0

Saya ada pengalaman menyedihkan bila memikirkan tentang penyakit kanser ini. Baru saja Ogos tahun lalu (30 Ogos 2016), adik ipar saya menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana mengidap kanser tulang. Arwah adik ipar saya bertahan selama hampir 2 tahun saja sejak didiagnosa dengan penyakit tersebut.

Semenjak adik ipar saya mendapat kanser itu, saya banyak melakukan pembacaan di internet dan banyak menyelami treatment untuk penyakit ini. Sumber dari dalam negara, luar negara, saya sentiasa membaca. Itu lah asbab kenapa blog saya ni ada banyak tulisan dan perkongsian saya mengenai penyakit kanser dan siap ada penerangan khusus untuk Set Kanser Shaklee.

Satu perkara yang saya amat kesalkan adalah apabila arwah adik ipar saya tu enggan mengikuti rawatan hospital iaitu rawatan kimoterapi. Arwah hanya lakukan 2 kali sesi sahaja kemudian dia give up dan enggan meneruskannya lagi.

Kalau tengokkan, memang kimo tu sangat sakit dan perit. Memang kami pun sedih tengok keadaannya masa tu. Perlu diberitahu, adik saya tu mengidap kanser tulang. Iaitu kanser yang paling agresif. Jadi ubat kimo nya pun sangat kuat. 

Sebenarnya saya sekeluarga dah pujuk untuk teruskan rawatan hospital tu tapi kalau dah pesakit pun tak nak, kita tak leh paksa kan? Ya la kita hanya boleh suruh, tapi dia yang kena laluinya. 

Kemudian bila dia enggan meneruskan rawatan doktor di hospital dan sanggup menerima risikonya, arwah mengikuti rawatan alternatif sahaja dengan mengamalkan makanan-makanan berkhasiat, buah-buahan anti-kanser, supplemen-supplemen anti-kanser, makanan-makanan sunnah, minuman sunnah, air zam zam, berbekam dan macam-macam lagi lah usaha dia buat. Termasuklah mengelakkan makanan yang boleh menggalakkan kanser seperti nasi, gula, daging, ayam dan banyak lagi.

Tapi yang menyedihkan, bengkak tumornya memang tak surut-surut. Tapi nampak la lambat bertambah bengkaknya bila dia sangat mengawal pemakanan sambil mengambil supplemen. 

Saya yakin ia lambat membengkak dengan penjagaan makanan dan pengambilan supplemen ni sebab pernah satu tempoh, beberapa bulan sebelum dia meninggal apabila kakinya terpaksa dibedah dan dipotong, arwah tidak mampu menjaga pemakanannya lagi di hospital sebab diet hospital sama je dan tak jaga pantang larang. Nasik, ayam, daging, ayam semua makan macam biasa. Supplemen pun tak dapat nak diamalkan dengan konsisten lagi. Bila tu terjadi, bengkak kakinya makin cepat membesar. Ia membesar sebab arwah adik terpaksa menunggu tarikh untuk operation juga. Jadi dalam tempoh menunggu di wad itu, bengkaknya membesar dengan jauh lebih cepat.

Tapi apakan daya, walaupun selepas kaki adik saya dipotong, telah dapat dikesan pula sel-sel kanser tu dah merebak sehingga ke peparu. Ia amat kecil sebenarnya dalam 2mm tapi dah merebak macam tompok-tompok titik-titik hitam di peparu kalau tengok imej MRI.

Sebelum tibanya sesi kimo yang dijadualkan, adik saya dah start rasa sesak nafas. Semenjak tu la kesihatan adik dah makin merosot dengan sangat cepat. Adik dimasukkan ke dalam wad kecemasan dan dipantau. Lama-kelamaan adik terpaksa bergantung kepada mesin oksigen bila nafasnya dah makin susah. Bayangkan betapa seksanya arwah adik saya :'(

Bila dah macam tu, adik tak mampu baring. Dia juga tak mampu tidur. Sebab kedudukan baring akan menyukarkan lagi pernafasannya. Selama berminggu-minggu adik terseksa begitu. Dengan pedih ulu hati, sakit di kaki lagi, dan lama-lama adik dah bed-ridden dan tak mampu bergerak lagi. Sampai la suatu masa, doktor mengesahkan dah takde apa-apa lagi yang mampu dilakukan untuk adik sebab peparunya dah teruk sangat infected dengan sel-sel kanser yang memakan peparunya :-(.

