0

Bismillah...

Semua orang di dunia ini suka untuk disayangi. Apatah lagi anak-anak kecil yang lebih-lebih lagi memerlukan belaian dan kasih sayang terutamanya daripada kedua orang tuanya yang melahirkannya ke dunia ini. 

Pada Tahap Pertama umur anak-anak pada usia 0-6 tahun, anak-anak hendaklah disayangi dengan sepenuh hati oleh ibu bapa, dibelai dengan kasih dayang, diajak bermain dan bergurau. Kesannya, anak-anak akan sentiasa menyedari bahawa rujukan terbaik bagi mereka dalam setiap perkara dan dalam semua hal yang mereka hadapi adalah kedua ibu bapanya.

Disebabkan itu, ibu bapa perlu sentiasa membuat anak rasa disayangi. Selalulah banyakkan bertanya dan berbual dengan anak-anak tentang aktiviti yang mereka lalui di sekolah, siapakah kawan-kawan mereka, nama kawan-kawan mereka, apa yang mereka suka atau tidak suka tentang sekolah, tentang apa yang mereka belajar, dan sekali-sekala tanyakan juga khabar kawan-kawan mereka di sekolah.

Adalah amat baik sekiranya ibu bapa juga dapat selalu meluangkan masa menemani anak bermain atau melakukan aktiviti yang mereka sukai. Paling tidakpun, berilah sokongan kepada anak-anak tentang perkara atau hobi yang mereka minati. Berikan kebebasan kepada mereka untuk bermain, namun tetap berikan pemantauan dan kawalan yang sesuai. Ini dapat memupuk rasa gembira dan yakin diri dalam diri anak-anak. Bagi mereka, ibu bapa akan menjadi insan-insan yang paling mereka percaya dan suka untuk rujuk lebih-lebih lagi apabila mereka semakin meningkat dewasa nanti. 

Jadi teruskan bersahabat dan berkasih sayang dengan anak-anak dan tunjukkan kepada mereka bahawa anda sememangnya menyayangi mereka. Kerana kemungkinan kesibukan anda sebagai ibu bapa menyebabkan mereka rasa tersisih atau tidak disayangi anda. 

Selamat Mendidik Anak-anak!

Post a Comment

 
Top