2
Teks : Wan Syahida Kahar

Assalamualaikum. Apa khabar para pembaca saya yang saya hormati? Doa dan harapan saya agar anda semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmat Allah.

Alhamdulillah, pada hari Ahad yang lepas, saya dan suami baru sahaja selesai mendaftarkan anak kami Ameerah di sekolah PASTI Kg. Pasir, Lembah Pantai untuk kemasukan 4 tahun. Syukurlah masih ada kekosongan walaupun dah 28 Disember 2014. Al-kisahnya sebenarnya kami dah pun daftarkan anak di PASTI Segambut beberapa bulan yang lalu. PASTI tu senang sangat untuk kami pergi sebab berada betul-betul di hadapan apartmen kami. Tapi takde rezeki kami untuk menyekolahkan anak kami di situ disebabkan kami akan berpindah ke Taman Petaling Utama. Banyak cawangan PASTI yang kami dah cari di sekitar area Taman Medan dan Taman Dato' Harun. Begitu juga dengan kawasan Taman Sri Manja. Tapi sama ada dah penuh ataupun kami tak berjaya jumpa. Akhirnya terjumpa iklan PASTI Kg. Pasir ni semasa jumpa kawan kat Jalan Klang Lama. Saya telefon ustazah di PASTI tu dan Alhamdulillah, masih ada kekosongan walaupun dah minggu kedua bulan Disember pada waktu itu.

Matlamat saya dan suami untuk memasukkan anak sulung kami ke sekolah tadika pada usia 4 tahun bukannya untuk dia cepat pandai ke apa ke. Tapi Ameerah ni nampak sangat yang dia suka sangat-sangat berkawan, petah bercakap (untuk usia 3 tahun), suka baca buku, suka jumpa orang, tak takut dengan orang, suka bercerita dan macam-macam lagi minat dia yang kami rasakan, amat sesuai untuk dia lebih banyak bersosial dan bermain dengan kawan-kawan. Kalau duduk di rumah, terlalu terhad aktivitinya. Saya hanya sekadar boleh mengajar dia menghafal Al-Quran, main-main blocks, main kaler-kaler, main-main Play Doh, main apa-apa la yang indoor. Tapi kalau di sekolah, dia boleh bersosial dan memang itu kesukaan dia. Selain tu, di rumah, saya ajar dia 'speaking' sikit-sikit sebab bahasa utama kami di rumah adalah bahasa melayu. Kadang-kadang bila tengok TV, boleh juga saya ajar dia tentang dunia sekitar. Selalunya TV Ceria, TVIQ, rancangan haiwan-haiwan dan kartun-kartun kat TV3 dan TV9. Semua ni boleh membuka minda dia. Kadang-kadang dia pandai berimaginasi dan selalu suka bercerita balik tentang apa yang ditontonnya. Pendek kata bab berkomunikasi memang positif. Jadi harapnya bila anak dah ke sekolah nanti, lagi seronok la dia berkawan dan bermain sambil belajar. Skill bercakap pun menjadi lebih baik mudah-mudahan.

Semasa pergi ke PASTI hari tu pun, anak saya dah tak sabar-sabar nak tengok dan warnakan buku-buku yang Ustazah berikan untuk dibawa balik (Ustazah suruh bawa balik untuk dibalut sahaja. Pada hari sekolah, ustazah yang akan simpankan sebab kalau budak-budak bawa balik, sure habis diconteng). Ameerah dah mula lari-lari dan masuk berkawan dengan kanak-kanak lain. Pastu bercakap je dengan mak-mak orang lain. Cakap macam orang dah besar. Kami tengok pun, nak halang (sebab ganggu orang lain) tapi pada masa yang sama nak tergelak juga melihat keletah anak kami yang sorang ni. Bukan main berani.

Alhamdulillah kami suka dengan persekitaran PASTI tu sebab dia berada di kawasan perumahan. Berbanding PASTI yang lain yang kebanyakannya terletak di 'shop lot' atau bangunan flat, yang ini lebih baik dan mendamaikan. Nak parking kereta pun mudah. PASTI ni juga dikatakan antara yang paling murah yurannya mungkin disebabkan makanan tidak disediakan. Jadi anak-anak akan bawa bekal sendiri dari rumah. Elok juga tu kan? Sebab lain anak lain kegemaran dia. Tambahan lagi anak saya yang memang sangat choosy bab makanan terutamanya pada waktu pagi. Yang dia makan hanyalah biskut disalut coklat. PASTI ini juga menyediakan segala kelengkapan alat tulis, pakaian, buku-buku dan peralatan lain. Jadi mudah untuk ibu bapa menguruskan kemasukan anak. Hanya bayar yuran pembelajaran dan bayar baju uniform sekolah. Lagi satu keistimewaan PASTI ini adalah ia menyediakan kemudahan pengangkutan. Jadi saya dan suami bersetuju untuk mengambil khidmat pihak sekolah untuk menghantar anak kami pulang selepas selesai waktu persekolahan dengan menaiki van. Kalau waktu pagi, suami saya boleh hantarkan anak.

