0
Teks: Wan Syahida Kahar

Assalamualaikum. Apa khabar sahabat-sahabat pembaca saya? Saya doakan agar semuanya berada dalam lindungan rahmat Allah. Terutamanya yang berada di pantai timur dan sedang mengalami musibah banjir, semoga semuanya dilindungi Allah dan harap-harap banjir lekas surut.

6 hari berlalu dengan penuh kecemasan dan keinsafan, sejak hari pertamanya berlaku banjir ni. Walaupun saya berbisnes, selama 6-7 hari ni pun tak tergamak pun saya dan tak berminat pun untuk mempromosikan sebarang item atau produk di Facebook. Semuanya hanya tentang banjir, banjir, banjir. Hati rasa tak tenang memikirkan kesusahan mangsa-mangsa banjir. Bila tidur, teringatkan mereka yg terkandas di atas bukit menantikan bantuan. Bila masak, teringatkan siapalah yang sedang membantu memasakkan mereka makanan untuk sarapan, tengah hari dan makan malam. Bila menonton TV, teringatkan apa yang mereka lakukan sementara menanti bantuan. Bila terkenang semua ni barulah timbul rasa bersyukur dengan nikmat-nikmat yang saya dapat.

Saya terharu dengan usaha-usaha persendirian kawan-kawan dan kenalan yang mengusahakan pengutipan sumbangan untuk sewa helikopter (tapi tak jadi dan ditukar ke kontena air dan bot-bot), makanan kering, pakaian dan lain-lain keperluan harian. Ada juga team Shaklee yang menyumbang Vitamin C Chewables untuk disedekahkan kepada kanak-kanak mangsa banjir supaya kesihatan mereka lebih terjaga pada musim banjir ini. Walau apa pun, pasti amat berguna kepada mereka yang memerlukan.

InsyaAllah, saya dan suami, Muhamat Shukri juga dalam misi untuk mengumpulkan telekung, kain pelikat dan sejadah untuk disumbangkan kepada mangsa banjir melalui kak Shadiya Abbas (TV3). Kami berada di KL area Segambut, Setapak, IJN dan PJ area Jln Klang Lama kalau nak kami datang collect sumbangan sape2. Nak hulurkan duit pun boleh untuk kami belikan sendiri. Nak pass kat kak Ady pada 2 Januari di Bandar Utama TV3. InsyaAllah.

Bank-in ke Maybank 164182408771 (Wan Syahida), beritahu jumlah ke 012-6753078 (SMS / Whatsapp).

Moga segala sumbangan ada nilai di sisi-Nya. InsyaAllah. 

UPDATE terkini jumlah sumbangan: RM130.

Semoga banjir lekas surut dan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan dengan baik kepada kesemua mangsa yang memerlukan bantuan. InsyaAllah. Banjir 2014 benar-benar bencana alam yang besar dan layak mendapat status darurat. Ya Allah ampunilah rakyat Malaysia. :'(

Post a Comment

 
Top