0
Teks : Wan Syahida Kahar

Apa yang bayi dan ibu akan perolehi sekiranya menyusu
Zaman sekarang ni ramai ibu-ibu muda yang dah makin sedar tentang kepentingan menyusukan bayi dengan air susunya sendiri. Kebanyakan tempat yang saya pergi, saya biasa nampak ibu-ibu yang menyusukan bayi. Tapi tak kurang jugak orang yang masih memberikan susu melalui botol. Namun saya tak pasti juga sama ada susu yang dia berikan itu susu tepung ataupun susu perahan. Selagi kita masih ada dan selagi kita masih mampu, usahakanlah untuk menyusu bayi dengan air susu badan kita sendiri.

Pentingnya penyusuan susu ibu ini ada dikatakan di dalam kitab suci Al-Quran, dalam surah Al-Baqarah, Ayat 233.

"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu."

Sebenarnya had masa menyusukan anak dalam tempoh 2 tahun itu tidak lah dinyatakan sebagai ketentuan wajib yang mutlak. Tetapi ia ditujukan kepada ibu-ibu yang ingin menyempurnakan penyusuan itu. Allah berfirman lagi seterusnya:

"Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya."

Di dalam surah-surah yang lain, ada dinyatakan di dalam ayat-ayat:

"Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik)  kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dan menyapihnya dalam dua tahun” – Surah Luqman, ayat 14

“Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan, saudara-saudaramu yang perempuan; saudara-saudara bapamu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudaramu yang laki-laki; ibu-ibu yang menyusukan kamu; saudara perempuan yang sepersusuan” – Surah An-Nisa’, Ayat 23
"Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah At-Thalaq, ayat 6

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan”
– Surah Al-Ahqaaf, ayat 15

Berdasarkan ayat-ayat Al-Quran di atas, kesimpulan yang boleh kita buat adalah:

1) Setiap ibu disyorkan untuk menyusukan anak mereka secara terus selama dua tahun jika hendak menyempurnakan penyusuan itu.

2) Sekiranya terdapat halangan menyusukan anak seperti ibu sakit atau ibu tidak boleh menyusukan anak, maka tidak ada paksaan dalam melaksanakan dan memberikan hak anak iaitu menyusukan mereka.

3) Jangka waktu yang terbaik sebagai panduan untuk menyusukan anak itu telah pun ditetapkan oleh Allah SWT.

4) Adalah dibolehkan untuk menyusu anak kepada ibu yang lain (menjadi anak susuan), tetapi haruslah ada mesyuarat di antara semua yang terlibat.

5) Hukum-hakam ibu susuan dan anak susuan telah dijelaskan oleh Allah di dalam Al-Quran.

6) Anak susuan adalah anak yang disusukan pada umur di bawah 2 tahun. (maknanya orang dewasa yang minum susu ibu bukan automatic akan jadi anak susuan ye. Hehe. Ini tidak valid)


Juga ada disebutkan di dalam Al-Quran tentang suasana ketika berlakunya hari kiamat:

“Ingatlah pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusukan anaknya dari anak yang disusukannya”
- Surah Al Hajj- ayat 2

Selain itu, ada kisah cerita yang disampaikan kepada kita tentang kisah nabi Musa A.S. Tak lain tak bukan kisah tentang ibunya yang diperintahkan oleh Allah supaya menghanyutkan bayinya (yakni Nabi Musa A.S) ke dalam sungai ketika Firaun sedang memerintah. Masa ni Firaun akan membunuh setiap anak lelaki yang dilahirkan. Firman Allah SWT :

"Dan Kami ilhamkan kepada ibunya Musa, “Susuilah dia (Musa) dan apabila engkau khuatir terhadapnya maka hanyutkanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah engkau takut dan jangan (pula) bersedih hati, sesungguhnya Kami akan mengembalikan padamu, dan menjadikannya salah seorang rasul” – Surah Al-Qashash, ayat 7

Allah perintahkan supaya ibu Musa A.S untuk menyusu Musa A.S. Kalau diikutkan dari segi saintifik, penyusuan bayi akan menyebabkan otak ibu merembeskan hormon oksitosin yang akan menenangkan hati si ibu dan juga menenangkan bayi. Hormon oksitosin juga dikenali sebagai hormon penenang atau hormon kasih sayang. Jadi dalam keadaan merisaukan ibu Musa A.S, bimbangkan bayinya, tapi dirinya tetap boleh tenang menghanyutkan Musa A.S tanpa tangisan Musa A.S. Dia dapat menyusu anaknya dan anaknya juga kenyang dan tenang kerana disusukan ibunya, barulah dilepaskan ke dalam sungai Nil.

