0
Assalamualaikum semua.

 

Alhamdulillah. Tahun 2016 dah melabuhkan tirainya. 

Biarpun mungkin kita ada pelbagai dugaan dan halangan dalam hidup kita.. Kita ada impian yang kita belum dapat capai.. Percayalah yang itu semua hanyalah liku-liku hidup untuk menguatkan lagi diri kita agar menjadi lebih berjaya pada masa hadapan.

Tahun 2016 adalah tahun yang bermakna buat saya..

Apabila anak-anak saya semakin membesar dengan sihat.
Suami yang baik, penyayang dan bertanggungjawab.
Bisnes yang semakin maju.
Kesihatan yang terjaga.
Hutang yang semakin berkurangan.
Berjaya melaksanakan umrah bersama suami dan anak-anak.
Kenalan-kenalan yang mengisikan kesunyian dan membantu 

Dan banyak lagi yang mungkin saya tak terhitung.

Alhamdulillah untuk segala rezeki daripada Allah.

Harapan saya untuk tahun 2017,

Kehidupan akan menjadi lebih membahagiakan
Saya dapat membahagikan waktu antara bisnes dan keluarga dengan lebih baik
Saya dapat membesarkan pendapatan keluarga
Saya dapat menambahkan ilmu dan amal
Saya berjaya mencapai segala yang saya cita-citakan

Dan yang paling penting, saya dapat lebih bersedia untuk menuju ke alam akhirat. Sebagaimana pentingnya kehidupan dunia ini, janganlah sampai akhirat kita kebelakangkan. Apa-apa hal pun yang terjadi, saya mesti utamakan akhirat. 

Usia saya pun dah makin lanjut. Walaupun kini saya berada dalam fasa mengejar kerjaya, saya kena ingat yang kematian pun boleh datang bila-bila saja. 

Semoga tahun 2017 ini, tahun yang paling bermakna buat saya. 

Banyakkkk sangat lagi yang saya belum berjaya capai. Semoga saya kuat untuk menghadapi tahun baru ini dengan segala cabarannya.

Ya Allah bantulah aku untuk menjadi seorang hambaMu yang berjaya di dunia dan juga di akhirat.

Post a Comment

 
Top