0
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah.

Kehidupan di bandar sememangnya sibuk. Kesibukan tugas dan tekanan di tempat kerja, selalu mengejar masa, selalu terpaksa menghadapi kesesakan lalulintas waktu pergi dan balik kerja, mengantuk di tempat kerja, badan terasa lesu, cepat letih dan lain-lain. Sepulangannya dari tempat kerja, perlu menghadap anak pula. Anak nak mandi, nak makan, merengek nak tidur. Lebih-lebih lagi kaum ibu yang selalu ada banyak kerja lagi yang nak dibuat di rumah. Perlu siapkan makanan suami, anak, kemas rumah lagi, kejar waktu solat, basuh baju dan macam-macam.

Saya teringat waktu saya masih kerja engineer dulu. Ya memang sibuk dan penat. Saya selalu cepat mengantuk di tempat kerja. Lesu dan 'lemau' je kata orang. Faktor tak cukup tidur pada waktu malam memang penyebab utama. Tapi silap saya juga. Mungkin masih gagal dalam bab pengurusan masa. Anak pula perlukan perhatian yang lebih sebab saya masih menyusukan anak pada masa tu. Emosi satu lagi lah (dulu ada banyak masalah di tempat kerja). Tapi dulu saya belum kenal atau hirau pasal makanan tambahan atau supplemen kesihatan. Mungkin kalau saya ambil supplemen, saya tak ada lah terlalu lesu sangat di tempat kerja atau sekurang-kurangnya dapat tetap merasa cergas bila pulang ke rumah. 

Sekarang saya dah jadi seorang surirumah sepenuh masa. Ironinya, kerja sebagai surirumah la yang membuatkan saya sedar sendiri yang nak tak nak, saya perlu, malah WAJIB ambil serius tentang kesihatan dan kecergasan tubuh badan saya. Tak macam masa bekerja dahulu. Kalau masa kerja saya jatuh sakit, boleh lagi bawak kereta pergi klinik, check check, mintak MC. Tapi bila jadi surirumah, ada peluang ke nak mintak MC dan 'off' daripada menjaga anak-anak? Takkan mungkin. Anak nak menyusu. Saya sedar yang diri saya amat penting. Bukan ke seorang IBU dan ISTERI itu ibarat jantung dalam rumahtangga? Bayangkan sekiranya jantung menjadi lemah atau tidak dapat berfungsi. Tak ke naya??

Oleh sebab kesedaran ini lah, saya SANGGUP berbelanja untuk beli supplemen kesihatan untuk DIRI SAYA sendiri. Siapa lagi yang nak ambil berat sebegitu berat kalau bukan diri kita sendiri. 

Makanan tambahan pertama yang saya beli dan ambil sendiri hanyalah Vita-Lea Shaklee. Bagi yang tak tahu, Vita-Lea ni hanyalah multi-vitamin dan multi-mineral. Yang lain-lain seperti Vitamin C, B Complex dan Folic Acid saya tak beli sebab saya dah dapat free daripada Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Segambut. Saya sedang mengandung waktu tu. Jadi, sebab-musabab untuk ambil makanan tambahan ni lebih-lebih lagi la. 

Ini kisah dulu waktu saya mengandung. Sekarang saya pun dah beranak dan anak saya tu pun dah 3 bulan lebih. B Complex klinik dah tak bagi. Jadi, saya beli B Complex Shaklee pula. Oh, kalau nak tahu, B Complex Shaklee terasa sangat bezanya daripada B Complex klinik. B Complex klinik langsung tak buatkan air kencing berwarna kuning tak macam B Complex Shaklee. Ini menunjukkan B Complex Shaklee lebih banyak kandungan Vitamin B dia dan tentunya lebih berkesan. Memang sifat Vitamin B akan larut air. 

Untuk kesihatan yang optimum, saya lengkapkan keperluan vitamin saya dengan memakan Vitamin C setiap hari. Nak 'fight' selsema dan nak elak daripada mudah jatuh sakit. Jadi saya wajibkan diri saya makan Vitamin C ni setiap hari. 

Selama selepas saya bersalin, berpantang dan menyusu ni, Alhamdulillah saya tetap sihat dengan izin Allah, berkat berikhtiar dan rajin mengamalkan supplemen kesihatan Multi-Vitamin (Vita-Lea), B Complex dan Vitamin C. Susu tetap cukup dan belum tak cukup lagi. Saya tak pernah rasa nak meroyan, tak pernah rasa stress dan saya boleh handle kedua-dua anak saya dengan baik, Alhamdulillah. Doa juga banyak-banyak supaya saya mampu sebenarnya sebab pada awalnya, waktu pertama kali saya duduk di rumah seorang di KL setelah selesai tempoh berpantang di rumah ibu ayah, rasa risau tu tetap ada. Risau yang saya tak dapat nak handle dua-dua anak seorang diri di rumah. Waktu tu saya la yang kena mandikan dua-dua anak, saya menyusu direct, saya masakkan untuk anak, untuk saya, untuk suami lepas dia balik kerja, dan saya juga membuat kerja WAHM. Alhamdulillah saya makin OK.

Nasihat saya, buat la keputusan untuk rajin beli dan MAKAN supplemen tambahan seperti ni juga. Bukan untuk kebaikan orang lain. Tapi diri kita juga. Kita kan tunggak keharmonian keluarga kita? Lemahnya kita, lemah lah juga institusi kekeluargaan kita. 

Setelah merasai sendiri keberkesanan Vitamin Shaklee, kini saya betul-betul nak berkongsi manfaatnya dengan semua. Terutamanya kaum seperti saya, kaum IBU dan kaum ISTERI. Badan kita ni nak pakai lama, kan. Insya Allah, berbelanja untuk kesihatan memang takkan rugi! Kita dapat lebih banyak mainkan peranan kita dan lebih cergas. Siapa tak nak kan? Insya Allah. Berikhtiar dan berusaha. Mencegah itu kan lebih baik daripada merawat?

Jika berminat untuk mendapatkan Vita-Lea, B Complex atau Vitamin C daripada Shaklee, boleh hubungi saya di 012-6753078. 

Cuba dulu dan rasa. Kemudian silakan beri feedback. Kalau best Alhamdulillah. Tapi lagi best kalau anda sendiri menjadi ahli Shaklee terus. Anda dapat beli sendiri semua produk Shaklee dengan harga ahli, malah boleh belikan lagi pula untuk ahli keluarga anda. Untung kan? Saya atau anda yang untung? Sama-sama la ye tapi bab kesihatan, anda la yang untung :-). Bukan sahaja anda, tapi suami dan anak-anak juga. 

Jika berminat untuk berniaga dalam Shaklee secara part-time, silakan hubungi saya, saya tolong daftarkan dan join group JUTAWAN saya dan kita kejar impian bersama sahabat-sahabat yang lain :-). Jangan risau sebab coaching berterusan akan diberikan. Bukan saja coaching bisnes, rundingan nasihat dan khidmat tentang cara makan supplemen Shaklee juga berterusan! Untung ke tak untung? Best sebenarnya. Jom la join.

Hubungi saya, Shye di 012-6753078. Jangan malu-malu. Whatsapp/SMS, mana-mana pun OK :-)




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Post a Comment

 
Top