Kemudian dayang istana Firaun telah menemui Nabi Musa A.S. Isteri Firaun yakni Asiah telah memujuk Firaun untuk membela Musa A.S kerana baginya Musa adalah penyejuk mata dan hatinya. Maka kemudian mereka pun mencari ibu susuan untuk Musa A.S. Masa tu mana ada susu formula nak bagi kat baby kan. Jadi beraturlah beribu-ribu orang yang nak menjadi ibu susuan Musa A.S. Tapi Musa A.S menolak kesemua ibu susuan yang mahu menyusukannya. Firman Allah SWT : 

"Dan Kami cegah dia (Musa) menyusu kepada perempuan-perempuan yang mahu menyusui(nya)  sebelum itu.” – Surah Al-Qashash, ayat 12

Nabi Musa A.S telah menolak kesemua ibu susuan tu sebab dah merasai perisa pertama susu ibunya sendiri sehinggalah ibu Nabi Musa sendiri datang dan menyimpan rahsia sebagai ibu susuan yang ingin menyusukan Musa dan mengasuhnya.
"Maka Kami kembalikan dia (Musa) kepada ibunya, agar senang hatinya dan tidak bersedih hati; dan agar dia mengetahui bahawa janji Allah adalah benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya” – Surah Al-Qashash, ayat 13

Inilah yang dinamakan, kisah-kisah di dalam Al-Quran itu mendatangkan hikmah, pengajaran dan manfaat. Tapi semuanya hanya bagi orang-orang yang mahu berfikir dan menggunakan akal mereka untuk mengamalkannya pada kehidupan. Begitu juga, di dalam Al-Quran juga telah menerangkan tentang penyusuan susu ibu kepada bayi bermakna pentingnya ia. Banyak kelebihannya apabila anak disusukan dengan susu ibu. Bukan semata-mata untuk memberi anak makan dan kenyang semata-mata, tapi di situlah proses nurturing bermula. Ketika anak disusukan secara terus, anak dapat merasa tenang dan hangat oleh dakapan ibunya, telinganya dapat mendengar degupan jantung ibu berdegup, dan kadang-kadang bayi dapat melihat terus mata ibunya yang bersinar dan lantas tersenyum. Bukan sahaja bayi akan kenyang, malah emosinya juga bahagia dan gembira bila dia berada bersama ibunya kerana dapat merasa kasih sayang ibunya. Seorang ulama' juga pernah berkata bahawa air susu ibu akan mempengaruhi rohani bayi. Ia akan memberikan kesan psikologi yang positif dan membentuk keperibadian yang kuat apabila dia dewasa nanti.
Menyusu bayi akan mewujudkan satu talian kasih sayang antara ibu dan bayi

Menariknya penyusuan bayi ini tapi ada juga yang enggan atau malas menyusu anak mereka. Memang banyak yang perlu dikorbankan. Masa, tenaga, wang, nak mengepam, nak bangun tidur, berjaga malam, buat stok EBM, bergegas antara waktu mengepam dan tugasan di pejabat, beli pula bermacam-macam supplemen untuk sihatkan badan dan banyakkan susu, beli breastpump yang harganya pun bukan murah, kalau rosak kena servis, pastu beli deep freezer, macam-macam la.. Tapi percayalah susah-susah kita sekarang ni dalam usaha nak lengkapkan penyusuan anak selama 2 tahun dengan sempurna, ada banyak hikmahnya pada masa hadapan nanti.

Susu ibu dapat memberi antibodi yang baik untuk bayi agar bayi tak mudah selsema atau demam

Air susu ibu memang berharga dan besar nilainya buat ibu-ibu yang memahami. Kalian, susuilah anak-anak dengan penuh rasa kasih sayang dan dengan berbesar hati demi anak-anak yang tercinta. Berusahalah sungguh-sungguh untuk menyusukan anak. Laburkan wang untuk supplemen juga baik kalau itu dapat membantu usaha anda. Kelebihan mengambil supplemen tambahan sewaktu menyusukan anak dapat memberikan tenaga, kesihatan dan kecergasan kepada ibu di samping membanyakkan susu badan untuk bayi. Lebih-lebih lagi sekiranya anda sedang berusaha habis-habisan untuk membuat stok EBM. Insya Allah boleh. Dengan ilmu penyusuan yang betul, semangat dan daya juang yang tinggi, anda pasti boleh menyusukan anak anda dengan sempurna selama 2 tahun. Dapatkan lah sokongan daripada pakar laktasi, ibu-ibu lain yang berpengalaman dan dapatkan supplemen tambahan untuk bantu badan anda sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Semua ni penting supaya badan anda dapat menghasilkan susu badan yang berkualiti dan cukup untuk anak. Bila badan ibu sihat, susu dapat keluar dengan lebih banyak dan lancar.

Semoga mendapat manfaat yang banyak daripada perkongsian ini dan semoga ia dapat MEMBUKA HATI dan MINDA kita tentang kepentingan dan keistimewaan air susu ibu seperti yang dijelaskan dan diperintahkan di dalam Al-Quran.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? Hubungi saya untuk :

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and 
BUSINESS OPPORTUNITY with SHAKLEE!!

Wan Syahida
Shaklee ID : 1143254
wsyahida@yahoo.com
012-6753078 (SMS/Whatsapp)

Sumber inspirasi : www.sarakids.com

Post a Comment

 
Top