Sepatutnya persekolahan bermula 5 Januari 2015 tapi disebabkan musibah banjir yang melanda pantai timur, sesi persekolahan bakal bermula pada 12 Januari 2015 (di negeri yang sekolah bermula pada hari Isnin). Jadi PASTI pun sama juga, mula pada 12 Januari 2015. Hanya satu masalah yang sedang saya dan suami hadapi dalam persediaan memasukkan anak kami sekolah adalah nak memastikan anak kami tidur lebih awal setiap malam dan bangun lebih awal pada setiap pagi untuk bersiap-siap ke sekolah. Kami sekarang dalam usaha untuk membangunkan anak kami pada awal pagi dan tidur pada waktu petang lebih awal. Huhu. Doakan kami berjaya :-)

Para ibu bapa yang lain, apa persediaan anda pula? :-) Mesti seronok kan bila anak-anak pertama kali akan masuk ke sekolah? Kalau anak saya dia seronok la ke sekolah. Biasanya anak-anak memang suka nak ke sekolah. Ada tak anak-anak yang tak minat nak ke sekolah langsung?

Apa-apa pun kerenah anak-anak kita, semoga anak-anak kita semua seronok untuk ke sekolah dan membesar menjadi anak-anak yang cemerlang di dunia dan juga di akhirat. Permulaan yang baik akan membuahkan hasil yang jauhh lebih baik, Insya Allah. :-)

==================

Sesi Persekolahan yang bakal bermula ni, ibu bapa tentu sibuk mencari bahan-bahan pendidikan buat anak-anak yang bakal bersekolah termasuklah set mengajar anak membaca. Memang anak-anak akan belajar membaca di sekolah, tapi ibu bapa adalah digalakkan untuk mengajar sendiri anak di rumah sebagai usaha tambahan dan sokongan kepada anak-anak agar lebih mudah dan pandai membaca dari usia awal.

Pastikan anak-anak dah pandai membaca sejak sebelum masuk ke sekolah rendah ya supaya tidak ketinggalan dalam pembelajaran di sekolah. Zaman sekarang anak-anak dah pandai membaca sejak usia tadika. Jadi para ibu bapa, jangan lepaskan peluang untuk mengajar anak-anak ya. 


Set Siri Buku Cepat Membaca - Bacalah Anakku, Readeasy dan Al-Furqan














Set siri buku cepat membaca ini telah direka khas oleh penulisnya Nik Eliani Nik Nawi (Bacalah Anakku dan Readeasy) yang mempunyai banyak pengalaman mengajar anak-anak kecil membaca. Buku-buku ini memang wajib dimiliki oleh setiap ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan sedang belajar untuk membaca. Telah banyak testimoni yang diterima daripada para ibu bapa yang telah pernah mencuba sendiri buku-buku ini ke atas anak-anak mereka. Hasilnya mengagumkan! Alhamdulillah, syukur atas usaha yang dibuat penulis ini. Buku-buku ini telah banyak membantu ramai ibu bapa dan anak-anak di luar sana belajar membaca dan pandai membaca sebelum memasuki alam persekolahan (darjah 1).

Bukan sahaja ibu bapa, malah guru-guru taska dan tadika juga memberikan testimonial positif. 

Dapatkan SET SIRI CEPAT MEMBACA yang membantu Si Manja MEMBACA AL-QURAN, BAHASA MELAYU dan BAHASA INGGERIS. Ia telah terbukti oleh ramai kanak-kanak yang pernah menggunakannya!! Anda wajib melihat video testimoni ibu bapa dan guru di sini : http://bit.ly/15HPGTh 

:::: TESTIMONI BACALAH ANAKKU & READEASY ::::

"Anak saya usia 3 tahun boleh baca buku-buku ini dalam masa 3 bulan, setelah diajar menggunakan sistem fonetik set membaca ini" - Pn Rohayati Fahmi.

"saya mmg guna buku ni utk 3 ank sgt bagus..mmg cepat blh baca..confirm blh baca habis set 6..saya cuma ambik masa seminggu utk ajar anak terus blh baca..tp bkn di usia 3 thn la..4 thn dan 5 thn..lagi cpt mula lagi bagus.." -Puan siti rohani harun.

:::: TESTIMONI SET AL-FURQAN ::::

"Alhamdulillah.. anak sulung saya pandai membaca Al-Quran pada umur 4 tahun 2 bulan dengan bantuan set buku Al-Furqan. Saya beli buku Al-Furqan pada 15 Februari 2012 ketika umurnya 3 tahun 10 bulan dan menghabiskan 4 buku dalam tempoh 4 bulan sahaja. Seterusnya, saya beli Muqaddam pada 25 Jun 2012 untuk menguji kebolehan beliau membaca Al-Quran. Macam tak percaya, anak saya dah pandai membunyikan setiap ayat Al-Quran dengan betul..ternyata keberkesanan Set Al-Furqan membantu anak saya cepat membaca Al-Quran..." -Puan Ummu Fatim Khadijah.  

