0
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah.

Saya yakin para pembaca blog saya ni kebanyakannya kaum wanita dan kaum ibu terutamanya. Ni nak tanya, anda membaca zikir atau doa tak sewaktu memasak? Jika tidak, apa kata sekiranya anda mula melakukannya?

Sebenarnya tidak susah pun. Kadang-kadang kalau terlupa pun, hanya lintaskan di dalam hati, sambil membasuh beras tu, niatkan la dalam hati, moga makanan ini Allah berkati rezeki untuk kami sekeluarga, anak-anak dan suami kenyang, suka makan makanan di rumah, keluarga makin erat, hubungan makin rapat, suami makin sayang, anak makin sayang, dan apa sahaja yang baik-baik. Lintaskan di dalam hati juga merupakan suatu doa kan? Apatah lagi jika diucapkan atau dilintaskan oleh kita kaum ibu-ibu yang mana doanya lebih makbul. Insya Allah. Kita berikhtiar. 

Lebih baik lagi adalah dengan selalu berzikir Subhanallah atau apa-apa yang mudah disebut waktu memasak tu. Yang lebih baik dan pernah disarankan oleh Ustazah Norhafizah Musa adalah membaca Ayat 200 dalam Surah Ali Imran. Bacakannya sewaktu anda memasak. Insya Allah, ia boleh menjadi pelembut dan penenang jiwa anak-anak dan suami, dan satu usaha agar anak-anak mudah menerima ajaran agama Islam, menjadi insan beriman dan bertaqwa, Insya Allah.


Saya memang dah cuba menghafal ayat ini dan mengamalkannya ketika memasak. Tiap kali start menumis, ha doa ini la saya baca. Di samping banyakkan berselawat sewaktu memasak. Mudah-mudahan, ia mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah. Masakan ini akan dimakan oleh suami dan anak-anak. Kita mengharapkan agar anak-anak dan suami kita dapat makan makanan yang halal lagi baik, lagi diberkati. Insya Allah. Suami mencari rezeki yang halal, membelikan lauk dengan duitnya hasil daripada pekerjaannya yang halal, kemudian dimasak pula oleh isteri disertakan dengan bacaan zikir dan ingatan kepada Allah moga diberkati dan 'dilazatkan' lagi makanan itu, dimakan pula oleh suami dan anak-anak. Alangkah baiknya kesan yang bakal kita lihat pada masa hadapan. Ini kerana makanan itu akan menjadi darah daging kita, membentuk sel-sel tubuh badan kita dan jiwa kita, dan dengan tubuh badan ini kita gunakan untuk beribadah kepada Allah, maka alangkah baiknya kan. 

Semoga kita, para ibu-ibu dan para isteri yang memasak di rumah, terasa terdorong ya setelah membaca artikel dan doa ini. Sama-sama kita amalkan terus menerus. Moga ada kesan baiknya pada masa hadapan. Insya Allah.

===


Berminat mencari VCD pendidikan berbentuk islamik untuk bayi dan kanak-kanak? Layari Photo Album kami di sini untuk melihat pelbagai pilihan menarik ----> VCD Pembelajaran Kanak-kanak

Cuba la. Saya sendiri menggunakannya untuk anak saya (tak semua sebab anak saya baru tak sampai 3 tahun) terutamanya yang mengajar huruf-huruf di dalam Al-Quran dan surah-surah di dalam Al-Quran. Jadi perkara baik kita kongsi bersama.

Jika berminat untuk order, sila hubungi saya di 012-6753078. Kalau nak minta saya cadangkan yang mana pun boleh. Hubungi saya ya.

Post a Comment

 
Top