0

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Anak kerap demam panas? Setiap bulan perlu selalu bergantung kepada ubat-ubatan? Mungkin sudah sampai masanya ibu bapa mencari punca kenapa anak kerap demam dan bagaimana nak mengelakkannya. 

Demam ni memang common di kalangan kanak-kanak. Sebagai ibu bapa, mesti rasa sangat risau setiap kali anak demam panas. Lagi-lagi jika berlaku dengan kerap. Anak-anak terpaksa skip sekolah, ibu bapa pula terpaksa emergency leave. Sedikit sebanyak mengganggu pembelajaran anak-anak dan komitmen ibu bapa terhadap karier. 

Ibu bapa jangan terlalu risau atau susah hati. Bukan semua demam tu adalah tanda penyakit yang serius. Demam sangat lazim dalam kalangan kanak-kanak terutamanya yang berusia 5 tahun ke bawah. Selalunya, ia akan sembuh dengan sendirinya dalam tempoh 48 jam. Bergantung kepada daya ketahanan anak tersebut juga. 

Di sini, saya kongsikan 5 punca anak kerap demam dan bilakah anda perlu bawa anak ke klinik berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

5 Punca Anak Kerap Demam

1. Jangkitan Virus atau Bakteria

  • Jangkitan virus atau bakteria adalah punca utama anak kerap demam panas. Virus biasanya selsema, influenza, atau jangkitan pada saluran pernafasan selalu menjadi punca. 
  • Jangkitan bakteria adalah seperti tonsilitis, jangkitan telinga, atau jangkitan saluran kencing. Kalau ada keracunan makanan juga adalah akibat daripada bakteria daripada makanan tercemar yang menjadi punca demam berserta sakit perut, cirit-birit dan muntah-muntah.

2. Sistem Imun yang Lemah

  • Kanak-kanak terutamanya yang masih kecil mempunyai sistem imun yang belum matang sepenuhnya, menyebabkan mereka lebih mudah terkena jangkitan.

3. Pendedahan di Tempat Awam atau Sekolah

  • Kanak-kanak yang sering berada di tempat ramai seperti taska atau sekolah adalah lebih mudah terdedah kepada kuman dan virus. 
  • Mereka juga kerap menggunakan peralatan mainan, alat tulis dan bahan-bahan pembelajaran yang sama, juga berkongsi tempat tidur (untuk taska dan rumah pengasuh) dan juga berkongsi bilik air. Jadi, virus mudah merebak dan menjangkiti orang lain yang turut sama menggunakannya. 
  • Ia kerap juga terjadi kepada anak-anak saya sewaktu mereka pergi ke taska atau tadika. 

4. Alergi atau Asma

  • Sesetengah alahan atau masalah pernafasan seperti asma boleh menyebabkan keradangan dan demam.

5. Masalah Perubatan Kronik

  • Jika anak sering demam tanpa sebab yang jelas, ia mungkin tanda masalah kesihatan yang lebih serius seperti gangguan autoimun atau anemia. 
  • Perlu jalani pemeriksaan yang lebih rapi dan menjalani ujian-ujian darah untuk mengenalpasti masalah demam tersebut. Berjumpalah dengan doktor di klinik ataupun hospital untuk mendapat rawatan yang sewajarnya.

6. Perubahan Cuaca atau Persekitaran

  • Cuaca yang tidak menentu atau persekitaran yang tidak bersih boleh meningkatkan risiko anak terkena jangkitan. Kadang-kadang ada anak yang tak tahan dengan perubahan tersebut. 

7. Tumbuh Gigi (Pada Bayi)

  • Walaupun tumbuh gigi biasanya tidak menyebabkan demam panas yang tinggi, ia boleh menyebabkan suhu badan meningkat sedikit.

Tindakan Yang Boleh Diambil Jika Anak Kerap Demam

  1. Pastikan anak mendapat rehat yang cukup dan diet yang seimbang untuk menguatkan sistem imunnya.
  2. Amalkan kebersihan seperti mencuci tangan dengan kerap.
  3. Jika anak sering demam atau menunjukkan gejala lain (contoh : ruam, kesukaran bernafas atau lemah badan yang luar biasa), dapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor.
  4. Jika masalah berulang, doktor mungkin mencadangkan ujian darah atau pemeriksaan lain untuk mengenal pasti punca sebenar. 

