0
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah.

OK. Tajuk gadget. Memang permainan zaman moden dan sangat 'trending' kata orang. Yang dewasa, yang remaja, yang kanak-kanak, yang bayi pun ada banyak 'Apps' yang sesuai untuk mereka. Wah. Pilihan memang banyak. Menggodakan pun ya juga. Tapi, sihatkah ia untuk anak-anak kita walaupun ia berbentuk pendidikan?

Sebenarnya, ada yang baiknya tapi ada juga yang tak baiknya. Pada pendapat saya, yang tak baik itu lebih banyak daripada yang baik. Ini adalah berdasarkan pemerhatian saya terhadap kanak-kanak lain dan juga anak saya. Untuk pengetahuan, saya pernah memberikan anak saya bermain Samsung Tab, laptop, iPad, dan juga smartphone milik kami la ibu bapa. 

Yang baiknya, anak saya dapat belajar banyak sangat perkara dan ilmu yang baik. Contohnya anak saya dapat mengenal huruf-huruf Alif Ba Ta, Arabic words, lagu-lagu nasyid, menulis huruf Alif Ba Ta, mengenal haiwan, mengenal huruf ABC, mengenal nombor, mengenal bentuk, bermain jigsaw puzzle, mengenal warna, dan pelbagai lagi la kan. Memang bagus semua ni. Anak saya jadi lebih pandai, tak perlu ke tadika untuk belajar semua-semua ni. Main saja Apps dalam Tab, terus jadi pandai. 

Selain tu, best dan mudah untuk ibu bapa yang sibuk menguruskan hal-hal kerja dan kerja-kerja rumah. Malas nak layan anak yang suka mengacau anda, jadi anda berikan mereka bermain Tab sendirian. Bagus untuk mempercepatkan anda menyiapkan kerja seperti memasak, mengemas, membasuh, menyusun, membuat apa-apa kerja online atau sebagainya. Tapi? Tapi anda tidak menemani anak anda dalam setiap pembelajarannya - ini adalah kurang baik la. Sebab anak-anak kurang berinteraktif apabila dia hanya main sorang-sorang dan mereka akan kurang bersosial. Sekurang-kurangnya jika anda biarkan anak anda bermain gadget, berinteraksilah dengannya dan tanyakan apa yang dia lihat, apa yang dia belajar, apa yang menarik, apa tu, apa ni, dan sebagainya. Cara ini juga dapat mengajak anak berfikir dan merespon orang. Juga melihat keupayaannya belajar, mengingat semula, mengulang dan bercakap.

Apabila anda travel, ha lagi best bila anak-anak anda ada gadget untuk menemani dan membuang masa mereka daripada bosan di dalam kereta tak buat apa-apa. Sekali lagi ibu atau bapa dapat memandu dengan nyaman dan tenang tanpa gangguan. Anak pun tak sibuk nak bangun dan berdiri yang boleh membahayakannya apabila kereta tiba-tiba 'brake'. Dengan adanya gadget, anak boleh duduk diam di dalam 'car seat'nya dan memakai tali keledar. Untuk kes tertentu sebegini, saya juga menggunakan gadget. Pernah ketika saya dan suami travel jauh ke Brunei dan Singapore, kami bawakan sekali Tab kami supaya anak kami tidak bosan menunggu di dalam kapal terbang dan lebih penting, tidak menimbulkan kerenah yang boleh mengganggu penumpang-penumpang lain.

Tetapi di rumah, saya telah mengehadkan penggunaan Tab ini kepada anak saya kerana bila dia terlalu bermain tab, dia tak ingin bermain benda lain lagi dan ini sangat bahaya. Apatah lagi, dia tak berminat untuk bercakap atau berinteraksi dengan orang lain lagi kerana terlalu menumpukan perhatian kepada Apps dan permainan di Tab; walaupun permainan itu semuanya berbentuk pendidikan. Saya dan suami memang langsung tidak install sebarang game. Semua Apps yang ada, semuanya educational kerana kami tidak mahu anak kami terlalu bermain. Biarlah dia hanya bermain yang bermanfaat dan memberi ilmu. Sambil bermain, sambil belajar. Itu tak apa. Tapi jika terlalu kerap sehingga menyukarkan dia tidur, apatah lagi mengganggu masa tidurnya, maka itu sudah menjadi bahaya dan tidak menyenangkan kami. Sekarang setelah sekian lama menipu sunat mengatakan yang Tab tak ada, Tab tak ada batteri - jawapan-jawapan kepada anak saya bila dia bertanyakan mana Tab? Maka akhirnya dia sudah tidak bertanyakannya lagi. Tapi malangnya dia nak guna smartphone kami la pula. OK tak apa lah. Dalam smartphone saya memang langsung tak ada satu game pun. Yang anak saya layan, hanyalah Video rakamannya sendiri. Dan kebanyakan video pun adalah video anak saya membaca dan mengulang baca ayat-ayat Al-Quran. Ini kes selamat Alhamdulillah. Tak adalah lagha sangat main game atau apa-apa yang tak berfaedah. 

