0
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah.

Anda suka mengikuti isu-isu semasa? Dulu sewaktu saya masih bekerja sebagai engineer, saya sangat SUKA mengikuti isu-isu semasa di dalam negara dan juga di luar negara, namun tidak la terlalu obses atau banyak sangat kerana ia juga bergantung juga dengan kekangan tugas di tempat kerja dan di rumah. Saya sangat tidak suka menjadi katak di bawah tempurung yang ketinggalan dalam mengetahui isu-isu terkini negara. Dan kini setelah saya menjadi surirumah, saya tetap meneruskan minat dan pengetahuan saya dalam isu-isu semasa agar saya selalu ada perkara untuk disembangkan bersama dengan suami. Buktikan yang walaupun kita hanya berada di rumah, kita masih boleh mengikuti isu-isu semasa, menjadi surirumah yang bermaklumat dan berfikir secara kritis dan kreatif dengan segala isu yang berlaku dan sentiasa up-to-date dengan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita. 

Saya sangat biasa melihat ibu-ibu dan makcik-makcik yang duduk di rumah, fikiran dan aktivitinya hanya berlegar mengenai perkara-perkara di dapur, keperluan anak-anak, masak apa hari ni, nak beli apa di pasar hari ni ataupun menjahit baju, mengemas dan membasuh sahaja. Apabila kita berada berhampiran dengan mereka, perkara yang disembangkan hanya berkisar ini sahaja. Seolah-olah fikiran itu tidak berkembang.

Saya suka menjadi intelektual, berinformatif dan menggerakkan minda memikirkan situasi negara dan apa yang sedang berlaku di dunia luar. Jangan sangka ia tidak penting ya ibu-ibu. Mengapa? Kerana suatu hari nanti, anak-anak kita juga akan membesar, dan tiba waktunya mereka banyak bertanya bila tibanya sifat ingin tahu mereka dalam pelbagai perkara. Jadikan kita sebagai sumber rujukan utama mereka, memandangkan kitalah orang yang paling rapat dengan mereka. Jadikan kita sentiasa bersedia menjawab segala persoalan mereka, tidak kira dari sudut sains, geografi, ekonomi, kenegaraan, politik, kesihatan, pengangkutan, media massa dan sebagainya. Apatah lagi mengenai Islam dan tanggungjawab kita sebagai warganegara, umat Islam dan ahli masyarakat. Anak-anak harus dididik menjadi orang yang prihatin dengan orang lain dan pelbagai hal di dunia luar agar timbul rasa minat dalam pekara-perkara baru dan ilmu yang tidak diketahuinya agar menjadi ahli masyarakat yang tidak hanya mementingkan diri sendiri. Hidup ini perlu bersosial kerana kita hidup bermasyarakat. Dan untuk mencapainya, ibu bapa harus menjadi pendorong nombor satu anak-anak. Anak-anak dapat berfikir dan cakna dengan perkembangan luar, tidak hanya tahu bermain sahaja walaupun bermain itu sememangnya baik untuk mereka. Namun selitkan pengetahuan semasa agar anak-anak cakna dengan dunia sekitar.

===

Baby Qhaleefah Learning Series





Baby Qhaleefah Learning Series

Ada anak umur 3tahun-7tahun yang suka main game di ipad atau komputer? risau anak main game yang boleh merosakkan pemikiran dan juga akhlak ? hah, Produk Baby Qhaleefah ini sangat sesuai untuk anak anak anda belajar sambil bermain...

Lihat Photo Album lengkap produk ini di sini ---> http://on.fb.me/1cXj8px

 
Produk ini mengandungi 6 CD Interaktif, 6 Buku Aktiviti yang mengandungi 6 tajuk yang menarik, 1 set pensil warna, 1 sticker kereta,1 set flashcard, 1 penanda buku, 1 VCD Lagu Nasyid Baby Qhaleefah dan 1 Audio CD Nasyid Baby Qhaleefah.

CD Interaktif dan Buku Aktiviti bertajuk "My First Iqra" mengajar anak anak mengenal huruf alif sehingga ya disertai pelbagai aktiviti dan permainan yang sangat menarik.

CD Interaktif dan Buku Aktiviti bertajuk "My First Solat" mengajar anak anak cara berwudhuk, azan,waktu solat dan arah kiblat yang disertai pelbagai aktiviti dan permainan yang menarik.

CD Interaktif dan Buku Aktiviti bertajuk "My First Kalimah" mengajar anak anak mengenal Ucapan Allahuakbar, Alhamdulillah, Subhanallah dan Bismillah yang disertai pelbagai aktiviti dan permainan yang menarik.

CD Interaktif dan Buku Aktiviti bertajuk "My First Adab" mengajar anak anak akhlak mulia iaitu tentang kejujuran, kebenaran, kesabaran yang disertai pelbagai aktiviti dan permainan yang menarik.

CD Interaktif dan Buku Aktiviti bertajuk "My First Arabic" mengajar anak anak mengenai warna, bentuk, nombor dan hari.

CD Interaktif dan Buku Aktiviti "My First Family" mengajar anak anak salasilah keluarga dan, tanggungjawab dan adab dalam keluarga.

Yang lagi best, VCD Nasyid Baby Qhaleefah boleh dipasang di tv atau DVD Player. Manakala Audio CD Nasyid Baby Qhaleefah boleh dipasang dalam kereta atau di laptop untuk anak anak hafal nasyid nasyid yang best dalam Bahasa Inggeris. Nasyid yang sungguh ceria dan bermanfaat untuk anak anak.

Contoh Nasyid Baby Qhaleefah http://youtu.be/Mec_Q3fy1mc

Istiemewanya produk ini membantu anak anak pandai English dan sekaligus mempelajari asas agama Islam.

Sama macam character2 Barney, Upin Ipin, Mickey Mouse, atau Dora The Explorer, Baby Khalifah ada character Aishah yang memberikan penekanan kepada asas pendidikan Islam khusus untuk anak-anak yang berumur 7 tahun ke bawah dan Bahasa pengantarnya adalah Bahasa Inggeris. Sesuai untuk ibu bapa yang ingin mengajar anak-anak asas pendidikan Islam dan Bahasa Arab sambil berinteraksi dalam Bahasa Inggeris serta yang meminati kartun.

Semoga anak-anak kita akan jadi anak-anak yang soleh dan solehah, aminnnnnnn!!

Hanya RM95 untuk set lengkap.
Kos Pos Laju ke Semenanjung : RM8.50
Kos Nationwide ke Sabah/Sarawak : RM7

============================================
Harga Set Baby Qhaleefah termasuk kos Pos Laju ke Semenanjung : RM103.50

Harga Set Baby Qhaleefah termasuk kos pos Nationwide ke Sabah/Sarawak : RM 102
============================================

Boleh pm kami di https://www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop atau SMS/WhatsApp 012-6753078 untuk tempahan segera!

Untuk dapatkannya boleh buat bayaran ke
MAYBANK
No Akaun: 164182408771
Nama: Wan Syahida
Third Party Email: wsyahida@yahoo.com

Selepas bayar,

SMS/Whatsapp kepada 012-6753078 atau email kpd wsyahida@yahoo.com atau Boleh pm kami di https://www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop dan berikan:

Bukti bayaran, masa bayaran, jumlah bayaran, nama produk, nama penuh, alamat dan nombor telefon untuk kami pos.

Post a Comment

 
Top