0
Bismillah.

Ibu bapa kalau berdoa kepada anak-anaknya, mudah dimakbulkan. Saya pun suka kalau ada doa-doa macam ni yang boleh kita selalu amalkan. Selain daripada doa-doa memohon zuriat yang soleh solehah penyejuk mata ibu dan bapa, doa memohon agar kita memperoleh zuriat yang menunaikan solat, doa melembutkan hati anak, doa anak mudah memahami ilmu dan pelbagai lagi doa, doa ini juga baik untuk diamalkan. Marilah kita memohon kepada Allah yang Maha Kaya dengan Sifat Kasih dan SayangNya agar melimpahkan rahmat dan sayangNya kepada anak-anak kita. 

Mohon juga agar segala dosa-dosa yang kita lakukan sepanjang hidup kita ini tidak Allah balas kepada anak-anak kita pula. Memikirkan perkara ini, buatkan saya selalu terdorong untuk melakukan solat sunat Taubat bila-bila ada masa yang terluang selepas solat waktu Isyak. Lebih-lebih lagi dalam fasa mengandung ini, saya lebih banyak cuba menginsafi diri dan memohon ampun kepada Allah. Kalau dikenangkan, banyaknya dosa hanya Allah je yang tahu. Astaghfirullahal'aadziim.... Moga sempatku bertaubat sebelum Allah menarik nyawa saya dan semoga Allah memudahkan saya bersalin nanti.

Salam hari Jumaat. Jangan lupa baca Surah Al-Kahfi!

===


Blok Kayu Alif Ba Ta dalam Kaabah ni menarik kalau anda sedang mengajar anak-anak menulis huruf-huruf hijaiyyah dan membentukkannya menjadi satu perkataan. Hanya RM68.50 termasuk kos Pos Laju ke Semenanjung Malaysia dan RM67 ke Sabah/Sarawak dengan menggunakan pos Nationwide.
Boleh lihat Photo Album Blok Kayu Alif Ba Ta dengan klik di sini ---> http://on.fb.me/1fwq8f1

Berminat untuk order? Boleh hubungi saya dengan SMS/Whatsapp ke 012-6753078.

Post a Comment

 
Top