Pernah rasa hidup yang serabut balik walaupun dah shopping, dah travel, dah pergi makan tempat viral, marathon tengok K-Drama. Sebenarnya 4 kunci ketenangan adalah :
- Tenang apabila kita yakin pertolongan Allah itu pasti
- Ayat ini mengingatkan kita bahawa Allah adalah yang membuka jalan kemenangan dan menguasai segala sesuatu, termasuk tentera langit dan bumi. Menyedari bahawa Allah Maha Kuasa dan segala sesuatu berada dalam genggaman-Nya memberikan rasa tenang, kerana kita tahu bahawa tak ada yang terjadi tanpa izin-Nya.
- Ketenangan datang dari Allah
- Allah menurunkan semangat tenang ke dalam hati orang-orang yang beriman, terutamanya di saat-saat penuh ujian atau kesulitan. Ketenangan ini adalah kurniaan daripada-Nya, yang dapat datang untuk menenangkan hati dalam kondisi yang penuh amarah atau kecemasan.
- Tenang apabila iman dan keyakinan kita bertambah
- Ketenangan yang diberikan Allah bukan hanya menghilangkan rasa gelisah, tetapi juga memperkuat iman dan keyakinan kita. Ini mengajarkan bahawa ketenangan sejati berasal daripada dekatnya kita dengan Allah dan keyakinan kita kepada takdir-Nya.
- Tenang apabila kita sedar akan ilmu dan kebijaksanaan Allah
- Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Dalam setiap peristiwa yang kita alami, meskipun kadang-kadang nampak sukar atau membingungkan, kita diajar untuk meyakini bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Mengimani kebijaksanaan-Nya membawa ketenangan hati, kerana kita yakin bahawa segala hal yang terjadi adalah bahagian daripada rencana-Nya yang sempurna.
Tips Untuk Tenteramkan Hati Adalah dengan Zikrullah :
Allah berfirman dalam Surah Ar Ra’d ayat 28, ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ ٱللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ ٱللَّهِ تَطْمَئِنُّ ٱلْقُلُوبُ (٢٨) "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
Refleksi yang dapat saya kongsikan dari tadabbur ayat ini
Apakah kita sudah cukup mengingati Allah dalam kehidupan seharian kita?
Ketika kita merasa gelisah atau tertekan, kita sering kali terjebak dalam fikiran dan perasaan yang tidak menentu contohnya overthinking.
Salah satu cara untuk tenangkan diri kita adalah dengan mengingat Allah melalui berdoa, berzikir, dan tafakur.
Doa Ketika Sedang Gelisah
وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – كَانَ يَقُوْلُ عِنْدَ الكَرْبِ : (( لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ العَظِيمُ الحَليمُ ، لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ العَرْشِ العَظِيْمِ ، لاَ إلهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ، وَرَبُّ الأَرْضِ، وَرَبُّ العَرْشِ الكَرِيمِ )) مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ . Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika mengalami kesulitan, beliau mengucapkan: LAA ILAAHA ILLALLOH AL-‘AZHIIM AL-HALIIM, LAA ILAAHA ILLALLOH ROBBUL ‘ARSYIL ‘AZHIIM. LAA ILAAHA ILLALLOH, ROBBUS SAMAAWAATI WA ROBBUL ARDHI WA ROBBUL ‘ARSYIL KARIIM.
[Artinya: Tiada ilah (sesembahan) yang berhak disembah selain Allah yang Maha Agung dan Maha Santun. Tiada ilah(sesembahan) yang berhak disembah selain Allah, Rabb yang menguasai ‘arsy, yang Maha Agung. Tiada ilah(sesembahan) yang berhak disembah selain Allah – (Dia) Rabb yang menguasai langit, (Dia) Rabb yang menguasai bumi, dan (Dia) Rabb yang menguasai ‘arsy, lagi Mahamulia]. (HR. Bukhari dan Muslim) [HR. Bukhari, no. 6346 dan Muslim, no. 2730
Sumber https://rumaysho.com/23819-doa-saat-galau-berat-doa-untuk-kesedihan-yang-mendalam.html
Terima kasih kerana singgah ke blog saya. Semoga beroleh manfaat dan disebarkan ilmu yang baik untuk menjadi pahala jariah buat saya.
Salam Mesra,
Wan Syahida Kahar (gambar saya bersama Presiden Shaklee Malaysia, Mr. Leong dan Vice President of Marketing, Ee Ling)Pengedar Shaklee Petaling Jaya dan seluruh Malaysia
Pengedar Shaklee sejak 2014
012-6753078


Post a Comment