0
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah.

Beberapa hari baru-baru ini, saya ada mendengar 'discussion' antara teman-teman saya tentang stress di rumah kerana menjadi surirumah. Terutamanya yang mempunyai anak kecil yang memerlukan perhatian ibu, tambahan lagi dengan kurangnya sokongan atau pemahaman encik suami yang kurang memberi perhatian atau pertolongan dari segi kerja-kerja rumah mahupun motivasi, kasih sayang dan belas kasihan. Anda yang pernah menjadi ibu, terutamanya yang baru menjadi ibu yakni ibu-ibu muda, tentu pernah melalui suatu fasa stress kan?

Kita semua tiada yang sempurna. Akuilah bahawa kita pernah merasainya. Sememangnya menjadi ibu bukannya mudah. Biarpun apa kata orang yang melihat bahawa kerja menjadi ibu itu tampak mudah, hakikatnya bagi mereka yang pernah melaluinya, menjadi ibu itu tidak semudah yang disangka. Kerjaya ini kadangkala merundang kemurungan, kemarahan, kesedihan, kepenatan atau sebagainya dan perkara-perkara ini jika melarat dan menjadi bertambah serius, ibu muda itu boleh meroyan atau istilah lebih 'english' - ibu itu mengalami post-natal blues. Adakalanya ibu yang tidak mendapat sokongan atau pemahaman orang yang disayangi, boleh berfikir perkara-perkara yang tidak baik seperti ingin mencederakan bayi mereka, ingin memukul suami mereka, ingin mencampak bayi ke bawah atau sebagainya. Na'udzubillahi mindzalik. Tapi ini bukan main-main atau cakap kosong. Hakikatnya bagi ibu-ibu yang mengalami post-natal blues ini, perkara boleh menjadi serius jika hanya dipendam dan tidak ditangani.

Kadang-kadang ibu memikirkan yang mereka boleh tangani masalah ini sendiri. Atau merasakan masalah perasaan ini adalah biasa dan tak perlu diceritakan. Kadangkala pula bila diceritakan kepada suami, suami pula kurang memahami kerana bagi mereka, perkara ini perkara kecil kerana mereka melihat ia tidak serius untuk dititikberatkan. Ya lah kalau isteri complain penat, marah, tak sempat, banyak kerja, rasa bersalah dengan pelbagai perkara, tak sempat masak, tak sempat mengemas, anak tak terurus, anak meragam, menangis etc, kadang-kadang suami akan komen bahawa itu semua perkara biasa dalam dunia menjaga anak jadi tak perlu la stress sangat. Ataupun suami komen benda-benda tu senang sangat dibuat dan sepatutnya isteri boleh menanganinya. Lihat? Si suami bertambah tinggi pula harapannya terhadap isteri sedangkan isteri sudah penat dan tak sempat sangat nak lakukan pelbagai perkara serentak. Isteri masih lagi terkapai-kapai merasa gangguan emosi dan merasa susah. Apatah lagi apabila suami langsung tak menghiraukan keperluan dan kesusahan isteri malah menunjuk muka masam pula kerana pelbagai urusannya tidak dapat diselesaikan isteri seperti makan pagi, makan tengah hari, makan malam, baju-baju tidak sempat dibasuh, tak sempat disidai, rumah tidak berkemas, lantai tidak disapu, tandas tidak dibasuh, sampah tidak dibuang dan sebagainya kerana ibu terlalu sibuk melihat keperluan anak. Benar atau tidak? Perkara ini menjadi lebih sukar buat ibu-ibu yang berkerjaya yang bekerja pada waktu siang dan malam pula perlu menyelesaikan banyak perkara lagi. 

Berkenaan permasalahan ini, saya juga pernah mengalaminya dan tidak terlepas daripada merasa penat dan susah. Setelah melaluinya dan melihat ia adalah sesuatu yang biasa dialami ramai ibu muda yang lain juga, saya merasakan terapi dan kaunseling itu perlu sama ada daripada pihak suami ataupun teman-teman yang sama-sama pernah merasai kesusahan menjadi ibu muda ini. Kadang-kadang kita perlu meluahkan rasa isi hati kita dan berkongsi dengan teman yang rapat. Memendam sahaja akan menambahkan masalah dan boleh mengundang masalah yang lebih berat lagi. Jadi adalah baik bagi para ibu muda untuk mempunyai rakan-rakan yang rapat untuk berkongsi pelbagai cerita dan masalah agar emosi mereka boleh menjadi stabil dan mereka boleh bertenang dan memahami bahawa masalah-masalah ini boleh diatasi perlahan-lahan. Sokongan daripada kawan-kawan juga boleh menjadi terapi yang menenangkan sekiranya si ibu tidak memperolehinya daripada suami. Mungkin kerana suami terlalu sibuk dengan pekerjaan atau urusan harian lain. Jadi si isteri, janganlah duduk diam sahaja. Carilah penyelesaian dan sokongan daripada teman-teman rapat.

Semoga emosi para isteri dan ibu muda sentiasa tenang dan stabil menangani pelbagai isu dan urusan rumahtangga di rumah. Kita kaum ibu perlu kuat dan tidak boleh merasa lemah kerana kita amat diperlukan anak-anak yang masih kecil dan kita mempunyai banyak peranan untuk membangun ummah ini. Sama-sama kita berusaha dan memohon pertolongan serta kekuatan daripada Allah dalam apa jua urusan. Insya Allah.

====

Educational Pillows for Baby. 

Ada bantal Alif Ba Ta, ABC dan 123 Arabic. Si comel anda boleh main-main dgn bantal sambil belajar. Ia ringan dan lembut untuk dipeluk serta selamat utk digigit bayi. Bestnya baby ada mainan yang mendidik mcm ni. Saiz A5 atau 26cm x 15cm. Only RM28/pc dan ada macam2 warna. Beli lebih drpd 1 dapat RM26/pc. Stok banyak baru masuk. Berminat boleh order ya!

PM kami di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop untuk sebarang pertanyaan atau order! Atau SMS/Whatsapp saya di 012-6753078.

Post a Comment

 
Top