Hari demi hari adik makin terseksa, makin lemah, makin sukar bernafas dan hanya bergantung kepada morphin untuk menahan sakit. Bila dah ambil morphin, adik dah tak jadi dirinya lagi. Dia sukar bertindak balas, mamai je dan keadaannya memang menyedihkan. Dia tak mampu lagi untuk bercakap. Tak mampu lagi untuk merespon. Dia bukan diri dia lagi. Pada masa tu lah kita akan rasa betapa masa dan peluang yang ada untuk bercakap dengannya dahulu merupakan waktu yang sangat berharga. Beberapa hari selepas ditempatkan di Palliative Care, sampai la suatu masa bila arwah adik dah tak mahu memakan apa-apa lagi. 

Ini lah waktu yang paling menyedihkan kami. Pada waktu Maghrib dalam kul 8pm, dia refuse untuk makan apa-apa. Bayangkan dia hanya minum air. Langsung tak makan apa-apa. Ya Allah perutnya tentu lapar tapi kami tak dapat buat apa-apa. Dia semakin lemah. Dia sentiasa dalam posisi duduk sedangkan kita boleh baring dan tidur dengan selesa. 

Esoknya keluarga melawat lagi. Abah decide untuk meminta izin doktor untuk membawa adik pulang. Sebab nampak adik dah nazak sangat. Adik dibawa pulang pada petang 29 Ogos 2016. 

Di rumah juga adik tak mahu makan apa-apa. Minum pun dah tak nak lagi. Kami hanya mampu titiskan air ke dalam mulutnya. Seharian dia tak makan lagi.

Malam tu semua orang berkumpul di rumah Abah dan melihat adik bernyawa untuk kali yang terakhir. Lewat malam, kami pulang. Esoknya pada 30 Ogos, dalam waktu pagi, adik akhirnya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. 

Adik telah pergi buat selama-lamanya setelah teramat menderita dengan penyakit kanser tulangnya. Sakit kaki, sakit bengkak, sakit dibedah dan dibuang kakinya, sakit sesak nafas, sakit di peparu, sakit pedih ulu hati, sakit kerana bed-ridden, sakit kaki yang membengkak lagi, sakit tak mampu berkata-kata, tak mampu minum, tak mampu bernafas, tak mampu tidur, semua tu sangat tak mampu ditanggung. Sakit kanser memang sangat derita. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa arwah dan menempatkannya sekarang di taman-taman syurga bersama-sama dengan roh hamba-hambaNya yang soleh. 

Jadi di sini saya ingin kongsikan, betapa pentingnya rawatan awal dilakukan sebaik sahaja anda disahkan mengidap penyakit kanser. Tolong lah jangan tangguh. Kalau perasan ada lump, bengkak atau keganjilan pada tubuh badan, sila lah check dengan segera. Cepat dapatkan kepastian. Dan jika dah disahkan, jangan lewat-lewatkan juga rawatannya. 

Tentang kimo, ia sebenarnya pilihan anda sendiri. Kimo ada pro dan cons nya. Ada orang berjaya, ada juga yang tidak. Ada orang yang walaupun dah lalui kimo, kansernya datang semula selepas beberapa tahun. Jadi dia masih belum dapat disahkan bebas daripada kanser. Ada orang selepas kimo, dia kembali sihat. 

Cuma saya perlu kongsikan, jika terdapat bahagian tubuh badan anda yang ada lump, tumor dan bengkak kanser, ia mesti dibedah dan dibuang. Sebab kebarangkalian bengkak itu untuk surut sangat sangat rendah. Jika anda tetap enggan dan nak tangguhkan dengan mencuba rawatan alternatif, kanser itu boleh merebak ke bahagian tubuh badan kita yang lain. Jadi nasihat saya, segeralah operate dan buangkan ia demi menyelamatkan nyawa anda. Kanser ni dia cepat tau. Sebab tu ia penyakit yang membawa maut.

Setelah organ yang terjejas dengan kanser itu dibuang, maka teruskan lah rawatan yang sewajarnya. Kimo atau alternatif, itu adalah pilihan anda. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat memberi kesedaran buat kita untuk terus menjaga kesihatan, menjaga pemakanan dan tetap amanah menjaga tubuh badan yang dikurniakan Allah ini dengan sebaiknya.

 
Bagi saya, saya mengamalkan Vivix - iaitu minuman tonik kesihatan yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan dan anggur yang sangat tinggi khasiat Resveratrol. Ia sangat bagus sebagai anti-kanser dan anti-oksidan.

Sila lah fahami apa itu Vivix di Label Vivix dalam blog saya ini. Ia sangat bagus untuk pesakit kanser dan mereka yang ingin menjauhi kanser.

Post a Comment

 
Top