Tips Mengatasi Masalah Anak Kerap Demam

  1. Tingkatkan sistem imun anak
    • Berikan diet yang seimbang : cukup sayur-sayuran, buah-buahan, protein dan karbohidrat.
    • Pastikan anak mendapat Vitamin C dan zat besi yang mencukupi
    • Galakkan anak meminum air yang mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi.
    • Pastikan anak cukup tidur dan rehat, kerana tidur yang berkualiti itu penting untuk imuniti.
  2. Amalkan kebersihan
    • Ajarkan anak mencuci tangan dengan sabung, terutamanya sebelum makan, selepas menggunakan tandas dan selepas bermain.
    • Bersihkan mainan dan permukaan yang sering disentuh secara berkala.
    • Pastikan rumah sentiasa bersih, terutamanya kawasan bilik tidur dan dapur.
  3. Elakkan pendedahan kepada jangkitan
    • Jika anak bersekolah atau di taska, ajarkan mereka supaya menjaga jarak jika rakan mempunyai gejala sakit seperti batuk atau selsema.
    • Elakkan membawa anak ke tempat awam yang sesak ketika musim jangkitan seperti influenza.
  4. Pastikan anak aktif secara fizikal
    • Aktiviti fizikal membantu menguatkan sistem imun anak. Galakkan mereka bermain di luar rumah dalam keadaan yang selamat dan sesuai.
  5. Rawatan semasa anak demam
    • Gunakan ubat demam seperti paracetamol (dengan dos yang sesuai ikut umur) jika suhu tinggi.
    • Pastikan anak memakai pakain nipis dan selesa, serta lap badan dengan kain basah untuk menurunkan suhu.
    • Galakkan anak berehat dan minum banyak air. 
  6. Rujuk Doktor jika perlu
    • Jika anak demam melebihi 3 hari, mengalami demam berulang kali dalam tempoh yang singkat, atau menunjukkan tanda-tanda yang serius seperti sukar bernafas, ruam atau lemah yang luar biasa, segera dapatkan nasihat doktor.

Pencegahan dan pemantauan yang berterusan sangat penting untuk menjaga kesihatan anak. Sentiasalah perhatikan rapat-rapat anak-anak dan ambil serius akan sebarang perubahan yang berlaku. Semoga anak-anak kita baik-baik aje. :-)

Set Cadangan Untuk Menguatkan Imun

Set ini sangat-sangat bagus untuk diambil semasa demam. Ketika suhu badan tinggi, tetap teruskan pengambilan paracetamol yang bertujuan untuk menurunkan suhu badan. Pada masa yang sama, nutrisi badan tetap perlu diberikan supaya badan dapat membina antibodinya dan menguatkan sistem pertahanannya agar badannya dapat melawan virus dan bakteria yang sedang menyerang tubuhnya. Dan di sinilah peranan Shaklee dalam menyediakan set nutrisi yang sangat-sangat membantu kita menguatkan sistem imun secara semulajadi dan memudahkan untuk kita mengambilnya, supaya tubuh badan yang demam dapat sembuh dengan lebih cepat. 



Baca juga :


Anda alami masalah lemah sistem imun dan anak kerap demam? Berminat untuk mendapatkan Set Kuatkan Imun Shaklee atau mana-mana produk Shaklee? Atau perlu bertanya tentang Shaklee dengan lebih lanjut? Tak tahu set apa yang sesuai atau tak sesuai dengan anda? Boleh direct whatsapp saya di Whatsapp Syahida 012-6753078.

Atau ingin terus ke mana-mana branch Shaklee atau HQ Shaklee di Petaling Jaya untuk mendaftar dan mendapatkan produk Shaklee pada harga ahli? Boleh berdaftar dengan nombor Shaklee ID saya : 1143254 (Wan Syahida). 

Jangan lupa untuk hubungi saya untuk saya ajarkan cara pemakanan bagi setiap item Shaklee yang anda belikan. 


Salam Mesra,

Wan Syahida Kahar (gambar saya bersama Presiden Shaklee Malaysia, Mr. Leong dan Vice President of Marketing, Ee Ling)
Pengedar Shaklee Petaling Jaya dan seluruh Malaysia
Pengedar Shaklee sejak 2014
012-6753078

Post a Comment

 
Top