0
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah.

Antara sebab utama kenapa saya buat keputusan untuk mencuba dan mengambil Shaklee adalah kerana Halalnya. Saya pernah alami kaki 'cramp' ketika mengandung dahulu. Mengenali badan saya sendiri, saya biasanya alami 'cramp' sewaktu mengandung disebabkan kekurangan Calcium (di samping kurang minum air). Biasanya jika saya ambil Calcium sebelum tidur, saya tak alami 'cramp'. Walaupun saya peminat tegar susu dan memang sentiasa minum susu sebelum tidur, 'cramp' tetap terjadi. Tu yang usaha juga cari supplement. Dahulu saya biasa makan Calcium jenama Caltrate. Pernah satu kali saya cuba cari di farmasi berdekatan. Agak kelam kabut juga. Nampak je Caltrate terus 'grab' dan bayar. Sesampai sahaja di rumah, baru saya terfikir untuk belek kandungan dan manufacturer dia. Alamak, ada bovine. Alamak lagi, Made in China. Alamakkkk lagi, sah-sah tak ada Jakim. Tapi memang ada nombor KKM. Walaupun begitu, langsung tak meyakinkan saya tentang halal atau tak halal bila dah nampak sumber Bovine di situ. Kecewanya hati.... sebab selama ni saya makan Caltrate untuk source Calcium pada saat-saat memerlukan seperti waktu mengandung. (dalam hati rasa nak minta maaf kepada baby dalam perut... sedih tau sebab bab halal saya nak jaga sangat)

Kemudian ada kawan yang suggest Shaklee. Shaklee pun ada Calcium + Vitamin D. Masa tu saya belum pernah ambil Shaklee. Kenapa entah... mungkin fikirkan ia mahal dan saya pun tengah menjimat (biasalah sayang duit... tak sedar yang sebenarnya saya tengah tak sayang badan kalau pikir macam tu). Rasa berat nak cuba (dan keluarkan duit) untuk produk Shaklee. Lagipun, masa tu saya memang bosan tengok orang duk promote Shaklee. Saya fikirkan mereka ni nak untung je lebih. Maklumlah MLM...

Akhirnya saya terbuka hati untuk mencuba Multivitamin dia dahulu (Vita-Lea). Saja nak cuba. Yang Calcium tu nantilah dulu. Sebab saya fikirkan Multivitamin je yang saya belum ada dan belum konsisten consume waktu mengandung tu. Yang lain-lain dah ada yang Klinik Kesihatan Ibu Anak bagi : Vitamin C, B Complex dan Folic Acid. So I went for Vita-Lea.

Saya tak pandai nak bagi testimonial. Tapi saya boleh rasa sendiri yang saya tak pernah demam-demam. Untuk pengetahuan, sampai hari ni saya dah guna botol kedua Vita-Lea. Nak habiskan satu botol Vita-Lea tu pun lama tau nak habis sebab ada banyak. Satu botol ada 120 tablets. Satu hari saya makan satu je. So tahan 4 bulan! Lama tu. Saya tak ingat berapa saya spend untuk beli hari tu. Campur ngan kos Pos Laju untuk beli satu botol tu dulu, dalam RM90 rasanya. Kira-kira, sebiji tablet hanya berharga RM0.75 sen je. Berbaloi-baloi dengan 'tak jatuh sakit' yang saya alami. Alhamdulillah syukurlah kepada Allah. Semuanya dengan izinnya juga. Saya berikhtiar aje. Lepas habis sebotol, saya repeat order sebab rasa best je badan. Itu baru produk pertama Shaklee yang saya ambil. Selepas Vita-Lea, saya mula cuba yang lain pula seperti Vitamin C Sustained Release, Alfalfa (saya nak cuci darah lepas melahirkan) dan juga B-Complex (nak kekal bertenaga semasa buat kerja-kerja surirumah). 

Setakat ni, ini sahaja yang saya guna. Berbaloi-baloi. Harap saya dapat berkongsi manfaatnya kepada orang lain. 

Sedikit fikiran peribadi (bukan pandangan peribadi, hehe), saya fikir kenapa la saya tak cuba Shaklee ni dari dulu ye? Saya pun hairan. Mungkin maklumat lengkap tentang Shaklee tak begitu sampai kepada saya kot. Ataupun mungkin juga yang saya ini malas nak membaca (I only have myself to blame). Atau mungkin saya dah berprasangka yang Shaklee ni not my type kot. Ah macam-macam pulak alasannya. Sekarang saya sendiri yang mempromosi Shaklee. Bukan sahaja untuk kegunaan diri saya sendiri, malah saya belikan untuk mak saya, kakak saya, mak mertua saya, ayah mertua saya, kakak ipar, suami dan juga anak saya sendiri. Syukur la saya menjadi perintis kepada ni semua dalam keluarga. Sekurang-kurangnya saya dapat menjadi pembekal supplemen kesihatan kepada keluarga saya sendiri.

Anda pula? Nak cuba tak? Cuba dan rasakan sendiri. Memang, kebanyakan orang yang dah pernah cuba Shaklee (dengan tekun dan betul - bukannya yoyo tau) dah rasa perubahannya. Jika berminat boleh SMS/Whatsapp saya di 012-6753078 (Shye). Sebenarnya jadi ahli memang lebih jimat untuk diri anda dan masa depan anda. Saya pun menyesal kenapa saya tak jadi ahli sejak dulu...

Apa-apa silakan hubungi saya,
Shye
012-6753078
-Shaklee.Independent.Distributor-

Post a Comment

 
Top