2
Assalamualaikum semua pembaca saya yang budiman.

 
Sakit belakang dan gangguan tidur memang tak dapat dipisahkan daripada ibu-ibu yang hamil. Lagi hampir kepada tarikh bersalin, lagi kuranglah keselesaan untuk tidur. Itu lah pengorbanan ibu hamil. Sedangkan dalam tempoh kehamilan, tidur yang cukup adalah sangat penting untuk ibu hamil. Selain daripada faktor sakit pinggang, ibu-ibu hamil seringkali mengalami kesukaran tidur kerana ketidakselesaan posisi tidur, kekurangan nutrisi tertentu ataupun kerana gangguan emosi.

Di sini saya kongsikan beberapa tips kepada ibu hamil bagi memperoleh tidur yang lebih lena sepanjang malam:

1. Kurangkan pengambilan minuman berkafein pada waktu malam bagi mengelakkan kesukaran ibu melelapkan mata. Contoh minuman berkafein adalah seperti kopi, teh, Coke dan juga Milo. Sebaliknya, minumlah susu kerana susu boleh membantu memberikan tidur yang lena.

2. Lebihkan minum air pada waktu pagi dan tengah hari dan kurangkan pengambilan air menjelang senja hingga ke malam. Ini bagi mengelakkan ibu yang hamil kerap terbangun dari tidur untuk ke bilik air. 

3. Elakkan memakan makanan yang berat dan pedas sebelum tidur atau ketika makan malam. Mengambil makanan yang berat dan pedas akan hanya menggalakkan ibu hamil mendapat pedih ulu hati (heart burn). Seeloknya ambil makanan dalam saiz yang kecil-kecil tetapi lebih kerap. 

4. Tidur dalam posisi yang selesa. Boleh juga menggunakan bantal untuk menyokong tulang belakang, kaki dan baby bump ibu. Ibu-ibu digalakkan untuk tidur dalam keadaan mengiring ke sebelah kanan badannya. 

5. Ibu-ibu juga digalakkan untuk mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat tinggi seperti roti atau biskut. Snek yang berprotein tinggi juga digalakkan untuk membantu ibu hamil mendapat tidur yang lena. Antara yang paling mudah, minumlah Energizing Soy Protein Shaklee ESP kerana ia dapat memberikan kekenyangan dan tidur yang lena. Kandungan indeks glisemiknya yang rendah juga dapat mengelakkan ibu hamil daripada mendapat kencing manis. 

6. Selain itu, ibu-ibu juga boleh persiapkan diri dan segarkan badan dengan mandian yang segar dan wangi supaya minda anda rasa destress dan emosi rasa lebih tenang. 

7. Cara lain yang jauh lebih mudah adalah mengambil 4 biji Ostematrix dan 1 biji B-Complex sejurus sebelum tidur. Ostematrix kaya dengan kandungan kalsium, magnesium, fosforus, Vitamin D, zink, kuprum, manganese dan boron. 

Selain daripada membekalkan keperluan kalsium untuk dewasa, Ostematrix juga bagus untuk memberikan tidur yang lena, keseimbangan ritma jantung untuk malam yang lebih tenang, meningkatkan fungsi penghadaman, menghilangkan rasa kebas, menghilangkan masalah gastrik dan menghilangkan sakit lenguh-lenguh pinggang serta otot.

B-Complex Shaklee juga amat membantu sebagai anti-stress. Ia mengandungi 8 komponen penting Vitamin B  termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 vitamin ini perlu ada pada Vitamin B-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. 

Sebarang lebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. 

Kombinasi Ostematrix dan B-Complex ni memang amat sesuai bagi ibu hamil memperoleh tidur yang lebih selesa dan berkualiti. Lagi pula, kedua-duanya sudah tersedia terkandung dalam Set Hamil Shaklee.

Berminat untuk dapatkannya?

Boleh hubungi saya ya Untuk sebarang order atau pertanyaan.

Salam sayang,

Wan Syahida Kahar



Rakan Nutrisi Shaklee Anda


Post a Comment

 
Top