0
Teks : Wan Syahida Kahar
Imej : Carian Google

Bismillah. Assalamualaikum.

Sejak Sabtu lepas, rakyat Malaysia dan seluruh dunia tertumpu kepada kehilangan pesawat MAS MH370 yang kehilangan pada awal Sabtu pagi. Sehinggakan segala urusan bisnes dan kerja-kerja online saya dah tergendala kerana mood itu telah tiada kerana terlalu memikirkan dan risau tentang pesawat ini. Siapa boleh duduk tenang seolah-olah tiada yang terjadi? Walaupun tiada di antara ahli keluarga kita yang berada di dalam pesawat tersebut, tapi kita prihatin dan turut merasa kehilangan dan sangat sangat sedih, risau, tak tenang dan resah. Perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. KL-Beijing, memang laluan yang biasa. MAS Boeing 777 adalah pesawat tercanggih dan baru dan dibawa pula oleh juruterbang yang sangat berpengalaman dan cekap dalam pengendalian pesawat. Seperti yang kita tahu, MAS juga tidak ada rekod Boeing 777 terhempas atau sebagainya sebelum ini. Walau apa pun, secanggih mana pun teknologi manusia, sepakar mana pun juruterbang dan seselamat mana pun pesawat telah dipastikan tiada sebarang masalah teknikal, jika Allah menghendakinya, maka ia akan terjadi juga. Apabila telah terbang dan berlepas, risiko itu tetap ada. Subhanallah, Allah yang Maha Hebat dan Mengetahui. Sekarang ini Allah sahaja yang tahu apa yang sebenarnya terjadi, di manakah pesawat itu kini berada dan apakah nasib para penumpang dan krew MH370 tersebut. Buat masa ni, kita juga teruskanlah berdoa dan berharap.

Sedikit pandangan, saya berharap pihak berkuasa juga cuba memikirkan untuk mengambil khidmat dan nasihat para ustaz yang pakar dalam ilmu ghaib untuk melihat kemungkinan yang mungkin tak dapat difahami dek akal kita namun tetap tidak mustahil boleh berlaku. Memandangkan pencarian masih belum dapat memberi apa-apa perkembangan pun. Walau bagaimana pun, diharapkan ada penemuan baru dapat ditemui oleh pasukan Search and Rescue. Mudah-mudahan ada la sinar dan harapan serta jawapan terutamanya kepada ahli keluarga seluruh mangsa yang terlibat. Insya Allah. Sama-sama kita doakan. Aamiin.

Post a Comment

 
Top