0



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya nak share tentang Folic Acid. Antara vitamin yang paling penting untuk wanita terutamanya mereka yang mahu mengandung dan memiliki anak. Tapi kebiasaannya wanita hanya tahu tentang kepentingan Folic Acid ni setelah dah disahkan hamil. Masa tu baru nak cari Folic Acid sebab nurse / doktor suruh makan. Actually nak tahu tak? Folic Acid sepatutnya dimakan 3 bulan sebelum anda hamil. Bukannya semasa dah hamil baru nak makan. Sebab selalunya kita sedar kita hamil adalah 3 hingga 4 minggu selepas persenyawaan berlaku. Sedangkan janin memerlukan folic acid tu seawal persenyawaannya. Jadi, jangan terlepas ilmu pengetahuan tentang Folic Acid ni ye!!

Apa Itu Folic Acid?

Folic Acid adalah Vitamin B9 yang terdapat dalam Vitamin B-Complex. Vitamin B adalah sejenis vitamin yang larut dalam air. Jadi ia larut dan ia digunakan. Kita consume dan badan kita terus guna. Jadi ia mesti diambil setiap hari melalui makanan ataupun supplement. 

Folic Acid sangat penting untuk pelbagai fungsi tubuh, termasuklah pembentukan sel darah merah, penghasilan DNA dan perkembangan sel-sel tubuh yang sihat. Seperti saya share tadi, ia juga memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan janin semasa kehamilan.

Fungsi Folic Acid Dalam Tubuh :

1. Pembentukan DNA dan Sel 

  • Folic Acid adalah komponen penting dalam sintesis DNA dan RNA. Ini adalah asas kepada pembentukan sel baru dan pembahagian sel yang amat penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu.

2. Pencegahan Anemia

  • Folic Acid membantu dalam pengeluaran sel darah merah yang sihat. Kekurangan folic acid boleh menyebabkan anemia (kurang darah) yang boleh menyebabkan keletihan dan kelemahan.
  • Biasa kan nurse akan berikan Folic Acid berserta vitamin Zat Besi ketika antenatal check-up di KKIA. Terutamanya untuk mereka yang memiliki HB yang rendah (kurang 12). Jadi, makanlah dua-dua vitamin Zat Besi dan Folic Acid secara serentak sebab dua-dua pun membantu dalam pembentukan sel darah merah.

3. Pencegahan Kecacatan Ketika Lahir

  • Folic Acid sangat penting semasa kehamilan awal, terutamanya dalam 3 bulan pertama. Ia membantu mengurangkan risiko kecacatan tiub neural (seperti spina bifida) pada bayi yang sedang berkembang.

4. Kesihatan Kardiovaskular

  • Folic Acid membantu menurunkan tahap homocysteine dalam darah, yang merupakan faktor risiko untuk penyakit jantung dan strok. 
  • Sebab tu, untuk mereka yang nak jaga kesihatan jantung, sangat-sangat digalakkan untuk mengamalkan vitamin B-Complex setiap hari.

Sumber Makanan Yang Mengandungi Folic Acid 

Folic Acid boleh didapati dalam bentuk supplement atau makanan yang diperkaya, tetapi terdapat juga sumber semulajadi folat (bentuk semulajadi bagi vitamin B9) dalam makanan. Beberapa sumber semulajadi folat termasuk :
  1. Sayur-sayuran berdaun hijau gelap (bayam, kangkung)
  2. Kacang-kacangan dan biji-bijian (kacang merah, kacang hitam, lentil)
  3. Buah-buahan (oren, pisang, alpukat)
  4. Hati dan organ dalaman haiwan
  5. Bijirin yang diperkaya dengan folat

Keperluan Folic Acid

Keperluan Folic Acid berbeza mengikut umur, jantina dan keadaan kesihatan individu. Berikut adalah anggaran keperluan harian bagi folic acid :

  • Orang dewasa (lelaki dan wanita) : 400 mikrogram (mcg) sehari
  • Wanita hamil : 600 mcg sehari
  • Wanita yang menyusu : 500 mcg sehari
  • Kanak-kanak : Keperluan berdasarkan umur, biasanya antara 150 mcg - 400 mcg sehaari

Kekurangan Folic Acid

Kekurangan folic acid boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan, antaranya :
  • Anemia megaloblastik : Jenis anemia yang disebabkan oleh pembentukan sel darah merah yang tidak normal dan besar.
  • Kecacatan tiub neural pada bayi yang belum lahir, seperti spina bifida.
  • Keletihan, lemah atau mudah jatuh sakit.
  • Gangguan pencernaan seperti cirit-birit dan hilang selera makan.

