar membaca. 

Setakat tu la dulu. Ingat selalu yang anak kecil lagi. Jangan terlalu memaksa. Jangan terlalu berharap. Yang penting kita cuba menggalakkan dia mengenal Al-Quran sejak kecil. Yang penting kita nak tunjukkan kepada Allah yang kita ada berusaha jalankan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Tak perlu juga berlumba-lumba nak anak lagi cepat hafal. Berdoalah banyak-banyak kepada Allah semoga Allah membantu usaha kita untuk mengajar anak kita Al-Quran dengan sebaiknya.

Saya selalu ingat tentang kebaikan orang yang mengajar Al-Quran. Sebaik-baik kita adalah yang mengajar Al-Quran. Ada kan hadis tu. Ingat selalu. Dan jangan fikirkan hasilnya sangat. Take it slow. Setiap anak mempunyai kemampuan yang berbeza-beza. Ada yang boleh laju, ada yang lambat. So bersabar. Dia masih kecil. Insya Allah panjang lagi usianya untuk menghafal Al-Quran lagi nanti kalau pun sekarang masih tak berjaya menghafal.

Semoga bermanfaat. :-)

======

Apple Quran Learning Machine






Langkah awal untuk mengajar bayi & anak Al-Quran adalah dengan memanfaatkan pendengarannya. Apple Learning Quran ini mengandungi lebih 50 Fungsi Dalam 1 (ada bacaan surah, doa harian, bacaan solat dan nasyid) dan bertindak sebagai mp3 bergerak agar selalu menemani bayi dan anak anda. Ia berbentuk Apple yang menarik perhatian anak-anak dan mempunyai projektor lampu tidur bentuk bulan dan bintang.

Untuk melihat fungsi dan kandungan item --> http://on.fb.me/1l9vvkx

Untuk melihat cara menggunakan Apple Toy ini --> http://bit.ly/1fco9aM

Stok adalah TERHAD.

Harga:
RM40 termasuk pos ke Semenanjung
RM43 termasuk pos ke Sabah/Sarawak

PROMOSI terkini untuk 10 orang pertama
--------------------------------
Kod Kupon <APPLE> ini akan melayakkan anda mendapat PERCUMA 1 Tali Gantung + 3 Battery AAA dengan setiap pembelian Apple Learning Quran (sementara stok masih ada sahaja).

Untuk Order, PM Kami - KLIK di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop ATAU SMS/Whatsapp 012-6753078 untuk tuntut FREE GIFT tersebut.

(arahan mudah seterusnya akan diberikan)

Dapatkan segera sebelum kehabisan stok ya!

===
Like kami di >> Islamic Kids Shop untuk mendapatkan pelbagai tips menarik dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Ya Allah, kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah. Aamiin..

Post a Comment

  1. kelepek...kena muka sendiri. Memang tak boleh sabar masa mengajar anak-anak mengaji. Tapi satu perkara, apabila mengajar anak mengaji, walaupun pada peringkat asas sekalipun, kita dapat mengasah pula kemahiran kita mengaji. Juga membetulkan apa yang sudah jadi tradisi dan salah sebelum ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Saya pun dapat latih balik surah-surah lazim yang saya tak hafal pun.

      Delete

 
Top