0
Bismillah..

Ini gambar anak saya Ameerah yang membuka buku dengan sendirinya. Memang kegemarannya 'membaca' buku walaupun saya tidak faham apa yang disebutnya. Hakikatnya anak saya sebenarnya masih belum pandai membaca. Umurnya baru 2 tahun. Tapi dia tetap gemar membebel sendiri seolah-olah dia sedang membaca buku dengan betul. Biarpun salah bacaannya tapi anak saya sukakan buku malah amat suka sekiranya ada orang yang membacakan buku untuknya. Amat biasa sekali apabila tangan saya ditarik ketika saya sedang memasak kerana anak saya ini inginkan seseorang untuk membacakannya buku.

Saya dan suami sememangnya berazam untuk menggalakkan anak kami mencintai buku sejak kecil. Kerana buku adalah sumber ilmu yang paling utama dan ibu bapa memainkan peranan yang paling besar untuk mendidik anak mencintai ilmu dan buku sejak kecil. Walaupun kami memberinya bermain Tab sekali-sekala, namun ini bukan bermakna kami terlalu memanjakannya dengan mainan. Buku-buku untuk Ameerah tetap banyak di dalam simpanan dan Alhamdulillah Ameerah amat menyukai buku-bukunya. Semoga sikap ini dapat terus dipupuk sehingga Ameerah dewasa.

Post a Comment

 
Top