0
Assalamualaikum para pembaca saya yang budiman. Semoga dirahmati dan dilindungi Allah selalu.

Semalam saya hantarkan Herbal Blend dan Nutriferon kepada seorang customer yang tinggal berdekatan dengan rumah saya. Anaknya baru je disahkan oleh doktor mempunyai HFMD atau nama penuhnya Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Hand Foot Mouth Disease). Sebab anak dia kena kuarantin, dia takleh ke mana.. Duk rumah jaga anak je so gi la hantor ke depan rumah dia. 

 
Pada awalnya dia hanya meminta Herbal Blend sebagai ubat sapu ruam-ruam pada kaki dan tangan anaknya. Setelah saya mengetahui anaknya mempunyai HFMD, saya ingin membantu dari segi kesihatan dalaman anaknya juga.

HFMD ni tiada ubatnya. Kebiasaannya doktor akan bagi ubat-ubat sapu untuk ruam (biasanya Calamine Lotion yang warna pink tu), ubat demam, ubat ulser sekiranya ada ulser di dalam mulut atau lain-lain untuk membantu pesakit. Sekiranya doktor memberi Antibiotik, saya tak tahu kenapa doktor berikan Antibiotik kerana antibiotik sebenarnya diperlukan ketika melawan kuman atau bakteria je. Hehe. Jadi sekiranya doktor anda prescribe ubat antibiotik, boleh la anda cuba kenal pasti kenapa yea. Cuba tanya betul ke HFMD perlukan antibiotik? Sedangkan HFMD itu adalah berpunca daripada virus. Untuk customer saya tadi, doktor yang merawat anaknya tu ada berikan antibiotik sekali. 

Apa itu Virus HFMD?

Di sini saya ambil petikan daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia:

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung. 


HFMD adalah sejenis wabak dan ia berlaku pada sepanjang tahun. Pada 11 Ogos 2016 yang lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia baru sahaja mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai status terkini wabak HFMD ini di Malaysia. Boleh bacakan DIsini: https://kpkesihatan.com/2016/08/11/kenyataan-akhbar-kpk-11-ogos-2016-situasi-semasa-penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd-di-malaysia/

Virus ini sebenarnya boleh menyerang sesiapa sahaja. Tetapi yang paling biasa terkena adalah kanak-kanak berusia bawah 10 tahun. HFMD ini mudah terjangkit ketika kanak-kanak berada di taska, di sekolah, di tempat permainan ataupun di tempat awam. 

Apakah Simptom-simptom HFMD?

  1. Demam
  2. Sakit dalam mulut
  3. Ruam seperti melepuh (blisters) di tapak tangan dan kaki
  4. Sakit tekak
  5. Kurang selera makan
Bagaimana HFMD ini berjangkit?

HFMD ni sangat mudah berjangkit. Jangkitan selalunya melalui sentuhan dengan hidung dan tekak ataupun daripada najis orang yang dijangkiti. Waktu yang perlu dikuarantinkan adalah 3-7 hari sebelum simptom keluar selepas bersentuhan dengan orang yang dijangkiti.

Cara Merawat HFMD

Disebabkan ia virus, pengidapnya yang akan develop immunity terhadap virus tu dan slowly akan sembuh. Maka apa yang perlu kita lakukan adalah bantu tingkatkan imun sistem anak kita untuk melawan virus tersebut. Selain itu kita juga perlu berikan masa untuk dia sembuh di samping kuarantinkannya supaya tidak berjangkit dengan kanak-kanak lain. 

Kebiasaannya HFMD ini akan mengambil masa sehingga seminggu untuk sembuh dengan sendirinya. Tapi dalam tempoh itu, kita mungkin akan menghadapi kesukaran untuk mengkuarantin anak yang HFMD ni daripada adik-adiknya yang lain. Anak kita pun kesian sebab dia akan rasa susah nak makan atau minum kerana sakit di bahagian mulut walaupun dia ingin nak makan dan minum. Tangan dan kaki pun asyik digaru-garu. Tidur jadi tak selesa dan boleh jadi merengek aje. Kalau makan tidak cukup, air tak nak minum, anak boleh jadi dehydrated dan ia akan menjadi lebih bahaya. Dalam keadaan ini, terpaksa warded pula. 

Sebab itu adalah lebih baik jika kita dapat membantu anak kita agar lekas pulih daripada penyakit HFMD ini. Kita juga perlu menguatkan sistem immune badan adik-beradik yang lain agar tidak mudah dijangkiti oleh abangnya yang mempunyai HFMD.

Jadi untuk membantu anak customer saya ini bina immunity, saya suggest dia berikan Nutriferon. Nutriferon adalah suplimen yang membantu menguatkan sistem imun. Nutriferon ini berbentuk serbuk atau granules yang dah sedia dipaketkan dalam paket-paket kecil mengikut dos yang secukupnya. Nak berikannya kepada anak tak susah pun, hanya bancuh je dalam minuman anak. Mujur anak dia masih ada selera makan.. Kalau tak berselera, kena la tambah Meal Shakes supaya still dapat nutrien yang badan anak perlukan. 

Set HFMD 

Bagaimana Shaklee Membantu Merawat HFMD?

  • Nutriferon untuk kuatkan sistem imun badan di samping mengaktifkan interferon badan. Interferon merupakan protein yang dilepaskan dalam badan kita untuk mengekang replikasi virus di dalam badan. 
  • Meal Shakes adalah multivitamin dan mineral dalam bentuk serbuk yang membantu lengkapkan nutrisi anak yang tak lalu nak makan. Kita boleh memberikan Meal Shakes ini untuk memberikan anak tenaga dan nutrien pada waktu anak tak mampu nak makan dengan sempurna kerana susahnya nak menelan.
  • Herbal Blend Cream untuk kegunaan luaran pada blisters di kaki, tangan dan sekitar mulut bahagian luar. Krim ni bagus untuk kurangkan kegatalan dan rasanya sejuk-sejuk berangin yang boleh bantu anak kurangkan menggaru dan menyebabkan ruam lebih teruk.

Tips Menghadapi Penyakit HFMD

Beberapa tips ini boleh diamalkan untuk mencegah jangkitan di samping dapat membantu proses pemulihan dengan cepat.

  • mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
  • menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
  • elakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  • Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
  • bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  • kuarantin anak, dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda dan semoga anak pelanggan saya itu pun lekas sembuh daripada penyakit HFMD. Gembira dapat membantu. Petang dia contact, malamnya terus dapat hantar kat dia.

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda..
Ingin dapatkan suplimen untuk anda dan keluarga dengan harga istimewa?
Ingin mendapatkan tips ekslusif yang percuma?
Ingin menjana side income 2-5 angka setiap bulan hanya dari rumah?
 
Boleh hubungi,
Wan Syahida
Rakan Konsultasi Shaklee Anda
www.syahidashukri.com

Post a Comment

 
Top