0
Bismillahirrahmanirrahiim.

Sewaktu anak saya berumur 10 bulan, saya dan suami pernah dengan sengaja memohon cuti untuk satu hari untuk kami berjalan-jalan di tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur, memandangkan kami sememangnya tinggal di kota ini. Antara tempat yang teringin kami kunjungi adalah Aquaria KLCC. Ini antara tempat yang setiap warganegara Malaysia wajib kunjungi, apatah lagi yang memang sedang menetap di Kuala Lumpur. Memang langsung tidak rugi berkunjung ke sana sebab Aquaria KLCC memang sangat menyeronokkan. Pergi lah pada hari yang bukan pada waktu cuti sekolah atau cuti umum dan lebih baik pergi pada hari bekerja. 

Rumah ibu mertua saya terletak di Setapak. Jadi untuk ke Aquaria KLCC memang hanya sekangkang kera sahaja perjalanannya. Sedikit pengenalan berkenaan Aquaria KLCC, ia siap dibina dan dibuka semenjak tahun 1997 dan terletak di dalam bangunan Kuala Lumpur Convention Centre.

Sumber : http://www.aquariaklcc.com/visitor-info/location/map-to-aquaria

Ia dibuka setiap hari termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum dari pukul 10.30am - 8.00pm dan kemasukan terakhir adalah pada jam 7.00pm.

Harga untuk tiket adalah seperti di dalam screenshot di bawah :

Sumber : http://www.aquariaklcc.com/visitor-info/admission-fees 

Untuk anak kami yang bawah umur 2 tahun, maka kemasukannya adalah percuma. 

Perkara yang PALING menarik tentang Aquaria KLCC ini adalah Feeding Times nya. Pastikan anda mengunjungi Aquaria KLCC Aquarium seawal pembukaannya untuk tidak melepaskan peluang melihat semua sesi memberi makan kepada ikan-ikan yang terdapat di dalam aquarium. 

Saya dan suami masuk dalam pukul 11am. Dan kami bertuah kerana dapat melihat Feeding Session yang terbesar di Aquarium yang terbesarnya di Aquatheatre (Variety of fishes) @ Level 2 pada pukul 12.00pm. 

Aquatheatre @ Level 2

Feeding Session
Feeding Session di Aquatheatre
Sebelum bermula sesi ni, penyelam-penyelam professional yang akan memberi makan itu akan berlegar-legar berenang di dalam aquarium selama beberapa minit sebagai 'pemberitahuan awal' kepada ikan-ikan bahawa waktu makan telah tiba supaya mereka dapat berkumpul di ruang hadapan. Motifnya untuk memberi peluang kepada para pengunjung untuk melihat Feeding Session itu. Pada waktu 12.00pm itu, memang kami lihat ikan-ikan semuanya kelaparan dan berebut-rebutkan makanan dan menambahkan keseronokan dan keterujaan kami melihatnya. Pada jam 3.00pm akan ada lagi satu Feeding Session tetapi kami lihat waktu itu ikan-ikannya seperti tidak begitu lapar, jadi ia kurang menyeronokkan. Jadi, rugi sangat kalau anda terlepas Feeding Session pada pukul 12.00pm.

Anak kami setelah selesai Feeding Session.
Ada banyak lagi Feeding Sessions yang lain. Antara yang dapat kami lihat adalah Feeding Session The Stream (Water Rats) @ Level 1 dan Flooded Forest (Arapaima feeding) @ Level 2. Arapaima adalah ikan terbesar ikan air tawar. Untuk ikan jenis ni, memang menggerunkan sebab ikan ni besar sangat dan menakutkan :-). Banyak lagi ikan-ikan yang menakutkan seperti ikan piranha dan ikan jerung. Tapi kami terlepas Feeding Sessionsnya. Ikan-ikan yang menakutkan ini, waktu pemberian makanannya adalah pada hari-hari tertentu iaitu hanya pada hari Isnin, Rabu dan Sabtu. Jadi, saya sarankan anda mengunjungi Aquaria KLCC pada hari-hari ini. :-) Untuk senarai penuh Feeding Times di Aquaria KLCC, anda boleh layari Feeding Times

Satu peringatan, ketika anda menangkap gambar ikan, penggunaan flash adalah dilarang sama sekali kerana bimbang ia memudaratkan ikan yang melihat sinar cahaya flash kamera anda. Ikan tiada kelopak mata seperti kita. :-)

Teruja tak? Jadi bawalah anak-anak anda mengunjungi Aquaria KLCC Aquarium. Sangat-sangat menyeronokkan. Ini lah masanya untuk lebih menghargai dan mengenal dunia dan hidupan lautan dan air. Subhanallah, Allah sehebat-hebat Pencipta. Maha Luas Pengetahuan-Nya dan terlalu sedikit sangat ilmu kita dibandingkan dengan Allah. Pergilah dan lihat sendiri kehebatan Allah dan ciptaan-Nya. Semoga ia menjadi percutian yang menyeronokkan buat anda dan keluarga.


Post a Comment

 
Top