0
Bismillah.


Di sini saya ingin berkongsi satu website interaktif yang sangat menarik untuk anak-anak anda bermain. Mungkin ada ibu bapa yang tercari-cari aplikasi website yang menarik untuk dijadikan bahan mengajar kepada anak-anak menggunakan komputer, laptop atau tablet. Pihak JAKIM telah mewujudkan sebuah website interaktif secara online di dalam Laman Web ISLAM Grid : Obor Yang Menyinari Alam.

Laman web Islam GRID ini adalah merupakan projek kerjasama antara MAMPU dan JAKIM termasuk MOSTI yang bertujuan untuk menyebar ilmu Islam kepada semua umat Islam melalui kandungan digital Islam yang lengkap dan menyeluruh. Bagi anda yang berminat untuk mencari maklumat tentang Islam, laman web ini sesuai untuk dijadikan bahan rujukan anda.

Manakala laman web yang ingin saya kongsikan untuk ibu bapa bantu anak-anak mempelajari tentang agama Islam adalah pautan khas daripada laman web Islam GRID ini iaitu Pakej KAFA. Ia direka khas untuk menjadi bahan permainan menarik untuk anak-anak. Anak-anak dapat bermain sambil mempelajari ilmu agama seperti Al-Quran, Ibadah dan bahasa Arab. Menarik bukan? Dan yang paling penting, ia adalah aplikasi yang PERCUMA. Anda hanya memerlukan sambungan internet untuk melayarinya sambil bermain kerana ia bukannya untuk dimuat turun di komputer atau gadget anda, sebaliknya anda perlu klik ke pautan link Pakej KAFA setiap kali ingin membukanya.

Sekian. Selamat mencuba! :-)

Post a Comment

 
Top