0
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah.

Sebenarnya, nak mengajar anak menghafal Al-Quran bukannya tanpa sebarang cabaran langsung. Jika anak kita sememangnya suka membuka Al-Quran dan memang meminati Al-Quran, itu satu bonus dan kejayaan awal buat ibu dan bapa yang berjaya mendidiknya mencintai Al-Quran. Namun begitu, kadangkala kesabaran kita diuji. Al-maklumlah, anak-anak ini masih kecil. Kita pula orang dewasa. Kadangkala tak boleh 'match' sebab anak-anak ni suka bermain. Kita pula mudah hilang sabar dan tak mengerti dunia kanak-kanak. Mereka belum memahami erti dimarahi atau erti ketegasan. Mereka hanya mahu bermain dan lakukan apa yang mereka suka. Jika kita terlalu memarahi mereka, mereka akan merasakan bahawa bermain itu salah, dan melakukan apa yang mereka suka itu salah dan bakal dimarahi. Ibu bapa, berhati-hati lah ya bila kita memarahi anak, ataupun ketika kita hilang sabar terhadap anak-anak kita.

Saya juga tidak terlepas daripada hilang kesabaran ini. Adakalanya waktu kita ingin berehat, anak datang meminta itu dan ini. Waktu kita sedang sibuk membuat apa-apa kerja rumah atau kerja online, apatah lagi ketika melayan pelangga di laptop, telefon atau sebagainya, masa tu juga anak nak guna juga. Kadangkala sewaktu saya ingin membaca Al-Quran, waktu tu juga anak ingin mengganggu dan sibuk nak membelek-belek helaian naskhah Al-Quran saya. Sedangkan saya juga ada 'target' saya untuk membaca Al-Quran pada sesuatu waktu itu dan ada banyak lagi kerja lain yang perlu saya selesaikan. Menjadi ibu dan pendidik ini perlu banyak bersabar. Dalam mengasuh, mendidik, menjaga, apatah lagi apabila kita sedang berusaha mengajar anak menghafal Al-Quran.

Dalam usaha saya mengajar anak saya menghafal Al-Quran, kadangkala terasa sukar apabila apa yang kita ajar, dia tak serap-serap juga. Masih lagi mengulangi bacaan yang salah. Memang tajwid kita belum boleh tekankan lagi sebab sebutan anak-anak kan masih ada pelat baby dia. Jadi maafkan saja lah kesalahan-kesalahan tajwidnya. Tapi kalau salah sebutan, saya cuba untuk memperbaikinya. Namun, kadangkala sukar sebab anak ni kalau dia dah hafal sesuatu tu macam tu, susah nak memperbetulkannya. Seolah-olah dah melekat ayat tu dan tak boleh ditukar lagi. Jadi saya memang kena banyak bersabar dalam hal ni. 

Adakalanya juga, ayat-ayat yang saya ajar agak sukar baginya. Jadi ulanglah berapa kali pun, dia masih belum dapat membacanya dengan baik. Untuk anak saya berjaya menghafal sesuatu surah itu, ada surah yang mengambil masa yang lama, ada surah yang mengambil masa yang singkat. Bergantung kepada surah itu. Jadi dalam perkara ini dan usaha untuk kita mengulang mengajarnya banyak kali juga amat menguji kesabaran. Lebih-lebih lagi, anak kan kecil lagi. Jadi tabiatnya suka lah bermain. Nak ajak dia fokus, kadang-kadang sukar. Tapi itu lah.. Mengajar anak kecil sememangnya tidak sama dengan mengajar budak besar. 

Tapi itulah harga yang perlu dibayar oleh ibu bapa yang ingin anak-anak mereka menghafal Al-Quran sejak usia bayi lagi. Bukan senang nak berjaya. Sama seperti apa-apa yang kita usahakan. Yang penting, kita lakukan dengan niat untuk mendapat keredhaan Allah atas segala usaha kita. Semoga diberkati Allah dan mendapat ganjaran setimpal dengan segala usaha kita. Paling manis, apabila kita dapat melihat anak kita berjaya menghafal sesuatu surah yang kita ajar itu. Segalanya adalah dengan izin Allah yang memberi rezeki serta keupayaan ini kepada kita dan anak-anak kita. 

==

Koleksi 3 flashcards dengan marker



Anak-anak belajar mengenal alif ba ta, mengenal abc, mengenal 123..

Lagi best anak boleh belajar menulis dengan marker yg diberi, kemudian tulis atas flashcard dan padam menggunakan tissue... Anak-anak mesti suka. Boleh tulis dan padam berulang kali! Anda jimat wang, jimat kertas, dan anak-anak pun dah tak conteng di dinding atau permukaan meja. Ada flashcards abc, 123 dan alif ba ta.

Testimoni Puan Sarah: "Saya dah guna untuk 3 anak-anak saya.. Saya gunakan untuk baby saya Atirah 10 bulan, imbaskan pada dia. Baby saya juga boleh gigit, xkoyak, kertas keras dan kalis air, boleh juga tampal kat dinding. Anak saya yg umur 2 tahun 10 bulan dan umur 4 tahun juga belajar menulis huruf atas flashcard ni dengan guna marker yg diberi."

Kad Imbas jawi ade 18kad,
Kad Imbas abc ade 25 kad,
Kad Imbas nombor ade 16 kad.

Semua kad bercetak depan dan belakang. Kertas keras, boleh tulis dan padam atas kad..
Saiz: 125mm x 87mm

Sangat menarik! FREE whiteboard marker untuk semua jenis flashcard dan FREE GIFT Buku Siri Seronoknya Membaca dan Mewarna Jawi jika anda order segera.

SMS <3KAD> ke 0126753078 sekarang untuk menuntut FREE GIFT dengan setiap order KOLEKSI 3 KAD IMBAS TEBAL BOLEH TULIS & PADAM.

RM37.20 termasuk kos Pos Laju ke Semenanjung Malaysia
RM37 termasuk kos pos Nationwide ke Sabah/Sarawak

Boleh bank-in ke mana-mana Akaun Bank berikut:

Maybank : 164182408771 (Wan Syahida)
CIMB : 7010592900 (Wan Syahida)
E-mail : wsyahida@yahoo.com
No. telefon : 012-6753078

Berikan bukti pembayaran kepada email/no telefon di atas atau PM kami dengan klik di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop.

Berikan Nama Penuh, Alamat serta No. Telefon untuk kami Pos. ^_^

Post a Comment

 
Top