0
Teks : Wan Syahida Kahar

Assalamualaikum. Apa khabar para pembaca ku sekalian? Tahun baru yang datang, dah ada azam baru atau resolusi baru? :-) Yang pastinya tahun ni, kita semua menyambut tahun baru dengan lebih insaf di atas bala yang negara kita hadapi. Pesta dan konsert di ambang tahun baru pun dah dibatalkan dan pada masa yang sama, hari ini, pada 3 Januari 2015 pula kita menyambut kelahiran rasul junjungan Rasulullah s.a.w. Majlis maulud banyak diadakan. Rakyat Malaysia pula banyak yang memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di pantai timur. Pada fasa pemulihan ini, saya lihat ramai sukarelawan yang mengumpulkan khemah-khemah di kalangan penderma untuk para mangsa dan waterjet. Yang pasti, rakyat Malaysia kurang membazir wang ke arah pesta dan konsert (serta Year End Sale) tapi lebih kepada memanfaatkan wang kepada mangsa-mangsa banjir. Ini pengakhiran tahun 2014 dan permulaan tahun 2015 yang bagus.

Dalam kesibukan saya dan suami yang sedang berpindah rumah, kami sempat mengumpulkan sumbangan telekung dan kain pelikat yang pernah saya sebut dalam entry saya sebelum ini untuk diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir (baca di : Sumbangan Alat Kelengkapan Solat). Alhamdulillah di atas sumbangan sahabat-sahabat saya. Walaupun tak ramai yang menyumbang pun (saya tidak la famous atau popular sampai berpuluh-puluh orang atau beratus-ratus orang yang bagi sumbangan kat saya), ada la dalam 4 orang sahaja yang menyumbang material dan wang sumbangan termasuk suami saya. Walaupun hanya 4 orang, tapi banyak yang diberikan. Telekung dapat 2 plastik besar dan kain pelikat dapat la satu beg. Alhamdulillah saya gembira ada penyumbang walaupun tidak banyak.

2 hari lepas, saya dan suami pergi ke pasar malam di Uptown Danau Kota untuk membeli telekung hasil daripada sumbangan wang sahabat-sahabat (yang berikan sumbangan wang, bukan material). Cari punya cari, hanya ada satu peniaga yang menjual telekung, kain pelikat dan sejadah. Dengan wang pemberian teman-teman itu, saya dapat la beli dalam 3 pasang telekung. Sepasang berharga RM50 untuk telekung yang biasa-biasa (kalau yang warna-warna dan sulam-sulam yang lebih cantik tu RM60 macam tu). Jadi harga tu saya rasa OK lah, lagipun telekungnya tak nipis sangat dan tak la bersulam sangat jadi tak mahal sangat la. Yang penting OK, selesa dibuat sembahyang dan harganya boleh diterima. Ada juga dia bagi harga lebih murah (asalnya RM55 sepasang kalau tak silap saya). Sewaktu membayar, saya katakan yang ni semua untuk mangsa banjir. Peniaga tu terus bagi diskaun lagi RM5, jadilah RM145 je yang saya perlu bayarkan. Kata peniaga tersebut, sehari sebelumnya pun ada orang lain yang memborong telekung dan kain pelikat daripada dia untuk diberikan kepada mangsa-mangsa banjir. Sampai stok telekung dia pun dah nak habis pun. Yang 3 pasang telekung saya beli tu, itu lah stok telekungnya yang terakhir (telekung yang jenis yang sama). Yang lain-lain telekung yang lebih mahal dan cantik.

Alhamdulillah semalam, saya dah serahkan segala sumbangan sahabat-sahabat saya ni kepada akak Shadiya Abbas yang mengumpulkan semua barang sumbangan bersama team dia di rumahnya di Puncak Alam, Shah Alam. Suaminya dan team perumahan dia dah bertolak ke Kuala Krai malam semalam selepas Isyak untuk menyerahkan sumbangan. (Boleh lihat update dan gambar di Facebook: Wan Syahida Kahar atau Shadiya Abbas).

Alhamdulillah di atas kesempatan saya membuat usaha yang kecil ini. Semoga segala sumbangan sampai ke tangan mereka yang memerlukan dan semoga pahala kebaikannya berterusan kepada para penyumbang sekalian.

========
POSTER HURUF-HURUF HIJAIYYAH (ALIF BA TA) BERSERTA PENYAMBUNGANNYA

Boleh ditampal di dinding bilik tidur anak-anak agar mereka biasa melihatnya setiap hari. Sesi baru persekolahan bakal bermula, jadi bangkitkan semangat mereka untuk belajar Al-Quran di sekolah dengan menampal poster-poster sebegini.


Poster Huruf-huruf Hijaiyyah serta bentuk penyambungannya keluaran Baby Khalifah. Disertakan dengan bekas poster yang berbentuk cylinder. Poster ini saya tampal saja di dinding di tepi katil agar mudah untuk anak saya melihatnya. Kadang-kadang saya suka suruh anak saya mencari mana huruf Alif, mana huruf Ba, huruf Ta, Ya, Lam Alif dan lain-lain. Sekali-sekala memang seronok. Anak yang seronok :-)


Hanya berharga RM9.90 (tidak termasuk kos penghantaran).

Berminat untuk order, boleh PM kami di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop atau SMS/Whatsapp 012-6753078. Dalam imej kat atas ni nombor telefon 019-6646581; pun boleh jugak. =D

Post a Comment

 
Top