0
Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca saya yang budiman! Harap semuanya sihat dan dilindungi Allah selalu.

Masih lagi bercerita tentang Basic H! Saya memang starting to like Basic H. Selalunya saya gunakan Basic H ni untuk merendam sayur-sayuran dan buah-buahan selepas baru balik daripada shopping di pasar. 

Itu sayur-sayur yang masih fresh baru dibeli. Kita hanya cuci dengan Basic H supaya nak menanggalkan semburan pesiticid, herbicid atau yang seangkatan dengannya. Di samping kotoran yang kita tak tahu di sepanjang penghantaran sayur-sayur tu ke pasar. Kita perlu cuci bersih-bersih dan bebas bakteria. 

Tapi kali ni, saya nak tunjukkan apa kesannya kalau kita rendamkan sayur yang DAH LAYU pula. 

Semalam sempat saya cuba capture sayur pak choy saya before n after hehe. Ni tengah duk nak masak sebenarnya. Sayur saya ni memang dah layu. So kalau sayur yg layu-layu ni saya akan rendamkan kejap dalam Basic H. Tak lama pun. Ade la dalam 5 minit sesambil duk menggoreng ayam. 

 
Untuk tunjukkan bukti keberkesanan Basic H, saya tangkap gambar before n after skali untuk uolls percaya. Tengok sayur saya selepas direndam Basic H. Nampak lebih segar kan? Dah tak layu kan? 

Yang kuning hofcoz la takkan jadi hijau balik. Kalau ye itu memang tipu namanya kehkeh. Tapi nak tunjukkan betapa organik dan nutritious nya sabun Basic H ni sampai sayur yang layu bak bunga layu tak berharga chewah hingga boleh jadi segar balik. 

Haa bukan magic yea. Ini memang benar-benar. So hasilnya sayur yang saya masak lebih segar! Haaa tengok hidangan sayur pun jadi lebih menarik gittew lepas dimasak. ๐Ÿ˜„

Ade yang kehairanan apokobondo la Basic H ni ? Diperbuat daripada apo eh ?

Kalau nak tau, basic H ni adalah sabun cecair 'Organic Super Cleaning Concentrate'. Diperbuat daripada kelapa dan jagung serta BY-PRODUCTS supplemen Shaklee. 

 
Shaklee kan syarikat mesra alam gitu haa so hampas-hampas untuk dibuat vitamin-vitamin suplimen pun depa recycle tau. Antaranya depa recycle buat jadi sabun ni la.

Bermakna sayur yang dah layu ni mendapat nutrisi vitamin dan mineral yang baik daripada Basic H sehinggakan ia boleh menjadi segar semula.

 
Bayangkan la sayur yang dah dapat vitamin pun jadi segar, kalau badan kita dapat vitamin? Tentu la akan rasa lagi sihat kan? 

Tu la antara keistimewaannya kalau kita ambil suplimen Shaklee ye. Haa .. Best kan?


Jadi kalau anda masih lagi teragak-agak nak makan suplimen especially Shaklee atau orang utagha kata ketegaq nak makan, lama kelamaan sel-sel dalam badan pun mudah la rosak kerana tidak dijaga. Hewhew.

Kegunaan Basic H


1) Sebagai bahan pencuci

  • Cuci tandas, cuci lantai, cuci dinding, cuci pinggan
  • Cuci kesan gris dan minyak
  • Rendam baju especially baju baby. Rendam 4-5 hari pun tak berbau
  • Basuh botol susu dan segala botol 
2) Rendam sayur dan buah
  • Memisahkan bendasing dari sayur/buah
  • Meneutralkan pestisid dan pengawet yang digunakan terhadap sayuran/buah tersebut


3) Kegunaan keluarga
  • Merawat ulser mulut. Celupkan basic-H menggunakan putik kapas & letakkan pada bahagian ulser
  • Memandikan bayi dan kanak-kanak
  • Ubat gigi. Titikkan 2-3 titik Basic-H ke atas berus gigi dan berus seperti biasa.
  • Mandikan anak-anak semasa demam (boleh kurangkan suhu badan)
  • Mandikan anak-anak dengan Basic-H untuk menghalang gigitan nyamuk
  • Digunakan kepada anak-anak yang menghidap ekzema
  • Sebagai pencuci tangan
4) Berkebun
  • Air siraman tumbuh-tumbuhan yang ‘berkhasiat’. Titiskan beberapa titik ke dalam botol spray yang diisi air biasa dan spray ke pangkal pokok-pokok di taman.
  • Sebagai penghalau serangga perosak. Sama seperti cara di atas cuma sembur ke bahagian batang dan daun.
5) Kegunaan rumah
  • Menghilangkan bau busuk ikan. Cuma spray saja ke dalam tong ikan.
  • Titikkan setitis ke dalam seterika stim bagi menjaga kebersihan bahagian dalamnya.
  • Membersihkan kesan getah/gula2 getah.


Nak try ape-ape dari Shaklee? Jangan segan-segan untuk tanya saya apa ja yea!

Shye
Your Trusted SID

#BasicH #ShyeShaklee

Post a Comment

 
Top