0
Bismillah.



Baru-baru ini, saya dan suami telah sama-sama mengusahakan sebuah rumah apartment homestay yang terletak di Jalan Klang Lama. Rumah ini saya telah beli sewaktu majlis pelancarannya di Petaling Jaya pada tahun 2009 dan ia telah siap dibina oleh pemaju pada tahun 2012. Kemudian, saya mendapat kunci rumah pada awal tahun 2013. Dan sekarang, pada bulan Oktober 2013, barulah rumah apartment itu telah siap diubahsuai dan dilengkapi dengan perabot-perabot. Kami berniat untuk menjadikannya homestay dan sememangnya telah menyiapkannya menjadi apartment yang 'fully furnished'. Lokasi homestay ini adalah amat strategik kerana ia terletak berdekatan dengan kedua-dua bandaraya Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. 

Bagi mereka yang berminat mencari homestay yang luas untuk dihuni seiisi keluarga, terutamanya untuk percutian, majlis kenduri-kendara atau upacara konvokesyen, maka homestay kami adalah sesuai untuk anda. Dengan luas 1020 square feet, ia sememangnya luas dan selesa untuk penginapan anda. Ia terdiri daripada 3 bilik tidur dan 2 bilik air manakala dapurnya telah dilengkapi dengan wet kitchen dan dry kitchen. Malah kami juga turut menyediakan TV dan mesin basuh untuk kegunaan anda seisi keluarga. Segala peralatan memasak juga disediakan. Anda juga tidak perlu risau kerana penapis air telah kami pasang untuk anda mendapatkan air yang bersih untuk minuman dan masakan.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari website blog kami di Rizqi Condo Homestay atau Like Facebook Fanpage Rizqi Condo Homestay kami. Untuk sebarang tempahan, sila hubungi suami saya En. Shukri di talian 019-6548581 atau saya sendiri Pn. Syahida di talian 012-6753078.

Semoga homestay kami ini dapat memberikan anda penginapan yang baik, bersih dan selesa untuk seisi keluarga.

Post a Comment

 
Top