0
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah.. Assalamualaikum para pembaca saya yang budiman. Semoga kalian sentiasa berada dalam lindungan rahmat Allah SWT.

Saya dan suami saya baru sahaja selesai proses berpindah rumah dari Segambut ke Petaling Jaya. Setelah hampir 3 tahun kami menetap di Segambut, Kuala Lumpur, akhirnya kami membuat keputusan untuk berpindah ke rumah saya di Petaling Jaya. Keputusan ini dibuat kerana rumah di PJ itu sahaja yang paling mudah untuk kami duduk memandangkan ia terletak lebih hampir ke tempat kerja baru suami iaitu DEMC di Shah Alam. Walaupun keputusan ini adalah agak berat buat kami, namun untuk kebaikan masa depan, kami terpaksa berpindah. 

Sebenarnya rumah kami di Segambut ini begitu damai dan begitu selesa buat kami, walaupun ia lebih kecil daripada rumah saya di PJ tu. Rumah di PJ itu sebelum ini kami jadikan homestay dan kami usahakan sendiri. Kini setelah kami berpindah ke sana, homestay itu dah tak ada lah. Manakala rumah suami saya di Segambut itu pula kemungkinan besar akan dijadikan homestay pula. Kira exchange lah.

Kalau ikutkan saya memang tak rajin dah nak buat homestay, walaupun untungnya memang lumayan. Sebenarnya agak penat bukan sebab apa. Sebab kalau saya dan suami pergi mengemas dan membersih homestay setelah ada penyewa check-out, yang lagi banyak mengemasnya bukannya saya tetapi suami sebab saya lebih banyak perlu melayani anak-anak dan menyediakan makanan. Walaupun sibuk, saya dan suami tak pernah mengeluh kerana kami yakin inilah bisnes sampingan kami sekeluarga dan dengan duit keuntungan homestay ini, kami simpan untuk digunakan pada waktu-waktu kecemasan.

Ya memang benar, duduk di bandar, di kota besar ni memang perlukan bisnes sampingan. Lebih-lebih bagi kami, suami saya sahaja yang bekerja makan gaji. Saya telah menjadi surirumah yang bekerja dari rumah. Alhamdulillah homestay banyak membantu kami menampung sedikit sebanyak keperluan pada saat mendesak.

Baru-baru ini saya dan suami telah adakan majlis Aqiqah untuk anak kedua kami (baby boy) dan kami telah aqiqahkan 2 ekor kambing sekaligus. 2 ekor kambing golek bakar ini kami selitkan ke dalam majlis perkahwinan abang saya. Alang-alang dah buat majlis kahwin kan jadi kami selit sekali. Ayah saya pula adakan majlis maulud pada paginya. Memang waktu yang paling tepat untuk kami adakan majlis aqiqah. Untuk perbelanjaan 2 ekor kambing itu, sepenuhnya kami gunakan duit homestay kami sahaja. Alhamdulillah.

Saya katakan kepada suami... Duit homestay, habis begitu je dah. Kan? Tapi tak apa sebab kata suami, mudah-mudahan ia berkat. Dan saya doakan agar Allah luaskan lagi rezeki kami sekeluarga pada tahun 2015 ini pula. Yang penting, telah kami selesaikan kewajipan kami iaitu mengaqiqahkan anak lelaki kami seperti yang sangat dituntut di dalam agama. Semoga anak kami membesar menjadi anak yang soleh dan menjadi pemimpin perkasa seperti nama yang telah kami berikan. :-) Aamiin.

Bercerita tentang berpindah rumah, MasyaAllah penatnya berpindah.. Banyak sangat barang untuk dipindahkan. Tapi gagahkan jua. Hampir 3 minggu juga untuk selesai pindahkan barang dan susun-susun barang di kediaman baru. Bukan senang sebab pada masa yang sama, saya menyusukan bayi, menjaga anak, memasak makanan dan perlu juga mengemas. Kemas barang sikit je, dah nak masuk waktu makan. Maka ke dapur la kita. Begitu lah berulang-ulang setiap hari. Tiba-tiba dah cukup 3 minggu lamanya.

Untuk kekal sihat dan bertenaga, saya pastikan saya mengambil sebiji B-Complex, sebiji Vita-Lea Iron Formula dan sebiji Vitamin C Sustained Release supaya badan saya sihat untuk menyusukan bayi saya. Insya Allah... Walaupun kadang-kadang tu memang terpaksa sangat makan Maggi Mee je sebab terlalu kesuntukan masa untuk memasak. Ya lah duk pindah pindah... ulang alik... langsung tak sempat nak buat apa-apa... Penat memang penat tapi saya perlu pastikan badan saya fit dan in top-form sebab peranan saya begitu banyak :-). Alhamdulillah sekarang dah boleh tarik nafas lega sebab dah selesai pindah dan kami pun dah duduk di rumah PJ itu secara rasminya.

Tu la kisah pindah rumah dan homestay saya yang telah ditutup buat masa ini. Insya Allah berpindah ke Segambut pula ya.

Sekadar berkongsi pengalaman personal dan sedikit sebanyak tentang homestay yang kami usahakan. :-)

Moga ketemu di lain entry ya :-).

Post a Comment

 
Top