0
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah.

Alhamdulillah. Tibanya kita lagi pada hari Jumaat yang mulia ini. Dah baca Surah Al-Kahfi? Biasa-biasakan diri baca surah ini ya. Rasulullah S.A.W. ada mewasiatkan kepada kita untuk berpegang dan mengamalkan malah menghafal ayat-ayat di dalam Surah Al-Kahfi ini untuk bersedia menghadapi fitnah akhir zaman, terutamanya fitnah Dajjal. Jadi jom la kita selalu biasakan membacanya setiap hari Jumaat. Insya Allah. Mohon agar Allah berikan kekuatan.

Hari ni saya saja ingin berkongsi amalan pemakanan sunnah dan baik yang saya amalkan sewaktu sedang mengandung ini. Sebenarnya tak banyak. Di sini saya cuba listkan :

1) Qaseh Adinda - ada khasiat kurma, madu, air zam zam dan banyak lagi khasiatnya. Ada juga habbatussauda.

2) Susu kambing - yang ini sama ada yang fresh dibeli di pasar ataupun yang bancuh - Hi Goat tu la.

3) Supplemen Shaklee Vitalea - yang ini saya saja nak ambil untuk membekalkan saya tenaga (al-maklumlah kan surirumah - banyak perlukan tenaga melayan kerenah anak dan menyiapkan segala kerja di rumah). Sebenarnya semenjak mengandung ni memang kita pun selalu terasa letih-letih, cepat penat, mudah mengantuk dan malas. Jadi bila saya ambil multivitamin ni, terasa la bertenaga sikit. Dengan izin Allah jua. Sebenarnya saya juga nak kena usaha tingkatkan HB saya. Asyik-asyik rendah saja - sekitar 10 je bacaan. Jadi kena usaha naikkan. Dalam Vitalea ada iron jadi elok la untuk ibu mengandung.

4) Minyak Kelapa Dara atau VCO nama singkatannya - yang ini saya memula makan gitu aje. Saya beli sebotol minyak pure kelapa dara dari Langkawi suatu masa dulu. Dulu sebelum mengandung saya sapukan pada rambut. Kemudian bila mengandung saya mula memakannya sesudu kecil sebelum sarapan pagi, dan kalau rajin, sesudu kecil lagi sebelum tidur. Kemudian setelah sebotol ni habis, saya makan VCO dalam bentuk kapsul pula. Keluaran Herbasuci, syarikat Tropica Beauty. Saya beli RM45 sebotol yang ada 120 kapsul. Sebiji pagi dan sebiji malam.

5) Air za'faran - keluaran Jus Tok Guru. Air berwarna kuning. Yang ini saya amalkan sejak mengandungkan anak pertama. Niatkan perkara yang baik-baik sewaktu meminumnya, mudah-mudahan anak berkembang sihat dan sempurna. Insya Allah.

6) Ubat-ubat dan supplemen yang diberikan klinik kesihatan ibu dan anak - yang ini memang wajib la ya. Klinik memberikan ubat Vitamin C, B complex, Iron dan Folic Acid untuk dimakan setiap hari sepanjang tempoh mengandung. Walau bagaimanapun, Folic Acid saya dah sedia memakannya sejak 3-4 bulan sebelum mengandung lagi. Anda pun, jika berhajat ingin mengandung, siap sedia makan Folic Acid ni ya. Sangat penting. Ini bermakna sekiranya anak-anak dara yang bakal berkahwin pun, sila la makan Folic Acid ni juga. ;-)

7) Nutrigen, Vitagen, Yogurt - dan yang sewaktu dengannya. Ini memang kegemaran saya. Masa mengandungkan anak pertama lagi saya suka makan. Sebab? Entah la sebab nak minum minuman sedap :-D. Lagipun dalam Nutrigen ada khasiat Choline yang baik untuk perkembangan otak. Minuman ini juga baik untuk penghadaman usus. :-)

8) Susu Low Fat Milk - Ini memang kegemaran saya sejak kecil sehingga dewasa. Setiap hari saya akan minum. Banyak atau sikit saja bezanya. Yang pasti saya minum setiap hari, atau hampir setiap hari :-D

Ini saja yang saya amalkan buat masa ni. Tiba makin dekat dengan kelahiran nanti, saya perlu mencari air zam zam pula dan membanyakkan lagi memakan kurma. Sekarang memang dah makan kurma. Tapi nanti kena rajin-rajin makan lagi. 

Saya rasa itu saja. Kalau ada lagi saya teringat, saya kongsi. :-) 

Mungkin anda ada apa-apa cadangan untuk saya consume lagi? Mungkin saya tak tahu. Sudi-sudi kongsikan jugak ya. :-)

==

Mainan Selamat Untuk Bayi Yang Baru Lahir



Mencari mainan bayi yang selamat dan menyeronokkan untuk bayi anda? Browse photo album kami untuk melihat mana yang berkenan :)

Semua harga yang tertera belum termasuk kos penghantaran.

Untuk sebarang pertanyaan stok dan order, sila PM kami terus di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop untuk respon yang lebih laju. Atau SMS/Whatsapp di 012-6753078. Terima kasih ^_^

Post a Comment

 
Top