Jadi, anda nilai sendiri sejauh mana anda nak biarkan anak-anak anda bermain gadgets ini. Jika ya anda biarkan mereka bermain, pastikan anda kenalpasti apa yang sedang mereka main, kenali kesan baik dan buruknya dan pastikan adakah ia bahaya atau tidak. Pastikan anda sentiasa memantau mereka. Dan pastikan dengan alat gadget itu, masa makan mereka, tidur mereka, main mereka dan belajar mereka tidak terganggu. Kalau ya pun main dengan gadget, janganlah sampai tak main langsung Lego atau blocks, jigsaw puzzle, kereta-kereta, main tendang-tendang bola, susun-susun, main masak-masak, main pasir, main conteng-conteng atas kertas, main lari-lari kejar-kejar, tangkap bola kejar bola, lompat-lompat atau apa saja yang melibatkan koordinasi tangan, mata dan fizikal anak-anak. Apatah lagi membelek buku atau membaca buku (buku kanak-kanak la ataupun softbooks). 

Ibu bapa, sila bijak menilai ya. Sesuatu yang diberikan kepada anak, biarkan sederhana. Usia mereka harus banyak BERMAIN. Ini bermaksud bermain yang melibatkan badan, tangan, mata, telinga dan fizikal sekaligus. Bukannya bermain tab yang hanya menggunakan jari dan mata serta telinga. Ini tidak bagus. 

Semoga anak-anak kita tidak la terlalu obses dengan gadgets ni ya. Ibu bapa memang memainkan peranan yang penting. Bila anda perlu tegas, jadi la tegas. Jangan terlalu memanjakan anak-anak kita ni. Semoga Berjaya!

==

Apple Toy Learning Quran Machine - Hadiah Buat Si Comel Anda!

Lebih 50 Fungsi yang Pelbagai:

26 DOA HARIAN :
[♥]DOA SEBELUM TIDUR
[♥]DOA MASUK TANDAS
[♥]DOA KELUAR TANDAS
[♥]DOA SEBELUM WUDHU
[♥]DOA PAGI HARI
[♥]DOA SEBELUM MAKAN
[♥]DOA SOLAT JENAZAH
[♥]DOA MEMAKAI BAJU
[♥]DOA KELUAR RUMAH
[♥]DOA MASUK MASJID
[♥]DOA KELUAR MASJID
[♥]DOA NAIK KENDERAAN
[♥]DOA BERJUMPA SESAMA MUSLIM
[♥]DOA MENZIARAH ORG SAKIT
[♥]DOA KETIKA BERSIN
[♥]DOA KETIKA HUJAN
[♥]DOA MELIHAT CERMIN
[♥]DOA ZIARAH KUBUR
[♥]DOA BERBUAKA PUASA
[♥]DOA SEBELUM TIDUR
[♥]DOA PETANG HARI
[♥]DOA MASUK RUMAH
[♥]DOA KETIKA MENDAPAT MUSIBAH
[♥]DLL

26 SURAH PENDEK :
[♥]At-Thariq
[♥]Al-Balad
[♥]As-Syams
[♥]Al-Lail
[♥]Ad-Dhuha
[♥]Al-Insyirah
[♥]At-Tiin
[♥]Al-'Alaq
[♥]Al-Qadr
[♥]Al-Bayyinah
[♥]Al-Zalzalah
[♥]Al-'Adiyat
[♥]Al-Qori'ah
[♥]At-Takathur
[♥]Al-'Asr
[♥]Al-Humazah
[♥]Al-Fill
[♥]Quraish
[♥]Al-Ma'un
[♥]Al-Kauthar
[♥]Al-Kafirun
[♥]An-Nasr
[♥]Al-Massad
[♥]Al-Ikhlas
[♥]Al-Falaq
[♥]An-Nas

DOA SOLAT:
[♥] Kalimat Tauhid [♥]Syahadat [♥]Adzan [♥]Doa Sholat [♥]Takbir awal sampai salam [♥] Bacaan-bacaan di dalam solat .

NASYID ANAK2
[♥]Love Allah and Love Messenger
[♥]Thanks The Parents
[♥]Ramadhan Is Cominng
[♥]The Full Moon Rose
[♥]Nasyid Alif Ba Ta
[♥]Alphabet A-Z
[♥]Follow Me

Ada button projektor lampu tidur bentuk bulan dan bintang
**Menggunakan Bateri AAA X 3
** Ada button On-Off

Cara Menggunakan Apple Toy ini, Sila Lihat Link Video Ini ---> http://bit.ly/1fco9aM

Harga:
RM40 termasuk pos ke Semenanjung
RM43 termasuk pos ke Sabah/Sarawak

Order Sekarang Untuk Mendapatkan PERCUMA 3 Battery AAA dengan setiap pembelian!!!

Untuk Order, PM Kami - KLIK di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop ATAU SMS/Whatsapp 012-6753078.

Cepat selagi stok masih ada!

Post a Comment

 
Top