Folic Acid untuk Wanita Hamil

Wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil folic acid, sekurang-kurangnya 400 mcg sehari sebelum dan semasa kehamilan awal (terutamanya pada trimester pertama) untuk mengurangkan risiko kecacata tiub neural pada bayi. Keperluan ini boleh meningkat kepada 600 mcg sehari semasa kehamilan. 

Pengambilan Supplement

Supplement folic acid tersedia dalam bentuk pil atau tablet dan boleh diambil oleh orang yang kekurangan folat atau untuk wanita hamil. 

B-Complex daripada Shaklee


B-Complex Shaklee merupakan supplement Vitamin B yang lengkap kesemua 8 jenis Vitamin B termasuklag folic acid untuk menguatkan badan anda. Kelebihan B-Complex Shaklee, ia dipertingkatkan dengan sistem penyerapan bioaktif yang berpaten daripada Shaklee. Bermakna, setiap tablet yang anda ambil, ia memiliki daya penyerapan yang lebih berkesan agar anda dapat memperoleh sepenuhnya manfaat daripada Vitamin B-Complex ini.

Untuk info, Folic Acid bukan mudah untuk terserap oleh badan. Daripada pil yang kita makan tu, tak 100% berjaya diserap dengan berkesan sebab ia sukar diserap. Sebab tu, Shaklee buatkan B-Complexnya memiliki sistem penyerapan bioaktif yang berpaten, eksklusif hanya dekat produk Shaklee aje teknologi khas ini. Kita nak Folic Acid kita mudah diserap dan kita akan mendapat manfaatnya yang terbaik. 

Kandungan Vitamin B dalam B-Complex Shaklee

  1. Vitamin B1 (Thiamine Mononitrate) - 8.0 mg
  2. Vitamin B2 (Riboflavin) - 11.5 mg
  3. Vitamin B3 (Niacinamide) - 135.0 mcg
  4. Vitamin B6 (Pyridoxine Hydrochloride) - 13.5 mg
  5. Folic Acid - 213.0 mcg
  6. Vitamin B12 (Cynacobalamin) - 50.0 mcg
  7. Biotin - 150.0 mcg
  8. Pantothenic Acid (Calcium D-Pantothenate) - 67.5 mg

10 Manfaat B-Complex Shaklee

  1. Memberi tenaga kepada tubuh badan
  2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah)
  3. Mengandungi folic acid yang penting untuk ibu hamil
  4. Mengurangkan stress
  5. Mencantikkan kulit
  6. Sangat disyorkan kepada ibu hamil, berpantang dan menyusu
  7. Menambah selera makan
  8. Bantu mengelakkan ibu berpantang meroyan (post-partum depression)
  9. Bagus untuk masalah saraf
  10. Bantu kurangkan kesakitan akibat migrain
Baca juga :

Jom Dapatkan B-Complex With Folic Acid Shaklee!!

Anda mencari folic acid atau sedang merancang untuk hamil? Ataupun dah disahkan hamil? Masih taj terlambat untuk consume B-Complex with Folic Acid. Pilihlah Shaklee sebab Shaklee memberikan sumber semulajadi vitamin. Berbeza daripada vitamins kat farmasi yang sintetik tu tau. 

Jom dapatkan B-Complex Shaklee atau mana-mana produk Shaklee. Kalau perlu bertanya tentang Shaklee dengan lebih lanjut atau tak tahu set apa yang sesuai atau tak sesuai dengan anda... Boleh direct whatsapp saya di Whatsapp Syahida 012-6753078.

Atau ingin terus ke mana-mana branch Shaklee atau HQ Shaklee di Petaling Jaya untuk mendaftar dan mendapatkan produk Shaklee pada harga ahli? Boleh berdaftar dengan nombor Shaklee ID saya : 1143254 (Wan Syahida). 

Jangan lupa untuk hubungi saya untuk saya ajarkan cara pemakanan bagi setiap item Shaklee yang anda belikan. 


Salam Mesra,

Wan Syahida Kahar (gambar saya bersama Presiden Shaklee Malaysia, Mr. Leong dan Vice President of Marketing, Ee Ling)
Pengedar Shaklee Petaling Jaya dan seluruh Malaysia
Pengedar Shaklee sejak 2014
012-6753078

Post a Comment

 
Top