Bagaimana Ia Boleh Membantu Anda :

- Sesuai untuk kanak-kanak dari 2 tahun ke atas
- Mengikut kaedah fonetik
- Disusun secara sistematik - bermula dengan huruf dan sebutan yang mudah disebut dahulu
- Kemahiran diperkenal secara bertahap
- Illustrasi dan kad imbasan menarik
- Buku bersaiz kecil yang mudah dibawa ke mana-mana
- Disertakan VCD Panduan Mengajar untuk ibu bapa
- Ia sememangnya telah terbukti berkesan !

Tips dan Panduan Buat Ibu Bapa :
  1. Kunci kejayaan ibu bapa mengajar anak di rumah di antaranya ialah dengan melalui bermain. Bagi kanak-kanak, mereka belajar dengan bermain.
  2. Singkatkan masa belajar supaya anak-anak tidak bosan. Bagi kanak-kanak perempuan, 5 minit sudah cukup baik, dan bagi kanak-kanak lelaki berusia 4 - 5 tahun, 2 minit sudah cukup lama. Jadi sesi belajar anak anda mestilah di antara 2 - 5 minit sahaja.
  3. Berhenti sebelum mereka berasa jemu.
  4. Belajar secara kerap.
  5. Beri galakan dan pujian seperti "Wah, pandainya anak mama!" walaupun hanya baru menyebut bunyi /a/.
  6. Keep cool! Jangan marah-marah dan sentiasalah bertenang kerana mengajar anak sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi.
  7. Jangan lupa untuk melihat VCD Panduan Mengajar yang disertakan.

Anda bakal memperolehi :

✔ 4 buku Set AL-FURQAN (+1 VCD Panduan Mengajar +10 keping kad imbas)
✔ 8 buku Set READ EASY PHONICS (+1 VCD Panduan Mengajar + 6 keping kad imbas)
✔ 8 buku Set BACALAH ANAKKU (+1 VCD Panduan Mengajar + 12 keping kad imbas + 1 buku panduan ibu bapa mengajar anak-anak)
 

========================================

Bacalah Anakku : RM40
Read Easy : RM45
Al-Furqan : RM30

Order ketiga-tiga set Bacalah Anakku, ReadEasy dan Al-Furqan dengan harga RM136 termasuk kos pos laju ke Semenanjung Malaysia.

 
Set Lughatul Jannah pula berharga RM25 (tak termasuk kos pos laju).

Berminat untuk order, hubungi kami dengan klik di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop atau SMS/Whatsapp ke 012-6753078 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan. Order 3 set buku cepat membaca sekarang dan anda akan memperolehi FREE GIFT 3 poster percuma alif ba ta.

✔ PERCUMA 3 poster alif ba ta Untuk 10 Pembeli Terawal Setiap Hari !! (selagi stok masih ada)

========================================
 
"Ya Allah, tambahkanlah ilmu kepada kami dan kurniakanlah kefahaman kepada kami."

Mari kita sama-sama wujudkan generasi suka membaca dan pandai membaca. Insya Allah..

LIKE kami di Islamic Kids Shop untuk mendapatkan pelbagai tips menarik dalam pendidikan anak-anak. Semoga bermanfaat. 

Post a Comment

  1. Adakah anda memerlukan pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
    * Pemindahan Sangat cepat dan serta-merta ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
    akaun bank
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
    * Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
    *. Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
    Anda boleh mengharapkan jawapan awal kurang daripada 24 jam
    pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
    dari awak.

    Hubungi syarikat ini sah dan berlesen, yang diberi kuasa
    untuk memberi bantuan kewangan kepada orang
    Maklumat dan permohonan pinjaman lebih bentuk

    emel: cashfirmarena@gmail.com


    Selamat sejahtera
    Sir Joel Williams
    FIRM TUNAI PINJAMAN SYARIKAT
    Ketua Pegawai Eksekutif
    Tel: +601111850392
    Email: cashfirmarena@gmail.com
    Webisite: cashfirmarena.wordpress.com

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum
    'Insya Allah' ISKANDAR LESTARI LOAN FIRM menawarkan pinjaman dengan tingkat persentase tahunan yang sangat rendah APR menghubungi kami melalui e-mail kami: {iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com} untuk menikmati hal berikut: apakah Anda ditolak oleh Bank sebagai akibat dari kredit Sejarah Buruk Anda berutang secara finansial apakah Anda memerlukan dana untuk ekspansi bisnis atau Anda ingin memulai bisnis dengan modal tambahan atau Anda memerlukan pinjaman yang sangat besar untuk melaksanakan proyek ini, antara lain dengan ISKANDAR LOAN FIRM Anda bisa mengatakan "Alhamdulillah" karena kami menjamin kelayakan kepercayaan kejujuran 100% dalam pelayanan kami segera hubungi kami BBM INVITE: {D8980E0B} atau melalui alamat e-mail di atas Assalamu'alaikum wr wb,Allahu Akbar............Allahu Akbar..........Allahu Akbar

    ReplyDelete

 
Top